Rock.
Transit
dari Laluan Hentian Putra ke Laluan Sri Petaling. Pancit kalau aku mendaki
puluhan tangga, mahu lecak celah ketiak jadinya. Maka seperti golongan kelas
pekerja (working class) Malaysia yang lain yang terpusu-pusu tanpa menghirau
kiri kanan, depan belakang, atas dan bawah, aku mengambil langkah selamat
dengan memacu eskalator di laluan kiri. Jenis gopoh dan gapah serta tak
menyempat kebiasaannya lebih cenderung untuk menggunakan laluan kanan
eskalator. Firasat aku kuat mengatakan kehadiran aku di laluan kanan menghalang
laluan bukan merupakan opsyen terbaik di waktu puncak keramaian pulang dari
mencari rezeki halal (kalau haram pun aku serius malas nak ambil port).
Aku
text: I saw u just now. Sambil menanti eskalator sampai ke puncak pada elevasi
0 meter dari aras bumi.
Hampa
lagi kecewa. Tiada balasan masuk.
Seperti yang sudah menjadi ketentuan sejak di Luh Mahfuz, perempuan itu dan aku dipisahkan oleh seorang perempuan Tionghua berusia lewat 30-an. Dengan fikiran yang kosong lagi lompong, aku merapat ke belakang perempuan itu.
Hye.
KLCC, Thursday,
11 October, 2012, Waktu-waktu Senggang
Figura tabung
pasir (atau mungkin seekor kerengga) seksi itu aku betul-betul kenal. Ditangkap
secara nakal oleh minda bawah sedar aku mungkin. Tudung Aryani gaya-gaya bibik
dari Indonesia berona jingga garang yang dipasangkan comel dengan blouse
berasbstrak subjektif dengan manipulasi secara total jingga lembut dan putih
bersih itu tampak anggun dikenakan dengan padanan seluar panjang lepas rona
kelabu dan wedges. Oh, juga tas tangan yang terapit kemas sebagai pelengkap.
Aku secara
automatis tanpa di-ignite oleh mana-mana butang push start terus memasuki fasa
girang (excited phase) dalam jangka masa kurang 0.2 saat. Impressive. Not bad
at all (Pemain MP3 berjenama Creative Zen Stone hitam bersaiz chibi dengan
muatan 1 Giga memainkan lagu Something Stupid dendangan padu duet mendiang
Nancy dan Frank Sinatra Jr sebagai muzik latar).
Aku mahu
menghampir. Menyapa sopan. Just being polite. Sekadar bertanya khabar dan jika
ada kesempatan, bertukar-tukar satu dua cerita mungkin. Cukup. Period.
Stesen LRT Putra
KLCC.
Dalam kesibukan
secara serius aku merencana cermat possible scenarios (senario-senario
kebarangkalian) secara cergas dan cerdas, keretapi tiba secara mengejut tanpa
sebarang indikasi signature seperti bunyi hon yang kuat atau getaran setempat pada
frekuensi yang tinggi. Celaka. Aku matikan nawaitu suci lagi murni aku di situ.
Aku laju-laju menaiki keretapi dan merapat ke pintu keluar bertentangan dengan
pintu masuk tadi.
Stesen LRT Star
Masjid Jamek.
Perempuan
itu aku lihat dengan penuh kesabaran sedang menanti sesuatu. LRT? Aku?
Seperti yang sudah menjadi ketentuan sejak di Luh Mahfuz, perempuan itu dan aku dipisahkan oleh seorang perempuan Tionghua berusia lewat 30-an. Dengan fikiran yang kosong lagi lompong, aku merapat ke belakang perempuan itu.
Hye
Rock.
No comments:
Post a Comment