Sunday, November 18, 2012

Momento


Joned, akak die cun giler weh. – Sharon

Momen itu, aku pasti, secara automatis topeng muka yang aku kenakan bertukar menjadi ‘Tanpa Sebarang Ekspresi’. Bendalir merah pekat pengangkut O2 yang menyelusup senyap-senyap ke segenap sel-sel di dalam jasad aku secara mengejut terburu-buru mengepam organ jantung aku secara lebih agresif. Tempo cool dub dab dub dab tadi kini menjadi sedikit canggung dengan rentak sumbang persis seorang pengetuk set drum yang maha noob. Aku jadi sedikit bengap, seketika, implikasi catuan tanpa notis awal darah merah ke kuil aku.

Lek bro. Kau play cool je. – Tawakal bangang seorang aku

Aku kilas ke belakang. Aku kenal benar figura perempuan yang berada nun jauh di sana. Bersusok lampai (aku lebih selesa dengan seorang perempuan yang sedikit lebih tinggi dari aku), berparas descendant Arab (berkening tebal dengan geometri muka yang sedikit lonjong) dan fasih sekali bertutur Inggeris. Umpama seorang nabi Tuhan yang dikurniakan wahyu dari langit, momen-momen lampau antara perempuan itu dan aku meresap perap ke dalam jiwa aku yang paling seni at that very moment.

Keberadaan aku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau lebih glamour dengan ungkapan manja KLIA itu disedari oleh perempuan yang berada nun jauh di sana itu. Iris-iris perang aku memaparkan satu babak yang paling romantis; seorang perempuan yang sedang menjengketkan kedua-dua belah kaki, dengan sedikit dongakan kepala pada sudut selesa dan tangan kanan yang terkinja-kinja melambai - pada aku. Perempuan inikah Chenta Agung aku? Getus sukma aku dari teras yang paling dalam. Nakal.

Aku hadiahkan perempuan itu kuntum senyum aku yang paling menawan. Dalam sela masa kurang daripada 0.2 saat, aku buntu di persimpangan sebuah konflik. Perlu aku menghampir atau buat dek je? Tanpa sempat dikawal oleh organ otak aku yang tadinya baru dicatu bekalan oksigen berisi hemoglobin, kaki-kaki aku mula melangkah perlahan-lahan, kiri, kanan, kiri, kanan. Benar kata orang. Chenta itu bukan ditangkap oleh minda bawah sedar oleh sebuah organ manusia yang bernama otak, tetapi sebenar-benarnya ditangkap oleh sebuah organ imaginari; ‘hati’.

Sebagai seorang proletar dalam hierarki kelas pekerja, menjadi resam aku untuk mengenakan uniform lengkap ini, lima hari seminggu (Isnin hingga Jumaat), dari jam 9 pagi membawa ke jam 5 petang. Hari ini Rabu, maka seleksi wajib aku tentunya sepasang boxer merah jambu bercorak kotak kain pelikat, sehelai kemeja plain berona ungu dengan lipatan lengan hingga ke atas paras siku, sepasang seluar slack hitam dengan potongan lurus dengan padanan tali pinggang kulit dan but Doc Mart low cut rona maroon. Oh, dan rambut digaya macho ala-ala Farrah Fawcett.

Hye. How are you?
Hey. I’m fine. You?
I’m doing great. Long time no see kan?
Yea. Oh, you’re going also?
Aa.
Laa. My sister. She didn’t mention pon. For real you’re going?
Yelah. Pakai smart-smart macam ni.
Really?
Haha, no lah. I baru balek keje.
Oh, patut lah. Ish, you ni.
Lame you diam. Sombong dengan I sekarang eh.
Mane ade. I’m busy. Really busy. If I free pun, I dudok rumah je.
We should hang out sometimes, you know. Like old times.
I malas la. I’m sorry.
It’s okay. Eh, give me your number.
I think I still have yours.
Haha, I’m really sorry. I ter-delete your number.
See. I still have your number.
So, lepak?
Facebook chat? Okayh?

Ketika aku sedang memacu laju Volkswagen model Super Beetle keluaran tahun ’71 dengan talaan Rauh Welt Begriff pada 180 km/j persis seorang racer melalui Lebuhraya Utara-Selatan, aku terkenangkan Deeper Conversation antara perempuan itu dan aku empat tahun dulu,  juga berlatarbelakangkan ruang tertutup yang sama dengan Mating Season oleh Butterfingers sebagai muzik latar.

Ey, your know what. When we were in high school, I pernah ade crush dekat you kot.
I know. Why?
Nah, nothing.

Jika aku gantikan skema jawapan itu dengan suara 'hati' aku yang paling tulus, mungkin, ketika momen ini, kami sedang berada di Paris bercumbu Perancis berlatarbelakangkan Menara Eiffel dengan foto kami ditangkap secara sembunyi-sembunyi di balik pohon-pohon rendang oleh seorang paparazzi bangsat.

Sunday, 18 November, 2012, 9:55 PM

No comments:

Post a Comment