Dua, tiga, kucing berlari,
Mana kan nak sama si kucing belang;
Dua, tiga, boleh kucari,
Mana kan nak sama si cik adik seorang.
Monday, 28 October, 2013, 8:27 PM
Monday, October 28, 2013
Sunday, October 27, 2013
Hujan
Dalam dingin malam kuratib namamu,
Apa kau dengar bisik jiwaku, sayang?
Sunday, 27 October, 2013, 8:18 PM
Sunday, October 20, 2013
Kita Nyanyi Lagu yang Kita Suka
'we just don't care
just who you are
just shout it loud
that you are made
in malaysia'
Laung fuck dan layang jari tengah untuk polan-polan yang mengkronikan muzik.
Bermuzik untuk fame, glory and that Rockstar attitude.
Tabik salut untuk polan-polan yang bermuzik atas nama passion, showmanship dan fun.
Kerana kita nyanyi lagu yang kita suka.
Dengan member-member yang kita suka.
(Tanpa buruk sangka yang mencelakakan mudah-mudahan, hahaha)
Sunday, 20 October, 2013, 2:45 PM
just who you are
just shout it loud
that you are made
in malaysia'
Laung fuck dan layang jari tengah untuk polan-polan yang mengkronikan muzik.
Bermuzik untuk fame, glory and that Rockstar attitude.
Tabik salut untuk polan-polan yang bermuzik atas nama passion, showmanship dan fun.
Kerana kita nyanyi lagu yang kita suka.
Dengan member-member yang kita suka.
(Tanpa buruk sangka yang mencelakakan mudah-mudahan, hahaha)
Sunday, 20 October, 2013, 2:45 PM
Tuesday, October 15, 2013
Cinta Pandang Pertama di Aidil Adha
Lemang ni
sebatang berapa bang?
8 Ringgit. Tapi
kalau amek dua batang, abang bagi enam belas.
Bagi dua batang
lah macam tu bang.
Orang sini-sini
ke dik?
Takde lah bang.
Belajar sini.
Tak balik
beraya?
Tak balik lah
bang.
Oh. Belajar mana?
Belajar kat
Tronoh.
Oh budak UTP. Budak
pandai-pandai lah ni.
Takde lah. Biasa-biasa
je.
Ni nanti kerja
dengan PETRONAS lah ni.
InysaAllah
bang, kalau ada rezeki.
Bagus lah.
Ramai jugak
orang datang beli sini eh bang.
Boleh lah. Orang
lalu lalang nak balik kampung.
Rugi pulak tak
balik raya rasanya. Rasa tak best tak beraya dengan family ni.
Tu lah. Adik abang
pun tahun ni baru balik beraya. Dok belajar overseas.
Oh. Adik abang
belajar mana?
Nun kat Ireland
tu hah. Royal Surgeon ke ape tah tempat dia belajar.
Uish. Susah nak
masuk tu bang. Buat medic lah tu kan.
Aa. Ni pun baru
je habis belajar ni. Baru je balik dalam sebulan.
Tuesday, 15
October, 2013, 2:50 AM
Monday, October 14, 2013
Ter-cun
Kekadang, seorang perempuan tak perlu sangat pun untuk cun, untuk ayu, untuk jambu, untuk hot.
Cukup sekadar sedap mata memandang.
Cukup dengan membuatkan jiwa-jiwa serabut (dengan perihal berkait duniawi tentunya) kita berasa tenang, aman dan makmur.
Cukup hanya dengan menjadi yang ter-cun di mata kita.
Di hati kita (tentunya).
Selamat Hari Raya.
Monday, 14 October, 2013, 9:32 AM
Saturday, October 12, 2013
Kau
Kau suka kawan kau.
Kau terjatuh cinta dengan kawan kau.
Tapi bukan kau sengajakan.
Tak.
Kau memang tak sengaja.
Mungkin bukan apa yang kau mahu kan.
Pada mulanya.
Tapi apa salahnya, kalau kau dah suka.
Apa yang pada mulanya bukan apa yang kau mahukan.
Takde masalah.
Tapi masalahnya sekarang.
Kau tak tahu kau nak bagi tahu ke tak.
Sebab kau takut hilang kawan.
Sebab kau takut canggung.
Sebab kau takut dia tak rasa apa yang kau rasa.
Sebab kau takut renggang.
Tapi kalau kau bagi tahu.
Paling tidak.
Kurang beban kau.
Terhapus sudah penantian kau.
Kau tahu jawapan.
Kalau ya, Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Ilahi.
Kata orang, jodoh tu di tangan Tuhan.
Kalau kau tak dapat menyulam cinta dengan kawan kau pun.
Bidadari dambaan taman larangan syurga pun ada lagi.
Apa ada hal?
Saturday, 12 Oktober, 2012, 1:44 PM
Kau terjatuh cinta dengan kawan kau.
Tapi bukan kau sengajakan.
Tak.
Kau memang tak sengaja.
