Ada orang suka flush lepas berak.
Ada orang tak.
Seni katanya.
Suka hati kau lah.
Friday, 30 August, 2013, 3:59 PM
Friday, August 30, 2013
Tuesday, August 27, 2013
Dying
the moment i am dying
i wonder
will i leave the world with name and fame
or be forgotten in the time frame
Tuesday, 27August, 2013, 3:02 AM
Saturday, August 17, 2013
Thursday, August 15, 2013
Falsampah II
1. Kekadang yang
cantik di mata zahir kita, di mata hati kita; yang ingin kita perdengarkan
puisi keindahan, yang ingin kita bisikkan ratib kecintaan, yang ingin kita
padamkan segala gundah, yang ingin kita petik bintang dan gapai rembulan di
langit malam, yang ingin kita terangi dengan sirna hangat matari, yang ingin
kita payungkan dari rintik halus hujan yang menggigit, hanya cuma untuk
dipandang dari kejauhan. Kerana posesi itu memudarkan. Dan tiba suatu ketika nanti,
terhapus sudah dan menjadi sesuatu yang paling asing. Jadi, kita membiarkan?
2. Jika sampai
pada kurniaan pasang telinga pinjaman Tuhan panggilan untuk mengEsakan, wajib
kita sujud pada pasak bumi yang melaungkan. Menyedari itu, kenapa kita masih leka
dan alpa dalam keramaian. Dan kekadang, kita enggan dan terus meninggalkan.
Lambai bidadari syurga makin sayup dengan raung ahli neraka gegak gempita
membikin jiwa-jiwa kosong kita ketar dan gentar. Tapi kita masih degil. Lebih keldai
daripada keldai. Manusiakah kita dengan memanusiakan diri kita?
Thursday, 15 August, 2013, 1:59 PM
Lensa & Potret
Menerusi lensa
Yang ku pacu
Senyum mu
Menyentuh sukma
ku
Yang sedia
terlukir
Perihal keindahan
mu
Yang ku capture
Agar bisa ku
bawa
Berpergian jauh
Ke bumi asing
Untuk menemani
Sepi malam ku
Di bawah remang
rembulan
Dan kerlipan
bintang
Ku perdengarkan
Pada sang bayu
Yang berlalu
Sebuah syair
Tentang
keanggunan mu
Walaupun untai
kata
Yang menjalin
rima
Dan puisi
Tidak seindah
Tidak seanggun
Senyuman mu
Momen terhenti
Tika kau
Kuntum kan
senyum mu
Pada ku
Menerusi lensa ku
Seperti kau
tahu
Di hari
esok
Kau tidak lagi
bisa
Mengukir senyum
mu
Pada ku
Seperti hari semalam
Potret kusam mu
itu
Sebuah momento
Untuk aku
tatapi
Supaya bisa aku
Tersenyum
Dan terhapus
Segala sepi dan
ratap ku
Pabila
Jiwa ku
Masih mengenang
kan mu
Thursday, 15
August, 2013, 2:02 AM
Falsampah
1. Kerja tak kan habis. So kau relax je.
2. Duit banyak mana pun, mati nanti bukan boleh bawak masuk kubur.
3. Usha awek cun, boleh dapat pahala apa. Syukur dengan nikmat mata yang kau dapat. Dengan keindahan yang dijamah rakus mata. Alhamdulillah.
4. Kalau kahwin pun makan luar, baik tak payah kahwin. Bujang pun rutin hari-hari macam tu jugak.
5. Awek cun. Sayang, dia main phone time dating.
Thursday, 15 August, 2013, 12:36 AM
Tuesday, August 13, 2013
Travel
A traveler am I and a navigator, and every day I discover a new region within my soul.
- Kahlil Gibran
Tuesday, 13 August, 2013, 1:48 AM
Sarah
Malam diterangi
sirna rembulan. Bintang-bintang di kayangan yang memagari sang purnama
berkerlip gemilang menambah seri keindahan pada lanskap malam Kuala Lumpur.
Metallurgical oleh Cromok berkumandang mengisi ruangan kokpit vintaj mobil.
Deruman garang Volkswagen Beetle dengan talaan istimewa Rauh-Welt Begriff
bergema mengisi sepi malam Jalan Tun Razak.
Dari Jalan Tun
Razak, mobil menyusur ke Persiaran Hampshire. Melepasi pos kawalan kediaman
mewah Hampshire Park, Bettle merangkak perlahan-lahan. Apartment duplex yang
menjulang tinggi ke awangan seakan-akan menongkat langit yang luas terbentang
memayungi bumi. Dalam remang cahaya pintu utama ke ruang legar Hampshire Park
1, seorang gadis sudah menanti.
Jonni teguk
liur. Jarum jam Swatch pada tangannya mendikit ke angka 9.05. Untuk
temujanjinya yang pertama ini, Jonni sedikit terlewat. Spoil. Resmi si gadis
untuk lambat, bukan lelaki. Kewajarannya pada si gadis yang mengambil lebih
banyak masa untuk bersiap bersiap untuk digulai sang teruna. Ini tidak adil.
Double standard. Getus sukma Jonni cuba menghapus serba salahnya.
Jonni amati
rawak figura gadis itu. Kebaya nyonya rona putih dengan motif fauna nampak
cocok sekali dengan songket hitam yang dipadankan. Rambut hitam panjang gadis itu tersanggul rapi
dengan sentuhan kuntum bunga kamelia. Pada raut wajahnya yang penuh kelembutan,
tercoret sebuah senyuman yang berhalwa keikhlasan. Melengkapkan keindahan
sebuah kejadian Tuhan.
Puji-pujian
kepada Tuhan. Cun.
Volkswagen
Beetle diberhentikan di hadapan gadis itu. Dalam gesa, Jonni turunkan tingkap
di sisi penumpang.
“Sarah?” kedu
Jonni menjengah dari tingkap belah penumpang.
“Yea. I’m
Sarah. Em, Jonni?” balas lembut Sarah yang masih dengan coret senyum yang
memaniskan lagi keayuannya. Jejari halusnya mengemaskan rambut hitamnya yang
mengurai bebas disapa nakal bayu malam.
“Oh, sorry,
sorry. Kejap eh,” mati lamunan Jonni. Jonni terkocoh-kocoh keluar mendapatkan
pintu untuk Sarah. Haruman yang dikenakan Sarah memenuhi ambians romantis malam.
‘Pure Seduction, Victoria’s Secret,’ getus nakal sukma Jonni dengan anggukan
kecil.
“Dipersilakan,
Tuan Puteri,” seloroh Jonni.
Sarah tertawa
kecil. Panah lirik mata bulatnya membuatkan Jonni terkesima.
“Okay. Dah
ready?” Jonni memperlahankan lagu yang memainkan Feelin’ Good oleh biduanita
Nina Simone tanpa menoleh kepada Sarah.
“Yep, yep,”
ucap Sarah pendek. Sedikit gugup.
Tuesday, August 6, 2013
Remember
If you remember me, then I don't care if everyone else forgets.
- Haruki Murakami
Tuesday, 6 August, 2013, 3:24 AM
- Haruki Murakami
Tuesday, 6 August, 2013, 3:24 AM
Subscribe to:
Posts (Atom)