Celik. Aku terjaga dari lena yang panjang. Dingin unit penghawa dingin terasa sekali menggigit. Aku alih gebar dan duduk di birai katil. Aku lepaskan pandangan ke luar. Gelap. Legap. Yang terlihat cuma refleksi diriku memandang diri sendiri. Sang purnama tidak mengambang. Bebutir bintang tidak berkerlipan. Sepi dan sendiri aku cuma ditemani bunyi deru unit penghawa dingin. Jiwa aku terasa kosong. Aku buka set lampu meja dan remang cahaya kejingga-jinggaan meronai kelam dinihari. Di luar masih tetap gelita. Sukma aku masih tetap lompong. Angka di telefon pintar pegun pada 5:26 AM. Dikau tanpa silu mengetuk pintu mimpi yang sudah lama tidak kau singgahi. Aku capai paket rokok dan aku nyalakan sebatang. Hangat rokok sedikit mendamaikan. Kepul-kepul rokok mengisi ruang unit apartment. Nikotin yang setia menemani masa-masa yang berlalu tanpa kehadiran dikau. Lama sekali engkau tidak menjengah ruang mimpi dan layar kehidupanku. Dan malam ini dikau singgah sekali lagi. Ruang mimpi yamg kita pernah berjanji untuk bertemu. Cukup hanya dengan ulit senyum tanpa ucap kata yang terluah, membicarakan hati dan rindu. Terus memori-memori yang jauh-jauh aku pendamkan, cuba aku kuburkan dan aku padamkan memenuhi kamar ingatan. Ah, aku dalam ketahuan yang aku tidak sesekali mampu untuk lari dari seribu satu kenangan. Kau akan tetap menghantui diriku walau sejauh mana pun aku memilih untuk terus berlari dan berlari. Tinggalkan aku, Sayang. Lupakan aku, Sayang. Usah dikau hantui diriku lagi, Sayang. Jangan sesekali kau lewati ruang mimpiku lagi, Sayang. Atau aku yang tidak pernah sesaat melupakanmu. Bagai nafas udara yang tidak mungkin terpisah. Sebati. Tanpa yang lagi satu, mati. Atau kerana mahu hati yang menentang dan terus menentang ketentuan dan takdir yang sudah tertulis lama di kaki arasy Tuhan.
Miri, Monday, 24 March, 2014, 06:11 AM
Monday, March 24, 2014
Wednesday, March 12, 2014
Syukur
Kekadang, keputusan dan apa yang kita lakukan bukan untuk diri kita sangat sebenarnya.
Untuk memuaskan cita-cita, impi dan hati yang tidak kesampaian.
Kiranya itu bisa membibitkan rasa bahagia,
Salahkah?
Syukur, Alhamdulillah.
Wednesday, 12 March, 2014, 11:20 AM
Untuk memuaskan cita-cita, impi dan hati yang tidak kesampaian.
Kiranya itu bisa membibitkan rasa bahagia,
Salahkah?
Syukur, Alhamdulillah.
Wednesday, 12 March, 2014, 11:20 AM
Monday, March 10, 2014
Teori I
Jawe
berketurunan Jawa. Bukan Minang, Banjar, proto-Malay, Negrito, Kadazan-Dusun, Aborigine,
Red Indian mahu pun Maori melainkan Jawa. Disebabkan itu beliau digelar Jawe with
an e. E yang dibunyikan e bukan e’ seperti yang diajar di dalam kelas mengeja
Tahun Satu di sekolah rendah.
Jawe merupakan
satu-satunya manusia yang hidup dan mendiami Bumi sejak bermulanya masa
sehinggalah Hari Kiamat. Beliau mempunyai daya imaginasi yang kuat, usia yang
panjang, masa terluang yang dihabiskan dengan menyawit kelapa sawit dan perwatakannya
tidaklah terlalu hensem. Perlu diingatkan beliau bukanlah Dajjal al-Masikh,
Ratu Adil mahu Anti-Christ yang popular di dalam naratif agama-agama samawi
seperti Islam, Yahudi mahu pun Nasrani.
