Di kala patah hati. Syawal, genap
sebulan lebih 2 Ramdhan 2009M. Pertemuan tak terduga dengan Kak Maya. Bicara
tentang rusuh hati dan kesah lepas dari tengah malam membawa ke pagi. Turun kami
menuju ke tingkat bawah duplex apartment beliau. Lampu sebuah bilik kecil dihidupkan.
Sebuah kotak besar beliau selongkar beberapa ketika. Jumpa. Kompilasi ceritera
chinta beliau yang diabadikan dalam bentuk buku. Diberikan ikhlas sebagai tanda
terima kaseh yang abadi atas perkongsian rasa hati yang penuh duka dan lara. Muka
pertama beliau nurkilkan:
Wan,
If all the guys and the girls in
this world are just the same, life won’t be so interesting.
Love,
Kak Maya
Terima kaseh yang abadi Kak Maya. Atas perkongsian rasa hati dan ceritera chinta yang agung. Agung, kerana dipisahkan suratan takdir yang tidak dapat dielakkan.
Friday, 4 May, 2012, 2:56 AM
No comments:
Post a Comment