Gelita malam
tanpa sang bulan dipagari bintang-bintang bergemerlapan gemilang. Di dalam
ruangan kokpit pemandu sebuah jentera garang Satria R3 Second Stage dengan nombor unit 141 (edisi terhad dengan bilangan
total 150) keluaran tahun 2005, berjantung model 4G93 dengan sesaran enjin 1.8 liter
yang didatangkan khas bersama tempat duduk semi-bucket
Recaro padanan rona merah dan hitam, tali pinggang keselamatan berona merah, steering sukan Momo, rim sukan berbilah lima dan spoiler dari gentian karbon dengan talaan istimewa dari divisyen Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
Proton; Race, Rally, Research (R3),
ruang fikiran aku kosong lagi lompong.
Di kompaun parkir
berhadapan dengan mahallah siswi International
Islamic University Malaysia kampus Kuantan, laungan lunak muazzin dari
corong-corong pembesar suara Masjid Sultan Haji Ahmad Shah yang menandakan
masuknya waktu Isyak bagi Bandar Kuantan dan kawasan-kawasan yang sewaktu
dengannya tenggelam dalam keasyikan petikan gitar si genius Jimmy Page, projektor
suara emas Robert Plant, feel seorang
bassist John Paul Jones dan ketukan set
drum agresif John “Bonzo” Bonham menerusi lagu Stairway to Heaven. Dan aku pasti ketika itu, minda bawah sedar aku
secara total di bawah pengaruh subliminal
message oleh sebuah superband
paling legend di abad ini; Led Zeppelin dari Britain.
Di bawah remang
cahaya romantis jingga kekuning-kuningan pos lampu, terlihat susuk seorang gadis
yang mengenakan busana gorgeous seorang Muslimah. Pintu penumpang bahagian
belakang sebuah Perodua MyVI SE generasi kedua dengan kemasan putih mutiara yang
diparkir betul-betul bersebelahan dengan pos lampu tadi dibuka. Sebelum
meloloskan figura ke dalam mobil itu, kelihatan si gadis tadi berbicara
sebentar dengan seseorang di ruang kokpit penumpang bahagian hadapan. Dengan
palitan romantis pada profil tiga per empat si gadis itu tadi, terlukir sebuah senyuman yang
paling tulus di dalam dunia dengan lambaian santai – pada aku.
Dan suara Jason,
karektor Yasmin Ahmad dalam sebuah karya garapan beliau, Sepet terngiang-ngiang
pada pendengaran aku seorang. You’re my
poetry from God. Aku paling ke kanan. Aku paling ke kiri. Aku lihat refleksi
cermin sisi belakang. Sumber datangnya kalimah suci itu gagal aku kesan. Momen
itu aku rasakan magis sekali. Penuh dengan elemen supranatural. Track Stairway to Heaven tadi berhenti secara mengejut pada minit ke 6:66 dan pemain cakera padat mula memainkan lagu Feeling Good
oleh Nina Simone.
Keberadaan aku di
sebuah medan sunguh berselera di pinggir Bandar Kuantan itu ditemani dengan
kehadiran lima individu yang lain. Seorang teman lelaki edisi jelajah dari bumi
Tronoh, dua teman lelaki ketika program matrikulasi beberapa tahun sebelum,
seorang teman rapat perempuan dan si gadis tadi. Elemen romantis tadi menjadi
bertambah romantis dengan pelukan halwa angin malam dan renyai halus titisan hujan. Aku
menjadi speechless. Kuil aku mula
berteori nakal. Apa bisa butir-butir bicara dalam bentuk lisan itu terzahir hanya coma dengan renungan mata antara aku dan si gadis tadi? Ah, hopeless romantic.
Bhai, asal diam
je?
Aku tak tau nak
cakap ape.
Monolog pada kadar decibel rendah antara teman lelaki aku
dan aku.
Aku mula mengatur
bicara. Si gadis tadi mula membalas bicara.
Momen itu aku
rasakan bagaikan hanya punya aku dan si gadis tadi. Dan bait-bait lagu kumpulan
gitar rancak Mocca dari Indonesia, You
and Me against the World mula mengisi ruangan
latar. Bagai Adam dan Hawa. Umpama Laksamana Hang Tuah dan Puteri Gunung
Ledang. Persis John Lennon dan Yoko Ono. Seperti Krishna dan Radha. Saling
melengkapi. Dan untuk kali yang pertama dan penghabisan, aku menyaksikan secara
live, perfection in imperfection. Seorang gadis yang menjadi kejadian
Tuhan yang paling sempurna di sisi aku. Dan paparan pada mata aku memainkan babak
dialog pembuka filem antara Rahul dan Pooja di dalam sebuah filem Hindi, Dil To
Pagal Hai.
Dan malam itu aku
didiagnos dengan sebuah barah yang paling berbahaya sejak kelahiran Adam
alaihissalam.
Angau.
Monday, 26
October, 2012, 12:24 AM