Sunday, March 18, 2012

Mana Satu Bahagia Yang Kau Cari

Lokasi: Entrance ke Suria KLCC dari Jalan Ampang
Masa: Waktu puncak di pagi hari, sekitar 7.30 ke 8.00 pagi


Jalan Ampang


Ada satu kisah member aku surahkan. Tengah internship di sebuah syarikat minyak internasional di belakang Pavilion. Merantau dari negeri pantai timur ke ibu raya Kuala Lumpur. Key Yell katanya. Haha. Kejadian berlaku setibanya beliau di stesen LRT KLCC. Memang, LRT lebih efisyen dari Komuter. Apa kejadah perempuan naik coach non-ladies sedangkan pihak KTM susah payah sediakan ladies coach. Takpe, ni aku surahkan kemudian.

Dua situasi berbeza beliau surahkan.

Situasi Satu

Si isteri membonceng si suami menaiki Honda EX5. Si suami berhenti di stesen bas berhadapan Avenue K. Si isteri turun. Si isteri membuka helmet lalu diberikan kepada si suami. Si isteri tersenyum. Si suami membalas. Tangan si suami dicapai. Dikucup kejap 2 saat. Pipi si isteri dikucup si suami. Salam diberi. Si isteri berlalu pergi. Si suami menunggang kembali. Tamat satu kisah.

Situasi Dua

BMW S5 hitam. Elegan. Confirm produk berjaya DEB. Kot. Pelik kereta tak di-tinted gelap macam kereta-kereta besar yang lain. Jelas kelihatan si suami di belah pemandu, si isteri di sisi belah penumpang. Si isteri buka pintu. Pintu ditutup. Tiada senyuman. Tiada kucupan. Tiada salam diberikan. Si isteri berlalu pergi. Si suami sempat usha awek promoter sebelum menekan pedal minyak kembali. Tamat satu lagi kisah.

Persoalannya sekarang, mana satu bahagia yang kau cari?

Sunday, 18 March, 2012, 7:27 PM

No comments:

Post a Comment