Joned : Pergh *******. Nampak jambu hari ni. Selamat tahun baru!
******* : Hahahah. Bila nk belanja i niii
Kalau anda terlihat kelibat gadis berbaju kurung pink, sila try pick-up line di atas.
(Proven)
Monday, 31st December, 2012, 3:30 PM
Monday, December 31, 2012
Sunday, December 30, 2012
The Heart Wants What The Heart Wants
Tidur la jom.
Vibrations esok dah la pukul lapan.
Lek lu. Kok tang.
Aku pancit ni
bhai. Dari petang dok bertukang. Nak layan kau lagi.
Pergh. Cam tak
biasa lak.
Dah tu.
Tiap-tiap malam cam ni.
Aku serabut ni
dowh. Kau tak sian kat aku ke?
Butoh. Dah tu aku
kau tak sian lak.
Haha, cakap teman
seranjang. Kau je tempat aku mengadu bhai.
Kau dok serabut
menda pe lagi ni?
Menda semalam la.
Laa. Tak abes
abes lagi?
The heart wants
what the heart wants Rom.
Haha, fak apa.
Aku dok serabut
lagi ni dowh. Nak buat camne ni syal.
Dah dah lah tu
Ned.
Tak boleh dowh.
Aku tak boleh.
Babi la kau ni.
Aku cakap kau tak nak dengar.
Memang la. Aku
nak kau dengar je. Takde pulak aku cakap aku nak dengar pe yang kau cakap.
Haha, gampang pe.
Psst. Syal la
menda ni.
Kau tu. Selalu
camni. Dulu pun camni gak.
Bukan pe dowh.
Dah aku memang camtu. Nak buat camne.
Benda boleh ubah.
Dah memang macam
tu taste aku. Nak buat camne.
Tak abes abes
Arab kau.
Ah kau. Kita ada
hak untuk memilih Rom.
Fak.
Haha. Betul pe
apa aku cakap.
Memang la. Tapi
kau tengok lu muka kau tu kat cermin.
Hari hari tengok
bhai. Kacak hensem bergaya. Sape je tak minat. Kau cakap. Kau cakap.
Gampang, haha.
Bukan dowh. Kalau
kau rasa kau minat awek tu. Tak kan kau nak biar je.
Memang la. Tapi
dah dia tak minat. Kau nak buat pe. Tak kan kau nak paksa.
Dia tak bagi aku
can langsung weh. Gila tak fair.
Kita ada hak
untuk memilih Ned.
Fak. Amek ayat
aku, haha.
Betul la. Macam
kau la. Hari tu awek mana ajak kau kawen tu? Aa, tak nak pulak kau. Kau pun
tak fair.
Bukan dowh.
Banyak kali aku cakap. Cantik tu subjektif.
Haha, butoh.
Dah bukan taste
aku nak buat camne. Cam kau la. Kau cakap Neelofa lawa. Aa, tapi bagi aku dia
biasa je. Sebab bukan taste aku.
Kau tu. Taste
macam anjing.
Puki. Siapa taste
macam anjing. Gua ke lu? Haha.
Haha, tapi dia
memang cun la.
Siapa? Neelofa?
Arab yang kau
usha tu lah.
Haha, tau pun
kau. Tengok orang la beb.
Haha, pe kaitan
syal.
Bukan weh. Camne
kalau she’s the one.
Dah kuar dah Ted
Mosby dia.
Aku serius ni
gampang.
Aa, yelah yelah.
Aku dengar. Pe dia.
Macam mana kalau
she’s the one. Dia tak tau. So tugas aku nak buat dia tahu semua tu.
Haha, menda syal.
Betul lah. Kau
bagitau aku. Camne kalau kau nak tau she’s the one.
Entah lah weh.
Mana aku tau.
Aa, tu la pasal.
Tu aku ajak kau brainstorming ni.
Dah nak Subuh dah
ni bangsat. Esok kelas.
Lek lu. Layan la aku jap.
Apa lagi Ned.
Kau rasa betul ke
apa yang aku buat ni. Serius.
Aku support je
bhai.
Aku tanya kau ni.
Kang kau down ke,
menda ke, aku gak kena dok melayan.
Dah tu. Cakap
roommate. Tak kan kau nak biar je.
Yelah yelah. Kau
ikut je kata hati kau.
Aa, betul la. The
heart wants what the heart wants. Kan aku dah cakap.
Suka hati kau la Ned.
Aku nak kenal
dia. Aku nak dia kenal aku. Bukan aku nak ajak kawen pun.
Tu la sebab dia
tak nak.
Aku nak ajak dia
bercinta je. Tak kawen pun takpe.
Menda syal.
Yelah. Selama ni.
Takde aral pun benda tak jadi. At least ni dah tau memang tak boleh ke mana.
Kita dah draw the line.
Masalahnya dia
tak nak.
Aku tau. Tu la problem dia.
Kau tu. Pikir
entah apa apa.
Kau dengar eh
Rom. Kau bayangkan. Kau dah tau memang tak boleh kawen. At least kau dah tau
bhai. Kalau orang orang lain tu. Kau tak tau. Takde benda certain. Menda nak jadi,
jadi je. At least ni dah tau.
Kalau menda tak
boleh pergi, buat pe nak teruskan. Kau cakap kat aku sikit.
Memang la. Memang
sakit. Tapi. At least kau try. Kau sempat la merasa. Bila nak kawen. Kita stop.
Sebab memang menda ni tak boleh pergi. Nak buat camne. At
least ada benda yang sebelum tu. Yang korang share tu. Tu yang paling penting.
Kau ni Ned. Aku
tak paham betul lah. Nak cakap bangang, pandai.
Betul la kan apa
aku cakap.
Bukan semua orang
rasa camtu Ned. Kau kena ingat.
Aku tau.
Dah la. Tidur. Aku lalok dah ni.
