Kau suka kawan kau.
Kau terjatuh cinta dengan kawan kau.
Tapi bukan kau sengajakan.
Tak.
Kau memang tak sengaja.
Mungkin bukan apa yang kau mahu kan.
Pada mulanya.
Tapi apa salahnya, kalau kau dah suka.
Apa yang pada mulanya bukan apa yang kau mahukan.
Takde masalah.
Tapi masalahnya sekarang.
Kau tak tahu kau nak bagi tahu ke tak.
Sebab kau takut hilang kawan.
Sebab kau takut canggung.
Sebab kau takut dia tak rasa apa yang kau rasa.
Sebab kau takut renggang.
Tapi kalau kau bagi tahu.
Paling tidak.
Kurang beban kau.
Terhapus sudah penantian kau.
Kau tahu jawapan.
Kalau ya, Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Ilahi.
Kata orang, jodoh tu di tangan Tuhan.
Kalau kau tak dapat menyulam cinta dengan kawan kau pun.
Bidadari dambaan taman larangan syurga pun ada lagi.
Apa ada hal?
Saturday, 12 Oktober, 2012, 1:44 PM
No comments:
Post a Comment