SLR |
Perdengarkan
padaku ceritamu
Tentang keluh dukamu
Yang terkesan membasah abadi
Tentang hikayat
cintamu
Yang kecundang tidak kesampaian
Tentang cita pengharapanmu
Pada rahsia ke-Esaan dan impi keagungan
semalam
Dan aku akan
mendengar dalam diam
Akan aku berikan
segala
Ruang masaku, posesiku
Jiwaku, hakikat kewujudanku
Kerana
Hanya itu yang mampu aku berikan
Padamu yang
sudi berkisah
Tentang dunia kecilmu
Yang tiada
siapa yang ambil peduli
Saturday, 15
June, 2013, 4:42 PM
No comments:
Post a Comment