Dari kejauhan aku memerhatikan kau.
Pada kau ada suatu keindahan yang tidak dapat aku tafsirkan. Apatah lagi untuk
aku ungkapkan. Lalu keindahan itu perlahan-lahan menjadi suatu keinginan yang
tidak terbendung. Keinginan, untuk memahami apa keindahan yang ada pada diri
kau.
Pada wajah kau, aku berasakan suatu
ketenangan. Bukan pada aku sahaja, pasti, yang lain juga akan turut menyetujui.
Ah, wajah kau sungguh menenangkan. Mahu aku menyelami rasa kau. Sudi kau kongsikan
rahasia tersembunyi di sebalik ketenangan itu? Sudikah?
Seorang perempuan itu dinikahi
kerana Perkara yang Empat. Kurniaan Illahi hanya kepada segelintir perempuan; bersifat
menenangkan kepada seorang lelaki.
Terima kasih kepada kau yang
menenangkan. Kerana kau telah menginjakkan sebuah pencarian panjang dalam menggapai
suatu ketenangan hakiki.
Monday, 30 April, 2012, 3:21 PM
No comments:
Post a Comment