Weh. Lek lu.
Dah, dah. Aku nak
tidur.
Woi. Woi.
Sunday, 30
December, 2012, 8:31 PM
Something Stupid
Aku exit dari
Cheras Perdana ke LEKAS. Aku memacu slow and steady Mini Cooper aku. Aku
sukakan feel pabila memandu mobil comey ini. Entah lah. Sukar untuk aku
ungkapkan. Penuh nilai sentimental. Sama seperti shades yang aku kenakan di
bawah terik matari. Sama seperti beg kulit vintaj yang aku bimbit ke pejabat.
Sama seperti but Doc Mart low cut yang aku sarung ke hulu ke hilir.
Mini Cooper ini
aku beli daripada seorang Haji pencen di Negeri Sembilan. Seorang peminat tegar
Mini Cooper dan Mini Clubman. Haji pencen mahukan seorang pembeli yang punya
jiwa entusiastik. Kondisi tip top dengan spesifikasi asal. Sebuah Mini Cooper
model tahun 1969 dengan sesaran satu perpuluhan sifar liter. Direplikasi
serupa dengan Mini Cooper watak komedi, Mr. Bean.
Projek asal aku
mahu memodifikasi Mini Cooper ini dengan karekter yang lebih sukan. Rona merah
garang dengan belang perlumbaan. Kit badan yang lebih lebih lebar pada arca
keempat-empat sudut tayar. Saiz tayar yang lebih lebar. Rim sukan mangkuk yang
klasik. Dikuasakan dengan enjin Passo Turbo satu perpuluhan tiga liter. Sistem
suspensi yang lebih keras. Serta sistem perpaipan yang mengeluarkan bunyian
garang.
Kesudahannya,
projek asal itu aku komakan. Sebagai seorang yang berjiwa sentimental, aku terkenang
akan sebiji kek homemade sempena ulang tahun kelahiran aku yang kedua puluh.
Sebiji kek Mini Cooper. Palitan pewarna biru lembut secara total. Pewarna
belang rona putih pada kedua-dua belah sisi bonet hadapan. Dan pewarna air brush bendera
Union Jack pada bahagian bumbung. Reinkarnasi sebiji kek menjadi sebuah mobil pada
skala sebenar.
Aku betul-betul
mengagumi ambians malam ini. Sang purnama dipagar bintang-bintang. Melukis
indah kanvas langit malam. Pada papan pemuka Mini Cooper ini, terletak elok
sebuah kipas kecil. Yang paling moden dalam ruangan kokpit ini adalah sebuah
pemain cakera padat cap Bose. Talaan pada frekuensi BFM 89.9. Memainkan lagu
kegemaran sepanjang masa aku. Something Stupid dendangan mendiang Nancy dan
Frank Sinatra Jr.
Aku terimbau momen
penuh majis petang Jumaat yang lepas.
Aku berjalan
beriringan bersama seorang teman. Tiap-tiap Jumaat akan aku sarungkan baju
korporat dengan paparan besar jenama syarikat pada sisi belakang. Shades
aku simpan rapi di dalam kocek kiri baju. Beg kulit vintaj aku genggam erat di
tangan kanan. But Doc Mart low cut aku pijak gagah pada jubin-jubin berkilat
lantai. Sepenuh perhatian aku tumpukan pada tiap-tiap butir bicara yang keluar
dari mulut teman aku.
Dari kejauhan,
aku terlihat suatu figura. Bagaikan bidadari terlepas dari kurungan syorga
Tuhan. Umpama puteri kayangan menjejak kaki ke bumi noda. Entah lah. Sukar
untuk aku ungkapkan. Aku terpana. Mesmerized. Bersusok lampai. Berparas
descendent Arab. Dan aku kira. Mungkin sekali fasih bertutur Inggeris. Momen
yang sama, melodi Something Stupid versi asal mula bermain pada pendengan aku
seorang.
Figura itu
mengulum sebuah senyuman yang paling menawan. Sebuah senyuman besar yang paling menawan. Mata yang bergemerlapan terang secerah bintang kejora. Dalam gerak perlahan, figura itu melambai mesra. Melodi Something Stupid itu secara
mengejut jeda. Bersilih ganti dengan kalimah suci ‘Hye’ yang menjadi suatu bunyian
yang paling euphonious. Yang paling mengkhayalkan. Lebih mengkhayalkan daripada sedutan marijuana perubatan.
Aku kulum senyum.
Kelibat figura itu berlalu laju di sisi kanan aku. Aku berhenti melangkah. Aku
paling. Dan figura itu pup. Lesap. Aku kulum senyum kembali. Aku geleng
kepala. Dan aku tertawa kecil. Halusinasi.
Gampang.
Gampang.
Sunday, 30
December, 2012, 2:55 AM
Saturday, December 29, 2012
Syayang
Bumbung, Pasar Seni |
Di sebelah yang satu lagi itu, pasti ada yang merindu pada Sang Purnama yang sama, Syayang.
Saturday, 29 December, 2012, 1:04 AM
Friday, December 28, 2012
Rai dengan Sebutan Rai dan Bukan Ra-e
Kuala Sepetang, Perak |
Meraikan kehidupan. Dan sebab itu hari-hari Hari Raya. Tidak hanya tertakhluk kepada Raya Puasa, Raya Korban, Deepavali, Tahun Baru Cina mahu pun Krismas. Rukun dan tata dalam meraikan? Terpulang. Seperti tema Cantik itu Subjektif simposium di BRJ Alam Damai bersama member-member yang singgah sebentar di Kota Sepi Lagi Jahat Kuala Lumpur, Rai itu juga Subjektif. Terpulang pada pendefinisan masing-masing. Itu pun salah satu cara untuk meraikan kehidupan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lagak seorang muda-mudi penyantun,
aku lebih selesa memilih untuk berdiri di dalam STAR mahu pun PUTRA. Empat beranak
baru menaiki tren. Seorang bapak, seorang akak dalam 12 tahun, 2 orang budak perempuan dalam 5, 6 tahun. Berseragam sekolah dan tadika. Expatriate Indonesia. Aku lihat
auntie Cina bangun mengalah seat. Dua orang budak perempuan tadi duduk. Dan si akak
berdiri sambil bergayut tangan memastikan adik-adik tidak bikin onar. Semua memerhati keletah dua orang budak perempuan tadi. Dengan kulum senyum gumbira pada tiap-tiap pasang mata. Dan tiap-tiap bentuk muka.
