Kuala Sepetang, Perak |
Meraikan kehidupan. Dan sebab itu hari-hari Hari Raya. Tidak hanya tertakhluk kepada Raya Puasa, Raya Korban, Deepavali, Tahun Baru Cina mahu pun Krismas. Rukun dan tata dalam meraikan? Terpulang. Seperti tema Cantik itu Subjektif simposium di BRJ Alam Damai bersama member-member yang singgah sebentar di Kota Sepi Lagi Jahat Kuala Lumpur, Rai itu juga Subjektif. Terpulang pada pendefinisan masing-masing. Itu pun salah satu cara untuk meraikan kehidupan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lagak seorang muda-mudi penyantun,
aku lebih selesa memilih untuk berdiri di dalam STAR mahu pun PUTRA. Empat beranak
baru menaiki tren. Seorang bapak, seorang akak dalam 12 tahun, 2 orang budak perempuan dalam 5, 6 tahun. Berseragam sekolah dan tadika. Expatriate Indonesia. Aku lihat
auntie Cina bangun mengalah seat. Dua orang budak perempuan tadi duduk. Dan si akak
berdiri sambil bergayut tangan memastikan adik-adik tidak bikin onar. Semua memerhati keletah dua orang budak perempuan tadi. Dengan kulum senyum gumbira pada tiap-tiap pasang mata. Dan tiap-tiap bentuk muka.
Aku swipe Touch n Go dan aku
melintas jalan di depan STAR Masjid Jamek. Aku perhati pengemis-pengemis
jalanan. Aku tak mahu ambil pusing apa yang dikemis. Duit kertas kah? Syiling kah?
Nasi lemak bungkus kah? Paper The Sun kah? Sebatang rokok kah? Lantak kau
orang. Aku perhati seorang mak cik Melayu beli nasi lemak bungkus lalu disedekahkan
secara bertamadun pada seorang pengemis yang bersandar pada tiang. Seorang pemuzik
jalanan buta bermain biola meraikan Saiyiddul Ayyam. Aku berdiri tegak memerhati dekat. Penghormatan kepada seorang pemuzik jalanan buta.
Habis lagu aku berlalu dan swipe Touch n Go menuruni eskalator PUTRA Masjid
Jamek.
Aku nampak Nyonya yang sibuk melayan cucu dalam stroller. Nampak comel. Dan aku. Cemburu dengan sesuatu
yang aku tidak ada. Tidak punya. Nyonya perasan aku. Nyonya senyum. Dan aku pun
senyum. Senyum persefahaman antara dua manusia tanpa sebarang prejudis, tanpa unsur
rasis, tanpa perlu singkap selidik pegangan akidah. Aku dapat tangkap sirat
senyum Nyonya. “Sampai masa nanti, lu pun punya anak." Terima kasih
Nyonya.
Aku perhati gathering dua family
friends di Signature Level 2. Sebuah famili Indonesia dan sebuah famili Bosnia
mungkin. Bersefahaman dalam tutur Inggeris. Bapak-bapak perinci perihal
vacation di Langkawi. Budak-budak laki-laki di satu meja lain bergebang hal
budak laki-laki. Geng mak-mak dan anak perempuan mengitar seorang bayi
lelaki di satu meja yang satu lagi sambil borak-borak kosong pasal benda-benda orang
perempuan.
Mata aku tertangkap pada gadis
Bosnia yang menge-cak-nge-cak bayi lelaki itu yang kini berada dalam pelukan. Sweet
16 mungkin. Pada raut muka itu, tersurat sesuatu yang sukar sekali untuk aku
ungkapkan (serius). Keikhlasan. Ketulusan. Kebahgian. Dan entah. Kesemua itu
menjadi sesuatu yang blend dan perasaan gadis Bosnia yang sedang
menge-cak-nge-cak itu dapat aku rasakan (serius) dari kejauhan.
Aku paling kepala. Aku dapatkan
briefcase kulit vintaj aku di kerusi sebelah. Dan aku berlalu pergi.
Kau Tuhan. Hanya satu yang aku pinta. Sebelum jasad ini sebati mati dengan bumi, Kau kurniakan perasaan gadis
Bosnia itu ke dalam sanubari aku yang sakit ini.
Amin.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Friday, 28 December, 2012, 10:40
AM
No comments:
Post a Comment