Friday, March 30, 2012

Burger Hunting


Ini kisah obsesi. Burger stall di tepi jalan.

Burger di Malaysia ni ada karekteristik tersendiri. Kalau nak dibandingkan dengan burger mat saleh. Saiz lebih comel, bagus sebab tak cepat muak. Daging yang dibelah tengah, bonus, daging lebih garing. Layan lagi kalau roti ditabur bijan. Campuran hirisan halus timun, kubis bunga, bawang dan kadang-kadang salad atau lobak merak yang tak kedekut. Sos cili botol besar. Formula seasoning, ‘dadah’. Harga pun berpatutan. Dan yang paling best, macam-macam jenis ada.

Zine Rokes isu 1 ada temu ramah sorang brader burger berkenaan scene burger di era awal 90-an. Kata beliau, burger dulu ada je yang dijual seawal jam 11 pagi bawa ke petang. Tak macam sekarang, memang tak jumpa langsung lah. Menu burger pun terhad, takat burger daging, ayam, special, hotdog dengan benjo.

Jackson’s Burger, PJ

Penemuan burger ni di sekitar tahun 2007. Dibawa oleh seorang teman ketika itu. Kata beliau, kewujudan burger ni dikesan sejak zaman ayah beliau bersekolah lagi. Lokasi, berdekatan dengan SMK(P) Sri Aman. Senang je nak cam, diorang berniaga dekat lori depan rumah diorang, sempoi. Penjual, pasangan suami isteri berbangsa Tionghua. Jujur aku cakap, aku tak pernah nampak Melayu makan situ selain aku, yang ada pun Cina dengan Pak Arab. Since Pak Arab pun layan, aku sebat je la, haha. Harga memang berpatutan, last aku pergi, RM2.80 for beef burger. The best part, beef tu diorang homemade. Kalau pergi, jangan take away. Duduk situ, makan time tengah panas. Tapi the reason aku lepak situ biasanya sebab satu burger je memang tak cukup, haha.

Ijan's Burger, Paroi Jaya

Ijan’s Burger, Paroi Jaya

Burger ni dekat je dengan Stadium Paroi Jaya. Memang famous dalam kalangan warga Seremban. Jangan tak percaya, aku pernah drive dari KL semata-mata nak layan burger ni. Kalau nak buat burger ni juadah berbuka puasa, disarankan tak payah sebab itu langkah kurang bijak. Pernah sekali aku dari KL nak balik kampung sebelum raya puasa, drop by nak beli buat juadah berbuka, berkesudahan, berbuka Gardener je, haha. Stall ni berkongsi dengan mamak di corner shop lot. So, senang, burger beli dekat Ijan's, air macam biasa, mamak. Dari pukul 11 pagi lagi diorang start beroperasi. Menu, macam-macam. Sumpah, besar gila menu yang diorang tampal.

Burger Terbaik, Batu Gajah

Since aku mengaji di Perak, jarang-jarang balik KL. Nak tak nak, kena cari port burger baru, nak jugak layan sekali-sekala punya pasal. Cari punya cari, dikhabarkan member-member tentang kewujudan burger terbaik di pekan Batu Gajah. Lokasi, berdekatan dengan the one and only KFC di Batu Gajah, betul-betul berhadapan dengan sebuah pusat tuisyen. Tak pernah tak ada orang stall ni, memang padu. Walaupun agak jauh nak drive, dalam 10 km jugak dari universiti, tapi apa ada hal. Roti ditabur bijan, campuran sos yang dinamik; sos cili pedas-pedas dengan sos tomato masam-masam dikesan reseptor di hujung lidah. Tak belah tengah, tapi daging memang dimasak garing. Formula seasoning yang mengancam dan tak kedekut sayur. Rasa keikhlasan dalam penyediaan makanan gitu.

Orang cakap, kalau kita masak ikhlas nak bagi orang makan, orang yang makan tu memang boleh rasa keikhlasan kita. Salut aku untuk brother-brother and uncle, auntie burger stall di tepi jalan di seantero Malaysia!

Thursday, 29 March, 2012, 4:09 PM

No comments:

Post a Comment