Aku swipe Touch n Go dan aku
melintas jalan di depan STAR Masjid Jamek. Aku perhati pengemis-pengemis
jalanan. Aku tak mahu ambil pusing apa yang dikemis. Duit kertas kah? Syiling kah?
Nasi lemak bungkus kah? Paper The Sun kah? Sebatang rokok kah? Lantak kau
orang. Aku perhati seorang mak cik Melayu beli nasi lemak bungkus lalu disedekahkan
secara bertamadun pada seorang pengemis yang bersandar pada tiang. Seorang pemuzik
jalanan buta bermain biola meraikan Saiyiddul Ayyam. Aku berdiri tegak memerhati dekat. Penghormatan kepada seorang pemuzik jalanan buta.
Habis lagu aku berlalu dan swipe Touch n Go menuruni eskalator PUTRA Masjid
Jamek.
Aku nampak Nyonya yang sibuk melayan cucu dalam stroller. Nampak comel. Dan aku. Cemburu dengan sesuatu
yang aku tidak ada. Tidak punya. Nyonya perasan aku. Nyonya senyum. Dan aku pun
senyum. Senyum persefahaman antara dua manusia tanpa sebarang prejudis, tanpa unsur
rasis, tanpa perlu singkap selidik pegangan akidah. Aku dapat tangkap sirat
senyum Nyonya. “Sampai masa nanti, lu pun punya anak." Terima kasih
Nyonya.
Aku perhati gathering dua family
friends di Signature Level 2. Sebuah famili Indonesia dan sebuah famili Bosnia
mungkin. Bersefahaman dalam tutur Inggeris. Bapak-bapak perinci perihal
vacation di Langkawi. Budak-budak laki-laki di satu meja lain bergebang hal
budak laki-laki. Geng mak-mak dan anak perempuan mengitar seorang bayi
lelaki di satu meja yang satu lagi sambil borak-borak kosong pasal benda-benda orang
perempuan.
Mata aku tertangkap pada gadis
Bosnia yang menge-cak-nge-cak bayi lelaki itu yang kini berada dalam pelukan. Sweet
16 mungkin. Pada raut muka itu, tersurat sesuatu yang sukar sekali untuk aku
ungkapkan (serius). Keikhlasan. Ketulusan. Kebahgian. Dan entah. Kesemua itu
menjadi sesuatu yang blend dan perasaan gadis Bosnia yang sedang
menge-cak-nge-cak itu dapat aku rasakan (serius) dari kejauhan.
Aku paling kepala. Aku dapatkan
briefcase kulit vintaj aku di kerusi sebelah. Dan aku berlalu pergi.
Kau Tuhan. Hanya satu yang aku pinta. Sebelum jasad ini sebati mati dengan bumi, Kau kurniakan perasaan gadis
Bosnia itu ke dalam sanubari aku yang sakit ini.
Amin.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Friday, 28 December, 2012, 10:40
AM
SiGi
Excellent student akan bicara pointer yang tinggi mewujudkan peluang yang lebih untuk memulakan karier dengan pemain-pemain besar.
Pelajar biasa-biasa akan bilang keseimbangan dalam bidang akademik dan benda-benda lain penting dalam pembangunan kendiri manusia kamil.
Pelajar cukup-cukup makan akan gebang result tak penting, tiada kaitan dengan performance time bekerjaya.
Lantak kau lah nak sedap kan hati kau macam mana.
Friday, 28 December, 2012, 5:44 AM
Thursday, December 27, 2012
Perempuan
Hari ini aku bunuh obsesi aku pada perempuan.
Yang bersusok lampai, berparas descendant Arab dan fasih
sekali bertutur Inggeris.
Yang berbusana baju kurung dari material cotton dengan motif
fauna yang dipasang anggun bersama tudung bawal.
Yang mempertaruhkan kebaya Nyonya rona putih dikenakan
bersama kain songket hitam dengan sanggul sang Morpho Didius.
Hari ini aku tamatkan obsesi aku pada perempuan.
Pada si jurutera perempuan yang mengirim salam di Kuala Lumpur
Convention Centre.
Pada si perempuan muda beruniform memegang metal detector
yang mengulum senyum.
Pada perempuan-perempuan yang lalu lalang di hadapan kubikel
sepi seorang aku.
Perempuan.
Ah.
Hari ini aku noktahkan obsesi aku pada perempuan.
(Puisi ini menceritakan secara jujur tentang kekecewan
seorang laki-laki terhadap perempuan2)
Thursday, 27 December, 2012, 2:57 PM
Saturday, December 22, 2012
Teaser
Aku tuju ke meja
yang lazim aku singgahi. Sebuah meja mini bergeometri bulat dengan padanan sebuah
kerusi berona putih bersih dilengkapkan dengan couch hijau lembut betul-betul
menghadap keramaian yang berlalu naik dan turun dari eskalator medan selera
Signature Level 2. Aku labuhkan punggung perlahan-lahan pada couch empuk
hijau lembut itu dan aku letakkan cermat briefcase kulit vintaj aku di sisi kanan
aku. Panorama yang aku jamahi secara raw ini sungguh mengasyikkan.