Mungkin bukan apa yang kau mahu kan.
Pada mulanya.
Tapi apa salahnya, kalau kau dah suka.
Apa yang pada mulanya bukan apa yang kau mahukan.
Takde masalah.
Tapi masalahnya sekarang.
Kau tak tahu kau nak bagi tahu ke tak.
Sebab kau takut hilang kawan.
Sebab kau takut canggung.
Sebab kau takut dia tak rasa apa yang kau rasa.
Sebab kau takut renggang.
Tapi kalau kau bagi tahu.
Paling tidak.
Kurang beban kau.
Terhapus sudah penantian kau.
Kau tahu jawapan.
Kalau ya, Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Ilahi.
Kata orang, jodoh tu di tangan Tuhan.
Kalau kau tak dapat menyulam cinta dengan kawan kau pun.
Bidadari dambaan taman larangan syurga pun ada lagi.
Apa ada hal?
Saturday, 12 Oktober, 2012, 1:44 PM
Saturday, October 5, 2013
I See You When I See You
Umat manusia bersesak-sesak keluar dari perut keretapi. Seakan-akan punya hala tuju dan destinasi yang pasti. Tewas pada kantuk, sepanjang dua jam setengah perjalanan, aku hanyut dibawa arus lena yang panjang. Kepala aku sedikit bengang. Tapi aku gagahkan juga mendaki puluhan anak tangga menuju ke puncak. Eskalator sepadat tin sardin sebenar-benarnya.
Aku singgah sebentar di tandas membuang air. Di dalam kubikel tandas, beg sandang yang sendat dengan persalinan dua, tiga hari aku punggah cermat. Aku salin baju yang sudah kepam dek basah peluh dengan sehelai kemeja hitam. Padan dengan Levi's 501 biru lusuh dan but Doc Mart koko. Di basin, aku basahkan muka, memberi rejuvenasi pada riak wajah yang lesu.
Menerusi refleksi pada cermin dinding, aku lihat seorang lelaki yang cengkung tidak bermaya. Dengan rambut yang sedikit serabai tidak bersisir. Rona hitam yang terkesan di bawah soket matanya menambah sisi kemurungannya. Dan yang paling menyedihkan, pasang mata itu seperti hilang cahaya, hilang serinya. Hilang sirna kehidupannya.
Aku lantas meninggalkan tandas, turun ke aras bawah, bergegas deras menuju ke arah LRT. Aku semak lalu masa pada telefon pintar. 17:37. Waktu puncak. Detik dan ketika jalan dan keretapi dipenuhi dengan proletar yang mahu pulang ke habitat. Aku kira masih terlalu awal untuk aku pulang. Aku mahu melihat-lihat kehidupan di belantara konkrit.
Kad Touch 'n Go aku sentuh pada sensor mesin pengesan. Berbaki 7.20. Cukup untuk biaya perjalan pulang. Memacu eskalator, mata aku melatari sekeliling, pada perubahan Sentral Kuala Lumpur yang selari dengan gerak masa dan arus kemajuan. Pandangan aku tertancap kejap pada hijau terang Panneton. Cepu memori dijentik momen semalam.
Kafe ini pernah aku singgahi lapan tahun sudah. Bila mana mata yang suatu ketika dahulunya terang segemilang bintang kehidupan di kanvas langit malam bertentang dengan pasang mata bundar yang setanding. 'Dari mata ia datang, barulah ke hati.' Senyum aku disambut dengan geleng kecil. Manusia suka mengenang pada masa-masa lepas yang indah. Dan aku tidak terkecuali.
Dengan tertib aku susun langkah menuju ke garis putus pintu gerabak keretapi. 1 minit lagi ketibaan keretapi. Sental Kuala Lumpur ini menjadi saksi pada momen semalam yang ingin aku kuburkan. Yang ingin aku selindung di balik ceritera girang seorang hedonis Kuala Lumpur. Yang pernah suatu ketika dulu aku bersumpah tidak akan lagi aku singgahi.
Sentimental pada jiwa kekadang menyeksakan. Membikin seseorang pegun pada satu titik yang sama. Toleh pada lalu masa lepas dengan dendam yang berbaur sayang. Memeluk erat tanpa lepas, menghalang keterusan hidup maju ke hadapan. Mengaburi jiwa daripada cita-cita dan harapan yang menjanjikan. Terperangkap dalam jeriji penjara momen-momen semalam, pemisah di antara garis halus sebuah ketentuan dan pilihan.
Langkah-langkah ini aku gagahi. Cuba mengutip keping-keping momen yang berderai di sana-sini. Atau pada pasak keyakinan pada janji Tuhan yang suci. Kerna aku cuma insan hina yang lemah di kaki arasy Ilahi. Menuntut sebuah harapan hakiki. Atau cuma sekadar mimpi mainan syaitan di malam hari?
Saturday, 5 October, 2013, 3:14 AM
Subscribe to:
Posts (Atom)