Jawe
berketurunan Jawa. Bukan Minang, Banjar, proto-Malay, Negrito, Kadazan-Dusun, Aborigine,
Red Indian mahu pun Maori melainkan Jawa. Disebabkan itu beliau digelar Jawe with
an e. E yang dibunyikan e bukan e’ seperti yang diajar di dalam kelas mengeja
Tahun Satu di sekolah rendah.
Jawe merupakan
satu-satunya manusia yang hidup dan mendiami Bumi sejak bermulanya masa
sehinggalah Hari Kiamat. Beliau mempunyai daya imaginasi yang kuat, usia yang
panjang, masa terluang yang dihabiskan dengan menyawit kelapa sawit dan perwatakannya
tidaklah terlalu hensem. Perlu diingatkan beliau bukanlah Dajjal al-Masikh,
Ratu Adil mahu Anti-Christ yang popular di dalam naratif agama-agama samawi
seperti Islam, Yahudi mahu pun Nasrani.
Hobi beliau di
masa-masa senggang adalah berkhayal dengan bantuan racik halus kanabis dari
dapur homemade. Dapur ini sungguh bermutu tinggi dan unik buatannya. Sebuah labu
sayung Sarawak yang diimport ke Malaysia Barat di-drill secara D.I.Y. serupa
penyediaan dapur bermutu rendah yang dikitar semula dari botol minuman air
mineral dengan sesaran 500 ml.
Pada suatu
petang yang damai, setelah berjam-jam menyawit tanpa mengenal erti penat dan lelah,
Jawe melabuhkan punggung pada batang kelapa sawit yang tumbang dibalun seekor
khinzir bersaiz anak gajah tempoh hari. Usai Gudang Garam sebatang, beliau
berasakan dunianya terlalu bosan, tanpa teman untuk dibawa berborak dan
berjenaka. Hidupnya tidak tepu, terasa mendatar tanpa sebarang dugaan, cabaran dan
rintangan. Dan tanpa sebab-munasabab yang mampu dihadam logik akal, beliau obes walaupun beliau tidak perlu makan.
Beliau lantas
tanpa teragak-agak medapatkan dapur labu sayung Sarawak dari dalam raga kapcai
C70 nya. Okay, ni Wan. Kacak penampilannya, berbudi bahasa, pandai bodek
mak-mak, cerah masa depannya dan menjadi pujaan amoi-amoi Subang Jaya dan
Mutiara Damansara. Kanabis yang sudah diracik siap-siap di studio aparmentnya
disumbat dengan penuh cermat. Tidak pula terlalu padat.
Yang hitam
manis rupa mamak ni Thi. Gila Dota, muka nampak macam baru mandi, cakap slang
Sabah, gila-gila, pantang kena cabar, suka tegur awek tepi jalan sambil
keluar kepala bila dalam kereta. Lighter pada tangan kanan menyalakan kanabis
tadi dan dia sedut panjang. Pergh, power. Hembus. Asap yang berbau harum
menderu keluar bersatu dengan alam. Tinggi, tinggi dan meninggi.
Ni Zack. Budak
Kelantan. Suka makan dan cakap-cakap politik. Pandai, tapi ni yang jenis suka
tidur, ponteng kelas, tapi score dalam final exam. Pakai spek, nampak
well-educated dan suka rembat bola sampai keluar court futsal. Mata Jawa kuyu
dan mula memerah. Terkulai layu dan tertawa kecil lucu pada karekter-karekter
yang dijana khayalnya.
Dan begitu lah
terciptanya aku, kau, kau dan kau. Imaginasi seorang Jawe berketurunan Jawa, tiada
kawan yang menemani sepinya, penyawit kelapa sawit yang berjaya dalam lapangannya,
tak berapa nak hensem dan memiliki dapur labu sayung Sarawak yang di-drill
D.I.Y. Oh ya, dan hobinya berkhayal mencipta karekter-kerekter untuk mengisi
masa dan kebosanannya yang memang macam haram.
Monday, 10
March, 2014
No comments:
Post a Comment