Secara serius,
gadis-gadis dengan pakaian sendat merah garang menampakkan lurah dendam dengan lentuk tubuh hour glass yang mengghairahkan tidak
langsung mampu menjentik berahi apatah lagi mencanak-canakkan syahwat aku.
Aku lebih gemar mencari-cari dalam keramaian pesona seorang puspa Melayu yang
berani mempertaruhkan busana baju kurung dari material cotton dengan motif ringkas fauna yang
dipasang anggun dengan tudung bawal. Tiada hasil hari ini. Aku pasrah dalam kekecewaan.
Aku setkan dial
lock keselamatan pada kedua-dua belah briefcase kulit vintaj aku pada digit 11.
Klik. Aku buka briefcase kulit vintaj aku dan aku keluarkan sebatang pena
Pilot G2 0.7 biru dan sebuah buku nota nipis yang aku dapatkan di Pasar
Philippines, Kota Kinabalu, Sabah. Aku tutup kembali briefcase kulit vintaj aku tanpa
mengunci kembali lock keselamatan. Dalam hiruk-pikuk
dan keriuhan keramaian, aku memerhati ligat dan gelagat tiap-tiap individu. Fikiran
aku, kosong lagi lompong.
Aku tekan picu
pada pena Pilot G2 0.7 biru aku. Aku tumpukan sepenuh perhatian pada muka surat
berona coklat yang masih lagi kosong tanpa sebarang limpahan dakwat biru dari
pena Pilot G2 0.7 yang aku genggam pada tangan kanan aku. Aku dongakkan kembali kepala aku
pada sudut 0 darjah. Aku pejamkan mata aku. Aku tarik nafas dalam-dalam. Dan aku
lepaskan kembali perlahan-lahan. Dua sedutan inspirasi dari Super Fine Clove Cigaratte tadi
masih tersisa. Menerjah-nerjah rakus reseptor-reseptor kreatif seorang aku.
Dan tangan kanan
aku yang menggenggam pena Pilot G2 0.7 biru itu secara alami mencoret sebuah
puisi kontot pada muka surat berona coklat yang kosong tadi. Menzahirkan apa
yang terbuku di dalam sukma aku yang paling seni.
Dalam keramaian
Aku sendiri
Romantis
Kejam.
Pada momen itu,
aku terkenang akan dikau. Seorang perempuan bersusok lampai, berparas descendant
Arab dan fasih sekali bertutur Inggeris. Jika kau sudi, akan aku nurkilkan kau
sekeping kad dengan ilutrasi ringkas rama-rama dengan ‘Hey, wanna grab a drink
someday? =)' Jika kau sudi, sebelum kita mengakhiri janji temu kita yang
pertama, akan aku pinjamkan kau “Yasmin How You Know?” supaya aku punya excuse
untuk janji temu kita yang kedua. Dan akan aku selitkan di celah-celah muka surat buku itu sepucuk nota, supaya pabila kau selak, sepucuk nota itu jatuh, kau kutip, kau tatapi dan akan kau cuba fahami intipati.
And now we took time to learn each
other
For sometimes now I see
I knew you were the right one for me
So stay with me forever and you see
Aku tersenyum.
Keseorangan dalam keramaian.
Aku tersenyum.
Hanya pabila mengenangkan dikau.
Hanya pabila mengenangkan dikau.
Saturday, 22
December, 2012, 9:15 PM
Wednesday, December 19, 2012
When You Are Gone by Yasmin binti Ahmad
But if only God
would grant me
a piece
of His courage,
I might face
your absence
without dying.
But if only you would
take me
with you
wherever you go,
I would find
home
in a million different
places.
And I would sweeten you
in a million different
ways.
Before you are sleepy,
I will have already placed
a thigh
under you falling
head.
Before you are hungry,
I am already peeling
onions.
When you are
angry with me,
I shall
kiss you.
When you are not,
I shall kiss you
twice.
If you should die
before me,
I shall lie down
beside you.
Whisper a joke
into your half-listening ear.
Promise
the ultimate promise
of eternal companionship.
When you are gone,
I do not die,
But I am forever
dying.
(Beautiful)
would grant me
a piece
of His courage,
I might face
your absence
without dying.
But if only you would
take me
with you
wherever you go,
I would find
home
in a million different
places.
And I would sweeten you
in a million different
ways.
Before you are sleepy,
I will have already placed
a thigh
under you falling
head.
Before you are hungry,
I am already peeling
onions.
When you are
angry with me,
I shall
kiss you.
When you are not,
I shall kiss you
twice.
If you should die
before me,
I shall lie down
beside you.
Whisper a joke
into your half-listening ear.
Promise
the ultimate promise
of eternal companionship.
When you are gone,
I do not die,
But I am forever
dying.
(Beautiful)
Tuesday, December 18, 2012
Kau Tahu
Kau tahu banyak benda dalam dunia ni tak adil.
Kau tak rasa macam nak mencarut?
Tuesday, 18 December, 2012, 7:47 AM
Kau tak rasa macam nak mencarut?
Tuesday, 18 December, 2012, 7:47 AM
Sunday, December 16, 2012
Tersyasyul
Jumaat lepas, seperti Jumaat-Jumaat sebelumnya, tepat jam 12.06 tengah hari, gua dah terpacak menanti member-member gua, Ber sama Zem di ruang legar lobi. Kebiasaannya, sebelum gua turun, gua akan pastikan gua dah hantar pesanan ringkas pada Ber sama Zem. Simple tapi padat, "Turun woi." Dengan tangan kiri dalam kocek, tangan kanan pegang henpon, sandar sama dinding dan berdiri dengan gaya kaki silang, mahu dua puluh minit juga tiap-tiap kali Jumaat gua melangut menanti Ber sama Zem. Konspirasi Yahudi ke apa ni bhai?
