Aku exit dari
Cheras Perdana ke LEKAS. Aku memacu slow and steady Mini Cooper aku. Aku
sukakan feel pabila memandu mobil comey ini. Entah lah. Sukar untuk aku
ungkapkan. Penuh nilai sentimental. Sama seperti shades yang aku kenakan di
bawah terik matari. Sama seperti beg kulit vintaj yang aku bimbit ke pejabat.
Sama seperti but Doc Mart low cut yang aku sarung ke hulu ke hilir.
Mini Cooper ini
aku beli daripada seorang Haji pencen di Negeri Sembilan. Seorang peminat tegar
Mini Cooper dan Mini Clubman. Haji pencen mahukan seorang pembeli yang punya
jiwa entusiastik. Kondisi tip top dengan spesifikasi asal. Sebuah Mini Cooper
model tahun 1969 dengan sesaran satu perpuluhan sifar liter. Direplikasi
serupa dengan Mini Cooper watak komedi, Mr. Bean.
Projek asal aku
mahu memodifikasi Mini Cooper ini dengan karekter yang lebih sukan. Rona merah
garang dengan belang perlumbaan. Kit badan yang lebih lebih lebar pada arca
keempat-empat sudut tayar. Saiz tayar yang lebih lebar. Rim sukan mangkuk yang
klasik. Dikuasakan dengan enjin Passo Turbo satu perpuluhan tiga liter. Sistem
suspensi yang lebih keras. Serta sistem perpaipan yang mengeluarkan bunyian
garang.
Kesudahannya,
projek asal itu aku komakan. Sebagai seorang yang berjiwa sentimental, aku terkenang
akan sebiji kek homemade sempena ulang tahun kelahiran aku yang kedua puluh.
Sebiji kek Mini Cooper. Palitan pewarna biru lembut secara total. Pewarna
belang rona putih pada kedua-dua belah sisi bonet hadapan. Dan pewarna air brush bendera
Union Jack pada bahagian bumbung. Reinkarnasi sebiji kek menjadi sebuah mobil pada
skala sebenar.
Aku betul-betul
mengagumi ambians malam ini. Sang purnama dipagar bintang-bintang. Melukis
indah kanvas langit malam. Pada papan pemuka Mini Cooper ini, terletak elok
sebuah kipas kecil. Yang paling moden dalam ruangan kokpit ini adalah sebuah
pemain cakera padat cap Bose. Talaan pada frekuensi BFM 89.9. Memainkan lagu
kegemaran sepanjang masa aku. Something Stupid dendangan mendiang Nancy dan
Frank Sinatra Jr.
Aku terimbau momen
penuh majis petang Jumaat yang lepas.
Aku berjalan
beriringan bersama seorang teman. Tiap-tiap Jumaat akan aku sarungkan baju
korporat dengan paparan besar jenama syarikat pada sisi belakang. Shades
aku simpan rapi di dalam kocek kiri baju. Beg kulit vintaj aku genggam erat di
tangan kanan. But Doc Mart low cut aku pijak gagah pada jubin-jubin berkilat
lantai. Sepenuh perhatian aku tumpukan pada tiap-tiap butir bicara yang keluar
dari mulut teman aku.
Dari kejauhan,
aku terlihat suatu figura. Bagaikan bidadari terlepas dari kurungan syorga
Tuhan. Umpama puteri kayangan menjejak kaki ke bumi noda. Entah lah. Sukar
untuk aku ungkapkan. Aku terpana. Mesmerized. Bersusok lampai. Berparas
descendent Arab. Dan aku kira. Mungkin sekali fasih bertutur Inggeris. Momen
yang sama, melodi Something Stupid versi asal mula bermain pada pendengan aku
seorang.
Figura itu
mengulum sebuah senyuman yang paling menawan. Sebuah senyuman besar yang paling menawan. Mata yang bergemerlapan terang secerah bintang kejora. Dalam gerak perlahan, figura itu melambai mesra. Melodi Something Stupid itu secara
mengejut jeda. Bersilih ganti dengan kalimah suci ‘Hye’ yang menjadi suatu bunyian
yang paling euphonious. Yang paling mengkhayalkan. Lebih mengkhayalkan daripada sedutan marijuana perubatan.
Aku kulum senyum.
Kelibat figura itu berlalu laju di sisi kanan aku. Aku berhenti melangkah. Aku
paling. Dan figura itu pup. Lesap. Aku kulum senyum kembali. Aku geleng
kepala. Dan aku tertawa kecil. Halusinasi.
Gampang.
Gampang.
Sunday, 30
December, 2012, 2:55 AM
No comments:
Post a Comment