Hobi beliau di
masa-masa senggang adalah berkhayal dengan bantuan racik halus kanabis dari
dapur homemade. Dapur ini sungguh bermutu tinggi dan unik buatannya. Sebuah labu
sayung Sarawak yang diimport ke Malaysia Barat di-drill secara D.I.Y. serupa
penyediaan dapur bermutu rendah yang dikitar semula dari botol minuman air
mineral dengan sesaran 500 ml.
Pada suatu
petang yang damai, setelah berjam-jam menyawit tanpa mengenal erti penat dan lelah,
Jawe melabuhkan punggung pada batang kelapa sawit yang tumbang dibalun seekor
khinzir bersaiz anak gajah tempoh hari. Usai Gudang Garam sebatang, beliau
berasakan dunianya terlalu bosan, tanpa teman untuk dibawa berborak dan
berjenaka. Hidupnya tidak tepu, terasa mendatar tanpa sebarang dugaan, cabaran dan
rintangan. Dan tanpa sebab-munasabab yang mampu dihadam logik akal, beliau obes walaupun beliau tidak perlu makan.
Beliau lantas
tanpa teragak-agak medapatkan dapur labu sayung Sarawak dari dalam raga kapcai
C70 nya. Okay, ni Wan. Kacak penampilannya, berbudi bahasa, pandai bodek
mak-mak, cerah masa depannya dan menjadi pujaan amoi-amoi Subang Jaya dan
Mutiara Damansara. Kanabis yang sudah diracik siap-siap di studio aparmentnya
disumbat dengan penuh cermat. Tidak pula terlalu padat.
Yang hitam
manis rupa mamak ni Thi. Gila Dota, muka nampak macam baru mandi, cakap slang
Sabah, gila-gila, pantang kena cabar, suka tegur awek tepi jalan sambil
keluar kepala bila dalam kereta. Lighter pada tangan kanan menyalakan kanabis
tadi dan dia sedut panjang. Pergh, power. Hembus. Asap yang berbau harum
menderu keluar bersatu dengan alam. Tinggi, tinggi dan meninggi.
Ni Zack. Budak
Kelantan. Suka makan dan cakap-cakap politik. Pandai, tapi ni yang jenis suka
tidur, ponteng kelas, tapi score dalam final exam. Pakai spek, nampak
well-educated dan suka rembat bola sampai keluar court futsal. Mata Jawa kuyu
dan mula memerah. Terkulai layu dan tertawa kecil lucu pada karekter-karekter
yang dijana khayalnya.
Dan begitu lah
terciptanya aku, kau, kau dan kau. Imaginasi seorang Jawe berketurunan Jawa, tiada
kawan yang menemani sepinya, penyawit kelapa sawit yang berjaya dalam lapangannya,
tak berapa nak hensem dan memiliki dapur labu sayung Sarawak yang di-drill
D.I.Y. Oh ya, dan hobinya berkhayal mencipta karekter-kerekter untuk mengisi
masa dan kebosanannya yang memang macam haram.
Monday, 10
March, 2014
Sunday, March 9, 2014
JB
Weekend minggu
lepas saya ke Johor Bahru bersama dengan dua orang member. Menghadiri majlis
perkahwinan seorang teman rapat. Seorang didatangkan nun jauh dari negeri Kelantan
dan seorang lagi dari pekan Tronoh. Sabtu pagi, kami tergesa-gesa bergerak
meninggalkan hiruk-pikuk, catu bekalan air dan jerebu kota raya Kuala Lumpur.
Di R&R Seremban, kami konvoi dengan sebuah lagi kereta dari Klang.
Dalam perjalanan,
perbualan kami berkisar topik semasa perihal diri dan geng kecil kami. Dicampur
adukkan sekali dengan isu politik tanah air sedikit di sana-sini, kami tune
kemudiannya ke bab-bab agama, ‘rahsia umum’ ketika premiership Jeneral Suharto
oleh seorang mahasiswa Indonesia yang mengaji di sini dan tidak ketinggalan topik
paling hangat (bila kita nak kahwin ni bhai?)
