Thursday, August 15, 2013

Falsampah II

1. Kekadang yang cantik di mata zahir kita, di mata hati kita; yang ingin kita perdengarkan puisi keindahan, yang ingin kita bisikkan ratib kecintaan, yang ingin kita padamkan segala gundah, yang ingin kita petik bintang dan gapai rembulan di langit malam, yang ingin kita terangi dengan sirna hangat matari, yang ingin kita payungkan dari rintik halus hujan yang menggigit, hanya cuma untuk dipandang dari kejauhan. Kerana posesi itu memudarkan. Dan tiba suatu ketika nanti, terhapus sudah dan menjadi sesuatu yang paling asing. Jadi, kita membiarkan?

2. Jika sampai pada kurniaan pasang telinga pinjaman Tuhan panggilan untuk mengEsakan, wajib kita sujud pada pasak bumi yang melaungkan. Menyedari itu, kenapa kita masih leka dan alpa dalam keramaian. Dan kekadang, kita enggan dan terus meninggalkan. Lambai bidadari syurga makin sayup dengan raung ahli neraka gegak gempita membikin jiwa-jiwa kosong kita ketar dan gentar. Tapi kita masih degil. Lebih keldai daripada keldai. Manusiakah kita dengan memanusiakan diri kita?

Thursday, 15 August, 2013, 1:59 PM

No comments:

Post a Comment