Dalam keasyikan gua mengusha-usha jika ada mana-mana makwe yang berani mempertaruhkan busana baju kurung cotton dengan motif ringkas flora dikenakan sama tudung bawal dengan kemasan pin tudung cap Avon di hari penuh barokah ini, gua perasan mak kepada kenalan perempuan gitu-gitu gua berlalu laju-laju di hadapan gua.
Semayang mane ni? - Mak kepada kenalan perempuan gitu-gitu gua
Suria. - Gua jawab konfiden habis macam biasa
Gua ambil masa untuk bermusahabah diri dalam sela masa kurang daripada 0.2 saat.
Eh, Asy-Syakirin. - Sambil kepala gua ligat berfikir betul ke tak betul nama masjid yang gua petik ni
Dan plan asal gua untuk menyaksikan tayangan The Hobbit tepat pada jam 1.06 petang di Suria gua tunda ke waktu yang lebih sesuai, 8.45 malam di JJ berdekatan dengan rumah mak abah gua.
Cilanat.
Old habits die hard, bru.
Sunday, 16 December, 2012, 8:36 PM
Saturday, December 15, 2012
Sunyi
Ned. Mak kau tu nampak die sunyi. - Ber
Asal lu cakap cam tu? - Joned
Aku rase mak kau kene ade perempuan teman die. - Ber
Oh. - Joned
Ratu Hati oleh Innuendo
Saturday, 15 December, 2012, 11:20 AM
Asal lu cakap cam tu? - Joned
Aku rase mak kau kene ade perempuan teman die. - Ber
Oh. - Joned
Ratu Hati oleh Innuendo
Saturday, 15 December, 2012, 11:20 AM
Friday, December 14, 2012
Nais
I am nais to everyone.
But I am naisest to yuo.
Only yuo.
Yes.
Yuo.
Friday, 14 December, 2012, 7:57 PM
But I am naisest to yuo.
Only yuo.
Yes.
Yuo.
Friday, 14 December, 2012, 7:57 PM
Wednesday, December 12, 2012
Free Fall II
Aku lapar.
Aku ajak member aku teman aku pergi
Mesra.
Aku beli kerepek pedas dengan
Skittles hijau.
Awek cashier tanya aku,
‘Nak plastik?’
Aku jawab,
‘Nak.’
Member aku nak aku belanja kacang.
Aku balas,
‘Ahhh. Kau ingat aku cop duit?’
‘Ahhh. Kau ingat aku cop duit?’
Member aku merajuk.
Aku pujuk,
‘Meh lah aku bayar.’
Member aku tak nak.
Lantak kau lah.
Aku jalan dengan member aku sambil
gelak-gelak.
Aku pandang depan.
Dan aku nampak kau.
Serius aku tak tahu nak buat apa.
Nak senyum ke tak nak senyum.
Babi.
Aku nampak kau senyum.
Sekali dengan lesung pipit kau.
Orang tak ramai.
Aku pasti kau senyum dekat aku.
Sambil swipe access card aku,
Aku balas senyum kau.
Aku tahu.
Kita tak kan senyum untuk satu sama
lain macam dulu.
Tapi cukup.
Bila kita bersua,
Kau senyum pada aku.
Dan aku senyum pada kau.
Aku nak tulis puisi ni dalam Bahasa
Inggeris.
Lebih romantis.
Tapi.
Entah lah.
Okay.
Aku nak terjun KLCC.
Aku dah puas.
Aku pasti.
Aku mampu mati sambil tersenyum.
Inspired from Tell Me by Innuendo
Wednesday, 12 December, 2012, 8:53 PM
Saturday, December 8, 2012
Books
Salinger a Biography by Paul Alexander
Billy Brown, I'll Tell Your Mother by Bill Brown
Karma and Other Stories by Rishi Reddi
Moving Forward by Nik Nazmi Nik Ahmad
A Thousand Kisses The Letters Georg and Frieda Lindemeyer to their Children
Pink Floyd by Marie Clayton
Led Zeppelin by Chris Welch
An Illustrated History of Crusades and the Crusader Knights by Charles Phillips
Heavier than Heaven the Biography of Kurt Cobain by Charles R. Cross
Led Zeppelin Revealed by Jason Draper
1001 Escapees to Experience before You Die by Helen Arnold
1001 Natural Wonders You Must See Before You Die by Michael Bright
1001 Movies You Must See Before You Die by Steven Jay Schneider
Saturday, 8 December, 2012, 7:26 PM
Billy Brown, I'll Tell Your Mother by Bill Brown
Karma and Other Stories by Rishi Reddi
Moving Forward by Nik Nazmi Nik Ahmad
A Thousand Kisses The Letters Georg and Frieda Lindemeyer to their Children
Pink Floyd by Marie Clayton
Led Zeppelin by Chris Welch
An Illustrated History of Crusades and the Crusader Knights by Charles Phillips
Heavier than Heaven the Biography of Kurt Cobain by Charles R. Cross
Led Zeppelin Revealed by Jason Draper
1001 Escapees to Experience before You Die by Helen Arnold
1001 Natural Wonders You Must See Before You Die by Michael Bright
1001 Movies You Must See Before You Die by Steven Jay Schneider
Saturday, 8 December, 2012, 7:26 PM
Tuesday, December 4, 2012
The Special Person
It’s a
wonder how a single person could turn your life that you thought wasn’t worth
living anymore, into something that brings you more happiness than you could
have ever imagined. As they say, life is full of ups and downs, but what if the
‘downs’ were more than you can take? What then? You turn to your loved ones but
instead they turn their back on you and disappoint you even more. This is the
time when God will grant you a gift, for you have prayed for a miracle, and
that miracle came to you as silent as falling snow and as sweet as honey when
you least expect it.
