Sebelum gerak, gua tala frekuensi
radio mobil Abah gua pada 89.9. BFM. Layan beb. Lu kasik tahu sama gua stesen
radio mana ada beran putar All I Need is Love dengan Baby I Love You by The
Beatles dalam selang waktu kurang tiga jam? Tu belum tempoh hari lagi yang gua
layan Stairway to Heaven by Led Zeppelin dengan Sweet Child O’ Mine by Guns N’
Roses. Kena Kashmir dengan November Rain, mahu meroyan gua, haha. Kalau lu jenis
kutu malam macam gua, lu try tala jam 4 pagi, seleksi pilihan jazz torbayek dari
negara Chairil Anwar. Padu.
Nawaitu gua sebenarnya hendak
menziarah Puan (paternal grandmother) gua, Hajah Kamariah di kediaman Achek ‘Ain
gua di Taman Setiawangsa. Usai gua berbasa-basi dengan adik Abah gua, cergas
gua menuju ke destinasi seterusnya, Wangsa Maju. Seorang member gua yang baru
berhijrah ke Persiaran Gurney menyeru gua untuk menemankan beliau serta bonda
beliau menikmati penangan Burger Bakar Wangsa Maju yang belakangan ni menjadi
satu kultus di telivisyon (sebut macam orang Filipina sebut), media cetak mahu
pun laman sosial.
Gua dengar cakap-cakap orang kalau
nak layan Burger Bakar Wangsa Maju ni mahu cecah sejam jugak kalau nak queue. Pergh.
Ini harus gua coba. Obsesi teragung gua memang burger torbayek stall tepi
jalan. Lokasi strategik terletak berdekatan dengan Restoran BRJ. Tapi ni bukan
BRJ yang dekat Alam Damai tu, lu jangan silap, ni yang dekat dengan Stesen
Putra Wangsa Maju. Betul-betul berhadapan dengan Cyber Café Tbun, gua tahu,
memang situ banyak cyber café, Orange lagi, tapi ni confirm depan Tbun.
Cergas gua queue di belakang sorang
mamat Tionghua. Sambil gua menunggu, sorang brader menghulurkan cebisan
kertas bernombor 224. Siap nombor beb, dah lah 224. Setiba ke kaunter order dan
pembayaran, gua perhati senarai menu. Jenis burger, ada normal, cheese, bacon
dan ada banyak lagi lah, haha. Gua lupa. Lepas tu, pilih sama ada lu mahu
single, double, triple, sampai lah sepuluh patty, lu kalau ada beran kasik try. Lepas
tu ikut selera lu nak pilih beef atau chicken. Dan sama ada lu mahu ala carte’
atau set (dengan seleksi air berperisa soda dan dua batang sosej dicaj RM2.50).
Gua kalau first time try, kesukaan
gua cukup sekadar layan hidangan basic. Jadi gua laju-laju pilih normal,
single, beef, set. Kiranya, burger saja dah RM7.50 campur Sarsi Soda dan dua
batang sosej RM2.50, cecah RM10 jugak lah. Okay lah, takde lah mahal macam Carl’s
Jr., haha. Settle ambil air, gua dengan member gua tuju ke meja yang dicop
terlebih dahulu oleh bonda dan adik-adik beliau. Brader kaunter cakap, dalam 2
minit sampai lah hidangan, takde lah cecah sejam pun. Dalam sepuluh minit
beratur order, amik air, tunggu dua minit, Burger Bakar Wangsa Maju dah sampai.
Pergh, patty dia gua cakap lu,
bapak besar. The best part, patty homemade. Gua memang ada obsesi lebih sikit
kat homemade patty ni, macam Burger Cina (Jackson’s Burger) gua. Di sisi
pinggan polisterin, terhidang sekali dua batang sosej dengan sos cili. Gua tanpa
segan silu, Bismillah laju-laju, dengan dua telapak tangan gua yang Wallahhu’alam
bersih ke tidak, cergas gua menikmati kunyahan pertama Burger Bakar Wangsa Maju
gua. Pergh, sensasi dia bhai, sensasi dia, pergh je lah yang gua mampu.
Secara personal, beef yang dibakar
gua rasa memang tiada cacat cela. Walaupun ada ketika, kunyahan gua terganggu
dengan tekstur beef yang agak liat. Mungkin faktor pemilihan gua jugak lah kan, beef.
Tetapi roti dia satu hal. Sebab time gua makan, roti tu hancur. Ujar bonda
member gua, mungkin sebab roti tu terlalu kering. Gua fikir, ada logik jugak. Sebab
patty dibakar, bila udara panas terdedah pada suhu ambians yang lebih sejuk,
maka terhasil reaksi kimia yang membawa kegagalan pada tekstur roti. Tu teori
memandai gua je lah, haha. Tapi apa-apa pun, two thumbs up!
Gua cerita pun tak guna, lu orang
kasik try sepam. Kultus ni.
Saturday, 19 May, 2012, 12:47 AM
No comments:
Post a Comment