Sejujurnya saya
teramat suka melihat-lihat negeri orang. Memahami keadaan dan masyarakat
setempat. Merasa air tangan dan masakan tempatan walaupun saya teramat cerewet
dalam soal makanan. Prinsip saya mudah. Saya laburkan masa dan wang untuk
makanan yang dipesan, dan saya berharap investment itu berbaloi-baloi. Makanan
yang terhidang itu sedap sehingga menjilat jari-jemari jika boleh. Rahsianya
teramat lah mudah. Cuma perlu ikhlas dalam penyediaan makanan. Itu saya berani
potong kuku.
Dengan wang BR1M
sumbangan pelunas-pelunas cukai yang berjumlah RM300 itu saya berjalan. Jutaan terima
kasih saya ucapkan kepada rakyat Malaysia yang sudi membiayai pengembaraan kami
yang penuh mendebarkan ke selatan tanah air. Berbekalkan RM300 yang dibank-in,
RM100 kami kongsi setiap seorang buat biaya kunyah-kunyah, minyak dan tol. Biaya
penginapan dan makanan, jutaan terima kasih kami ucapkan kepada member kami yang
sudi payung.
2 hari di Johor
Bahru memberikan rejuvenasi kepada jiwa saya untuk mengembara. Kali terakhir
saya melihat-lihat negeri orang adalah sekitar September 2012. Kami
berenam/bertujuh belas berjalan-jalan di negeri Sabah di Bawah Bayu selama 6
hari. More precisely, cuma berkitar di Kota Kinabalu, kepulauan sekitar,
Kundasang, kaki Gunung Kinabalu dan Ranau. Dan beberapa siri road trip ke Penang
dari penghujung 2012 sehinggalah ke penghujung 2013.
Saya perhatikan
majlis perkahwinan di Johor punya sedikit kelainan. Saya cuma terdaya memandang
dari kejauhan bersama teman-teman universiti, berteduh dari terik mentari
tengah hari. Slot pengantin lelaki di-pow sebanyak dua kali oleh wakil belah
pengatin perempuan sebelum dibenarkan masuk agak menggelikan hati. Lain seperti
yang kebiasanya dilakukan di Kuala Lumpur mahu pun Negeri Sembilan. But it was a
lot of fun. Saya sukakan adat resam, budaya dan kelainan.
Pada belah
melamnya, dengan bantuan seorang anak jati Johor Bahru, kami ketemu sebuah
tempat lepak dan makan-makan di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Bagi saya,
apabila kita ke tempat orang, wajib untuk kita cuba kenal gaya, budaya dan
makanan di tempat tersebut. Jangan cari apa yang sudah ada di tempat asal kita.
Cuba dan raikan kelainan dan kepelbagaian di tempat orang.
Rojak Tauhu
Goreng di Dataran Bandaraya Johor Bahru memang terbaik. Saya bukan peminat
tauhu, tetapi Tauhu Goreng yang dijual dari sebuah warung-lori di situ memang
terbaik. Saya tidak dapat memberikan lokasi spesifik, tetapi saya amati memang
ramai yang beratur untuk membeli dari warung-lori itu. Untuk malam Ahad (hujung
minggu negeri Johor jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu), saya kira agak ramai
warga JB yang melepak di Dataran Bandaraya Johor Bahru.
Saki-baki malam
yang tersisa itu kami habiskan dengan melepak di Dataran sambil memerhatikan
gelagat rakyat marhaen selatan tanah air, geng remote control car test power,
berborak-borak, bergelak ketawa dan bermain buih air dengan penuh kegirangan. Dan
yang paling layan, menghadap seberang Tebrau, menikmati bayu laut yang bertiup
dari tanah Singapura sambil menikmati sebatang rokok dan sebotol ais krim soda,
petang sebelumnya.
Sunday, 9
March, 2014, 11:12 PM
Thursday, March 6, 2014
Beri
Beri sedikit waktu
Biar cinta datang
Kerna telah terbiasa
Thursday, 6 March, 2014, 3:25 AM
Biar cinta datang
Kerna telah terbiasa
Thursday, 6 March, 2014, 3:25 AM
Subscribe to:
Posts (Atom)