Sunday, November 25, 2012

Kembali ke Petak Pertama


Shah Alam.

Wilayah yang paling mengasyikkan bagi seorang aku.
Dan kemudian menjadi suatu taboo yang terlalu taboo.
Lalu aku menjauh.
Tidak akan aku sesekali.
Kembali.

Dan akhirnya.
Aku kembali.
Back to square one.

Dan di deretan rumah kedai Majlis Agama Islam Selangor.
Aku melepak di Mamak bersama kau, kawan.
Mengungkap kembali.
Ceritera bahgia seorang kau dan seorang aku.

Perempuan datang dan pergi.
Yang kekal;
Tetap kawan-kawan dan famili.

Andai suatu masa nanti.
Aku sudah tiada.
Sebati mati dengan bumi.

Aku mahu korang tahu.
I’m happy for you guys.
No, no.
I’m so proud of you guys.

Dan aku mahu korang tahu,
Aku simpan member-member dalam kocek uniform kerja aku.
Simbolik korang yang dekat sekali di hati aku.

Joned

Sunday, 25 November, 2012, 10:14 PM

1 comment: