Kilasan ringkas
bersahaja. Kemudian sepenuh perhatian perempuan itu dikembalikan pada paparan
skrin iPhone 4 di tangan. Aku dengan ekspresi muka ingin tahu yang tidak boleh
blah mencuri-curi pandang apa yang disibukkan sangat dengan smart phone Steve
Jobs itu sehingga aku tidak dipedulikan barang sekelumit. Jejari runcing
perempuan itu ligat berdansa di atas butang kekunci memainkan aplikasi
permainan menyusun blok.
Wahyu dari
langit yang terbentang nan luas turun dalam bentuk melodi lagu Aku yang Asing oleh
kumpulan gitar rancak (kugiran) Hujan pada pendengaran aku seorang dalam mode
crescendo disusuli dengan paparan klip video rasmi yang direkod ketika jelajah
Perancis seperti menyaksi filem 50-an hitam putih distortion secara solo di
dalam panggung wayang gambar (pawagam).
Aku pasti. Pasti
dengan perubahan air muka (baca: ekspresi) aku yang berubah secara drastik.
Yang aku istilahkan sebagai Lu-Orang-Pun-Gerenti-Tahu-Ekspresi-Muka-Gua-Macam-Mana-Kan.
Dan sekali lagi.
LRT kurang ajar dan lebih buruk berbanding LRT terdahulu tadi tanpa salam menerjah
masuk ke platform tanpa sebarang indikasi signature seperti bunyi hon yang kuat
atau getaran setempat pada frekuensi yang tinggi. Dan sekali lagi. Rutin boring (bosan)
manusia berhimpit-himpit masuk secara berjemaah tanpa punya sedikit timbang
rasa. Bauan harum metabolisme aktif badan mula memenuhi ruang isolated gerabak
LRT. Aku lemas, aku rimas.
Perempuan itu
menempatkan diri betul-betul di tempat duduk berdekatan dengan pintu masuk
tadi. Dan ruang tempat duduk yang masih belum di-occupy rakus oleh marhaen
Kuala Lumpur hanya tinggal pada sisi pintu keluar, bententangan dengan pintu
masuk tadi. Dengan pandangan tenang (calm), aku perhati perempuan itu. Masih
terkulit-kulit dengan telefon bimbit. Aku pasti perempuan itu sedar akan
keberadaan aku di lokasi aku membuat pemantauan khas. Aku positif.
Entah di stesen
mana, seorang malaun yang aku sudah lupa jantina (lelaki, perempuan, khunsa,
pengkid, transgender, aku tak ambil pusing sebenarnya) menghalang pemerhatian
mengkhusus aku terhadap spesimen (perempuan itu) tadi. Tetapi melalui
cakap-cakap seorang yang tidak dikenali yang duduk betul-betul di sisi kanan
aku, perempuan itu ada mencuri-curi pandang ke arah aku walaupun terhalang oleh
titik buta. Oh, bunyi gesit sukma dari teras aku yang paling dalam.
Stesen LRT
Bandar Tasik Selatan.
Aku tiba ke
destinasi yang aku tuju. Aku berjalan keluar lambat-lambat sambil ekor mata aku
memerhati jika ada sebarang tindak balas dari perempuan itu. Tiada. Tidak
mengapa. Seperti seorang anak kecil yang bermain sorok-sorok dengan Hantu
Kopek, aku tempatkan diri aku di balik tembok berbentuk silinder berselindung.
Aku menantikan saat dan momen LRT kurang ajar tadi yang aku pasti akan berlalu
pergi juga tanpa sebarang indikasi signature seperti bunyi hon yang kuat atau
getaran setempat pada frekuensi yang tinggi.
Dan aku
menyaksikan perempuan itu mencari kelibat seseorang atau sesuatu. LRT? Aku?
Aku pasti Aku.
Aku labuhkan
punggung pada tempat duduk batu yang aku fikir selekeh tanpa sebarang kemasan
jubin marmar. Aku keluarkan sepuntung rokok yang aku sudah susun kemas-kemas di
dalam tempat penyimpan rokok khas dengan spesifikasi kedap udara dengan fungsi
mutlak mengelak lemau. Aku hidupkan dengan pemetik api. Dan aku teguk booze
yang aku simpan secara rahsia di dalam flask air biru aku (ramai menyangka
isinya kopi pekat cap Hang Tuah).
Hairan. Bukan
kepulan asap yang keluar dari mulut aku membentuk seekor naga garang yang
sedang menghembuskan tujahan api berkuasa tinggi dari celahan gigi-gigi kuning.
Tetapi nama seseorang.
Rock Rolland.
Seorang
perempuan yang pernah menjadi pujaan hati aku suatu tika dahulu. Dan rahasia
perempuan itu berlalu pergi selama-lamanya (mungkin) dari hidup aku biarlah aku
telan dan aku nikmati pahitnya seorang.
Dan untuk kali yang
penghabisan, aku hantar satu lagi mesej ringkas ke iPhone 4 perempuan itu yang
aku pasti tidak akan berbalas:
Happy
to see u. U look great like always.
Tika butang send
ditekan, corong-corong pembesar suara di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan sedang
memutarkan lagu Too Much Love Will Kill You oleh kugiran Queens. BFM 89.9, aku
pasti.
KLCC, Thursday,
11 October, 2012, Waktu-waktu Senggang
No comments:
Post a Comment