It all
happened during the final year of high school. As usual, the major exam was
coming up and everyone was stressing out. Including me, the person with
mediocre grades and having to juggle my studies with the extra-curricular
activities around me, I was incredibly stressed. And surprisingly enough, now
that I think back, I realize that my studies weren’t the top priority at the
time, and as usual, the pang of regret would be felt in my heart. I was always
running around, busy with my public speaking competition, band wind orchestra
and I was shock when I was told that I was chosen to go for the UIA debate-ing
championship. To me, I totally sucked at debating but I guess I was cool and
hot as they say ‘all over the place’. Maybe that was why I passed the audition.
Moreover, the French Club, which included me, finally got the taste of France
(not to mention exciting snow!) when our dream of flying to France came true
during February.
The positive
side of these activities were that I never had as much fun as I did at the
time. But looking at another point of view, my results suffered horribly. I went
lower than ever because I was barely in class and couldn’t really find myself
to focus. And whenever I turned to two special people that I hoped would help
me mentally, I was disappointed more than ever. And the second person I turned
to, was the person who managed to straighten the crumpled and clustered strings
in my brain. I never doubted his worth, even though I only knew him a year
before my senior year. But being oblivious for what I should be grateful for,
the problems that I faced during my senior year opened my eyes to what an
amazing person he was. People can call us best friends, special friends, guy
and girl, or anything that they preferred, but to me, we weren’t like normal
people who had relationships and lived to love each other, we were special in
the sense that we supported each other, smiled for each other and most
importantly, understood each other. I was introduced of his existence last
year, during a particular summer camp. I was excited to go as I was incredibly
looking forward to have absolute fun with new friends. And yet, little did I
know, what was offered to me was more than just ‘friends’. The days of camp
passed by and I had so much fun, and during the last day, I received a note
from a stranger. I never noticed him because he never came up to me to say even
‘hye’. So I was slightly surprised at how deep his note to me was. Until now I’m
still in wonder why did I look twice at his note when I simply dismissed all
the other notes given to me. Was it his neat handwriting? Or perhaps his
neatness in writing on a test pad rather than a simple A4 paper? Or his
sincerity? Or maybe it was as simple as chemistry. Whatever it is, it made me
say ‘wow’. And as normal as any other person who received a ‘love note’, I was
instantly curious and really wanted to know who this guy was. And as planned by
the heavens above, his friend came up to me and told about his interest to get
to know me better.
One thing
that needs to said, is that I have been through a couple of problems that
involves my family. The result of that is my lack of easily trusting people, in
this case, especially guys. Obviously I’ve learnt that guys can’t be trusted and
that their sincerity can be fully doubted. I’ve heard of numerous stories of
lies being made and gazillions of hearts being broken by supposedly their ‘loved
one’. But I guess time passed by fine as I kept that particularly sweet memory
in this small brain of mine. I didn’t give him any contact number because it is
really un-***ian like to do so. But I gave him my e-mail through the net. But honestly,
not a second thought was laid on that subject.
A few
months afterwards, I was at home (my usual rule-breaking period of time)
surfing the net when he said ‘uitz’. Actually I deleted him from my contacts
because it’s been months and no word. And I decided that he wasn’t sincere after
all. But we chatted that night and I got to know him a little better, and we
exchanged stories and as everyone says ‘talk crap’. But I also got a lot of
other information as well. I was starting to get hints that he liked me more
than a friend. Somehow I detected it with his words but again ‘can guys be
trusted? No!’ But as time flew by, we chatted more and in the end, a particular
incident involving the subway made my heart to open up and give him my number. But
of course with the strict rule that it’s not something that can be passed
around like hot cakes.
So as time
passed by, I kept getting more and more hints of him liking me and in the end,
he confessed of what I thought was true. I wasn’t surprised but I didn’t know
what to say. We contacted each other normally and he became one of the most
closest people in my life. And to my least expectation, I found myself falling
for him, which in fact was something that I was trying my best not to do! But honestly,
who was there when I was extremely pressured with my family problem? He was. Who
was there to comfort me when I was having a conflict with my best friends? He was.
Who supported me during the time I was disappointed of not getting the
scholarship that I targeted for? All in all.. He has been there by my side
through thick or thin for nearly two years. Not only that, he made and is still
making my days brighter than it would have been two years ago. Surprises were
constantly made to make me smile until my face hurt. He was such a nice person.
And sweet as ever, with a sudden rose propped in front of me given by him, and
a card posted to me spontaneously just ‘because’. He made the little things in
life seem bigger than the universe. Whenever we hung out to watch a movie or
eat lunch, he would do the simplest things just to make me smile. And gosh, did
I smile then! I think I must have looked like a maniac grinning from ear to
ear. And I noticed that whenever I came back from hanging out with him, I’d be
extremely happy and there would be this glow around me, like everything was
going my way. He spoilt me horribly and I felt like a little child given
everything I wanted.
And during
the worst time of my senior year, the time I didn’t get the scholarship I
wanted, and cancelled what I promised. I promised to meet him to break our fast
together as it was after all the first time of Ramadhan to spend together and
it was fun to experience it together. He was so excited and was so eager to see
me. And I also promised a date after Raya wearing our national costumes,
because dressing up and doing different things would make life more
interesting. But due to my horrible disappointment, I vowed to change more than
ever to pass my examination. And even though I knew how big these two dates
meant to him, I cancelled it and apologized greatly. And instead of feeling
down and showing me his disappointment, he gave his full support in my exam and
said there would be other times to hang out. He reminded me to pray and study
balancely and he gave me the strength by feeling inferior to his achievements. His
belief in me boosted my spirits and I know that he is the cause of my
determination.
