Tuesday, September 18, 2012

Aku dan Seorang Perempuan


Ini cerita aku dan seorang perempuan di Traders Hotel Kuala Lumpur betul-betul bersebelahan Exxon Mobil.

Di Traders Hotel Kuala Lumpur ini dahulu, pernah aku menanti di lobi seorang perempuan. Seorang perempuan yang tidak lokek berkongsi ceritera dengan seorang delegasi asing yang menghadiri sebuah konvensyen di Kuala Lumpur Convention Centre perihal pujaan hati beliau yang bakal menyambung pengajian tertiary dalam jurusan kejuruteraan di Australia.

Di Traders Hotel betul-betul bersebelahan Exxon Mobil ini dahulu, pernah aku bersusah payah membuat tempahan di Sky Bar seawal jam sepuluh pagi. Walaupun cadangan asal aku untuk menempah couch tidak kesampaian, aku sudah cukup berpuas hati. Aku setting meja kecil bersisi empat sama dengan sehelai pembalut hadiah berona merah hati dari Memory Lane, sekeping cakera padat oleh Yunalis Zarai yang aku sudah lupa dari album mana tapi masih aku ingat kulit albumnya yang aku dapatkan dari Super Sunday dengan bantuan seorang kawan, kek cawan custom made berlukiran rama-rama dengan tulisan italic Happy Birthday ******** yang aku dapatkan dari Wondermilk sehari sebelum, kad custom made dengan potongan besar rama-rama yang aku tempah dari seorang artis di Setiawangsa serta pixelette custom made bercorak rama-rama lengkap dengan tulisan nama berona putih, ungu dan merah jambu berlatarbelakangkan hitam yang aku dapatkan dari seorang artis di Amcorp Mall. Dan aku menanti seorang perempuan di hadapan elevator Sky Bar dengan sekuntum ros merah garang mengeluarkan bauan romantis di tangan kanan dipasangkan dengan kuntum senyum aku yang paling manis.

Ini kisah chinta aku yang tidak kesampaian. Bukan nawaitu aku mahu mengemis simpati kau, kau dan kau, cuma aku mahu berkongsi. Hidup berpaksi realiti, bukan berkiblat mimpi.

Katakanlah kau tersadung menyembah bumi di pertengahan, pandai-pandai kau merangkak, bertatih, berjalan, berlari dan terbang kembali kawan.

Kuala Lumpur

Tuesday, 18 September, 2012, 1:38 AM

No comments:

Post a Comment