Hallo Wok. Saya dah ada depan
rumah awak dah ni. Keluar lah Wok oi, keluar lah. Dah cun dah tu.
Hun, kan I dah cakap. Jangan lah
panggil I Wok. Tak comel lah.
Okay pe panggil Wok. Rock habis
kot. Saya panggil awak je macam tu Wok oi. Punya lah special awak ni dalam hati
saya, cheh.
Dah lah you ni, merepek je. Kejap
eh, I nak pilih tudung. You nak I pakai tudung apa hari ni?
Hari ni awak buat style
biasa-biasa je lah. Pe aa, tudung bawal eh?
Style biasa I tu tak okay ke?
Okay je style Yuna tu. Tapi cun
lagi kalau awak buat style biasa Wok.
Hm, okay lah, okay lah. You
tunggu jap okay Hun?
Cepat sikit Wok oi. Paneh ni hah.
Jap, awak pakai baju kaler pe?
Sky blue. Why?
Alang-alang tu, awak tukar baju
kaler purple sekali okay ke?
Laa, kenapa?
Saya suka tengok awak kaler
purple, cun habis, ahaks.
Ish, macam-macam lah you ni. Jap
eh.
Okay, okay. Plish, plish. Jangan lama
sangat.
Monday, 3 June, 2013, 7:48 PM
No comments:
Post a Comment