I daresay
that this single human has made a drastic change in my life. He has been my
best friend, my companion, my worst opponent and the most amazing person in my
life. Even though I can be paranoid and grumble and get angry at such petty
things, he would be patient and calm me down and tell me that everything would
be alright. He sacrificed being scolded just to see me. And he didn’t even mind
meeting me even though he was suffering from flu due to him missing me too
much. And whenever I fell sick, he would be extremely worried and he would the
one who reminded me to eat my medicine and to enjoy life. I still keep everything
he gave to me; every single rose, card and even the wrapper of the first
chocolate bar he gave me. People say that you can never forget the first love
in your life. I can say this statement is true. I know that I’ll never forget
this amazing person who came into my life at my time of sorrow, turning my
frown upside down, giving me hope when I thought nothing would come through,
and giving my tree of life a drink to rejuvenate. And for that, these memories
I keep close to my heart. Locked that can’t be freed for my gratefulness and
appreciation is larger than infinity itself.
(Inspired from Growing Up with
Ghosts by Bernice Chauly)
Tuesday, 4 December, 2012, 10:06 AM
Monday, December 3, 2012
Spy
Untuk ke aras ganjil, ambil
elevator di aras mezanin (M).
Untuk ke aras genap, ambil
elevator di aras tanah (G).
Opis gua di aras ganjil. Untuk ke
aras mezanin (M), gua perlu memacu eskalator dari aras tanah (G).
Sambil memacu dengan cermat eskalator
dari aras tanah (G) ke aras mezanin (M), gua coba curi-curi pandang awek yang lincah
berjalan betul-betul di belakang gua sedari turun dari LRT tadi. Gua syak awek
ni seorang spy dengan cover seorang awek kelas pekerja yang boleh blah.
Gua usha. Awek tadi perasan dan usha
gua balik.
Gua laju-laju paling ke depan
sambil buat bodoh.
Syal. Sah awek ni spy.
Monday, 3 December, 2012, 10:57
AM
Saturday, December 1, 2012
Sudut Pandang
Enche’ Zachariah:
Joned. Aku nak tanya kau. Dan aku nak kau jawab dengan jujur.
Joned: Silakan Enche’
Zachariah.
Enche’ Zachariah:
Dalam ramai-ramai orang kat department ni, dengan siapa yang kau rasa
betul-betul selesa?
Joned: Sejujur-jujurnya,
Enche’ Zachariah.
Enche’ Zachariah:
Dan kenapa tu Joned?
Joned: Sebab
Enche’ Zachariah pandang saya sebagai saya. Sebab Enche’ Zachariah pandang saya
macam orang.
Enche’ Zachariah:
Okayh.
Joned: Sebab
Enche’ Zachariah the only person yang
defend saya dengan hak saya untuk
memilih. Di kala ramai yang mempersoalkan human
rights saya untuk bergaya rock
dengan berambut panjang dan mengenakan sebentuk copper wristband pada pergelangan tangan kanan pada hari pertama
saya report duty, you have gained my respect Enche’
Zachariah. Elemen hormat itu bukan suatu yang total bagi opinion
saya Enche’ Zachariah, tidak boleh dipinta, dan begitu jauh sekali untuk
dipaksa. Ianya sesuatu anugerah. Sesuatu yang datang dengan alami, datang
dengan sendirinya. Pabila
Enche’ Zachariah mewaraskan keselesaan saya untuk berambut panjang dan
mengenakan sebentuk copper wristband pada pergelangan tangan kanan saya tanpa
sebarang unsur prejudis, saya dapat rasakan the
sense of acceptance as a human being. Saya berasa lebih selesa, lebih comfortable.
Enche’ Zachariah:
Teruskan.
Joned: Dan saya
berasakan golongan muda-mudi seperti kami perlu diberikan sedikit ruang untuk
bernafas, kami mahu suara kami didengari walaupun sekelumit. We’ve got no bills Enche’ Zachariah. Dan
kami tiada kepentiangan politik yang ingin kami canang-canangkan ke seluruh
dunia. Tetapi tidak bermaksud kami tidak punya the
sense of responsibility. Kami ada, tetapi mungkin kurang atas faktor limitasi tanggungan atau tiada sebarang permasalahan serupa politikus yang perlu kami
pertimbangkan. Kami kurang selesa pabila ada segelintir generasi yang lebih
berusia (exact words) melabel mudah
kami dengan tag spesies yang suka
ber-hu-hu-ha-ha, bersuka ria dan merapu. Kami muda Enche’ Zachariah. Dan bagi sudut
pandang humble saya, we should behave like one. Sorry. I insist
to replace the word ‘should’ with ‘must’.
Enche’ Zachariah:
Please. Elaborate more on that Joned.
Joned: Saya akui.
Kami idealis. Walaupun dalam dunia sebenar (baca: realiti), it’s not that applicable. Tetapi saya
memandang ianya sebagai suatu proses yang perlu. Kami punya energy, kami suka sekali
bereksperimentasi dan kami gemar ya amat berfoya-foya dengan idea. Tidak usah
bersusah payah mengambil contoh yang jauh dengan diri kita Enche’
Zachariah. Saya misalannya. Obsesi saya memilih untuk berambut panjang yang rock
saya tegakkan atas dua premis, pertama, hak saya sebagai warga merdeka yang
bebas untuk memilih dan secondly, it’s a must process. Mungkin, setelah
saya punya bini dan anak, saya lebih selesa dengan penampilan segak dengan
potongan rambut yang lebih kemas, it’s a
maybe. To tell you the truth, I don’t
give a damn what people say. Kenapa saya perlu serabutkan diri saya untuk
keselesaan orang lain, sedangkan keselesaan itu patut diraikan oleh diri saya
sendiri. Itu hak hakiki seorang saya.
Enche’ Zachariah:
But it’s in our culture Joned. Apa kau
rasa pasal benda tu?
