Monday, September 24, 2012
Sesat
Gua pandang kanan. Jawa.
Gua pandang kiri. Pian.
Gua pasti. Gua pasti sepasti-pastinya.
Dalam kantuk pagi, sempat mata gua melilau nakal ke kanan dan ke kiri. Mencari-cari jika ada mana-mana pramugari yang boleh dijadikan sarapan pagi.
Gua pandang kanan. Tiada.
Gua pandang kiri. Tiada.
Gua pasti. Gua pasti sepasti-pastinya.
Jawa sama Pian sudah ghaib. Pelik ben Ajaib. Baru 5 saat.
Gua buat pusingan 360 darjah mengikut arah jam. Untuk kepastian yang lebih, gua buat pusingan 360 darjah melawan arah jam pula. Tiada dan tiada. Gua sudah mula gelabah.
Tanpa membuang masa, cergas gua mendail henset Pian.
Tidak berangkat.
Gua tarik nafas panjang. Gua pandang 200 meter ke hadapan ke arah tuju asal gua, Jawa sama Pian sebentar tadi.
Dari kejauhan, gua perhati Pian sudah pandang slek sama gua dengan henset di tangan kanan. Tangan kiri beliau mengisyaratkan, “Kau ni pehal?”
Dalam gegas gua mendapatkan Jawa sama Pian, gua bermuhasabah diri. Ni baru dekat LCCT. Kalau dekat Mekah, pergh. Tak jumpa Kaabah gua gamaknya. Cibai.
Itulah kisah gua menaiki kapal terbang buat pertama kali dengan membawa hasrat suci lagi murni mahu menyunting mana-mana Sumandak dari Negeri di bawah Bayu untuk dijadikan tunang.
Fin.
Sunday, 23 September, 2012, 9:47 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment