Friday, December 6, 2013

Lena

Pabila lamun
Mengepak sayap
Melayang terbang
Lalu memilih untuk hinggap
Cantik pada dikau
Aku labuhkan sauh lena
Tenggelam, lemas
Di dalam lautan mimpi
Dengan di dasar gelap sana
Mengharap bahawa
Lena ini akan terus abadi
Dan tiba masa
Aku dikejutkan
Dengan hadir kau di sisi


Friday, 6 December, 2013, 5:33 PM

No comments:

Post a Comment