Joned: Yes, we must admit that, it’s our culture. Suka
untuk saya tekankan, mungkin dari sebelah yang satu lagi, kami kurang
menitikberatkan perihal impikasi atau consequences.That’s when the experienced people like
you Enche’ Zachariah, come into the
equation. Untuk mengelakkan kami daripada misleading, we need your
experiences. Kami punya idea yang kreatif, tetapi at the same time, kami kurang pengalaman. Seperti yang saya perkatakan tadi, kami kurang diberikan ruang untuk suara kami didengari, dan kekadang, hak
kami yang satu itu dinafikan secara total. Saya percaya, dengan adunan tenaga dan cetusan idea-idea
berani daripada kami muda-mudi disempurnakan dengan tunjuk ajar daripada golongan yang lebih
berpengalaman, kita pasti dapat menggembleng suatu paradigm shift untuk membawa Malaysia lebih jauh ke hadapan.
(Diskusi
ringan-ringan bersama seorang lawyer yang begitu loyar dan begitu sempoi
perihal isu-isu semasa, perundangan dan perlembagaan, masa hadapan sebuah
negara dan lain-lain di sebuah mercu tanda kebanggaan sebuah negara bernama Malaysia
bersempena dengan malam sambutan Tahun Baru Islam.)
Monday, November 26, 2012
Barah
Gelita malam
tanpa sang bulan dipagari bintang-bintang bergemerlapan gemilang. Di dalam
ruangan kokpit pemandu sebuah jentera garang Satria R3 Second Stage dengan nombor unit 141 (edisi terhad dengan bilangan
total 150) keluaran tahun 2005, berjantung model 4G93 dengan sesaran enjin 1.8 liter
yang didatangkan khas bersama tempat duduk semi-bucket
Recaro padanan rona merah dan hitam, tali pinggang keselamatan berona merah, steering sukan Momo, rim sukan berbilah lima dan spoiler dari gentian karbon dengan talaan istimewa dari divisyen Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
Proton; Race, Rally, Research (R3),
ruang fikiran aku kosong lagi lompong.
Di kompaun parkir
berhadapan dengan mahallah siswi International
Islamic University Malaysia kampus Kuantan, laungan lunak muazzin dari
corong-corong pembesar suara Masjid Sultan Haji Ahmad Shah yang menandakan
masuknya waktu Isyak bagi Bandar Kuantan dan kawasan-kawasan yang sewaktu
dengannya tenggelam dalam keasyikan petikan gitar si genius Jimmy Page, projektor
suara emas Robert Plant, feel seorang
bassist John Paul Jones dan ketukan set
drum agresif John “Bonzo” Bonham menerusi lagu Stairway to Heaven. Dan aku pasti ketika itu, minda bawah sedar aku
secara total di bawah pengaruh subliminal
message oleh sebuah superband
paling legend di abad ini; Led Zeppelin dari Britain.
Di bawah remang
cahaya romantis jingga kekuning-kuningan pos lampu, terlihat susuk seorang gadis
yang mengenakan busana gorgeous seorang Muslimah. Pintu penumpang bahagian
belakang sebuah Perodua MyVI SE generasi kedua dengan kemasan putih mutiara yang
diparkir betul-betul bersebelahan dengan pos lampu tadi dibuka. Sebelum
meloloskan figura ke dalam mobil itu, kelihatan si gadis tadi berbicara
sebentar dengan seseorang di ruang kokpit penumpang bahagian hadapan. Dengan
palitan romantis pada profil tiga per empat si gadis itu tadi, terlukir sebuah senyuman yang
paling tulus di dalam dunia dengan lambaian santai – pada aku.
Dan suara Jason,
karektor Yasmin Ahmad dalam sebuah karya garapan beliau, Sepet terngiang-ngiang
pada pendengaran aku seorang. You’re my
poetry from God. Aku paling ke kanan. Aku paling ke kiri. Aku lihat refleksi
cermin sisi belakang. Sumber datangnya kalimah suci itu gagal aku kesan. Momen
itu aku rasakan magis sekali. Penuh dengan elemen supranatural. Track Stairway to Heaven tadi berhenti secara mengejut pada minit ke 6:66 dan pemain cakera padat mula memainkan lagu Feeling Good
oleh Nina Simone.
Keberadaan aku di
sebuah medan sunguh berselera di pinggir Bandar Kuantan itu ditemani dengan
kehadiran lima individu yang lain. Seorang teman lelaki edisi jelajah dari bumi
Tronoh, dua teman lelaki ketika program matrikulasi beberapa tahun sebelum,
seorang teman rapat perempuan dan si gadis tadi. Elemen romantis tadi menjadi
bertambah romantis dengan pelukan halwa angin malam dan renyai halus titisan hujan. Aku
menjadi speechless. Kuil aku mula
berteori nakal. Apa bisa butir-butir bicara dalam bentuk lisan itu terzahir hanya coma dengan renungan mata antara aku dan si gadis tadi? Ah, hopeless romantic.
Bhai, asal diam
je?
Aku tak tau nak
cakap ape.
Monolog pada kadar decibel rendah antara teman lelaki aku
dan aku.
Aku mula mengatur
bicara. Si gadis tadi mula membalas bicara.
Momen itu aku
rasakan bagaikan hanya punya aku dan si gadis tadi. Dan bait-bait lagu kumpulan
gitar rancak Mocca dari Indonesia, You
and Me against the World mula mengisi ruangan
latar. Bagai Adam dan Hawa. Umpama Laksamana Hang Tuah dan Puteri Gunung
Ledang. Persis John Lennon dan Yoko Ono. Seperti Krishna dan Radha. Saling
melengkapi. Dan untuk kali yang pertama dan penghabisan, aku menyaksikan secara
live, perfection in imperfection. Seorang gadis yang menjadi kejadian
Tuhan yang paling sempurna di sisi aku. Dan paparan pada mata aku memainkan babak
dialog pembuka filem antara Rahul dan Pooja di dalam sebuah filem Hindi, Dil To
Pagal Hai.
Dan malam itu aku
didiagnos dengan sebuah barah yang paling berbahaya sejak kelahiran Adam
alaihissalam.
Angau.
Monday, 26
October, 2012, 12:24 AM
Subscribe to:
Posts (Atom)