Friday, June 22, 2012

autoBIOLgrafi


Pembacaan saya suatu ketika dahulu bersifat tertutup. Tertutup; boring, skema, penafian total terhadap permasalahan utama sebenar yang berlaku dalam masyarakat, penuh kisah cinta tangkap leleh golongan atasan, tiada langsung elemen pembangunan minda, penggunaan kosa kata yang terlalu terhad, perspektif terhadap sesuatu perkara yang terlalu jumud dan sempit, dan penceritaan yang terlalu jauh dengan kehidupan kita.

Nashkah pertama yang saya temukan yang menarik saya untuk terus mencari gali tulisan yang lebih mencabar minda dan mampu membuat saya untuk terus befikir dan befikir adalah kitab Kasut Biru Rubina oleh saudara Sufian Abas di toko buku Times, Pavilion beberapa tahun lepas. Bermula dari titik tolak itu, saya mula mengikuti penulisan beliau yang saya kira sungguh bebas gayanya dan kreatif penyampaiannya menerusi blogspot beliau.

autoBIOLgrafi, sebuah naskhah terbitan pertama SS Pub. Diskripsi di belakang nashkah ini, ‘memuatkan karangan-karangan autobiografi yang boleh dikatakan tidak masuk akal'. Antara penulis-penulis yang menyumbang karya dalam projek ini adalah Kucing Putih, Lang Rahman, Nama Nami, Pian Hamid, Luc Abdullah, Hazwan Ariff, Aril Sulaiman, Ashraf Rahman, Ocen Zahri, M. Faiz Syahmi, Hidayati Hamid dan Syahid Abdullah.

Atas cabaran, pelawaan dan kepercayaan yang diberikan oleh saudara Sufian Hamid, saya melakukan percubaan pertama dalam penghasilan penulisan yang lebih panjang sifatnya, berbeza berbanding kebiasaan gaya penulisan saya. Maka, terhasillah sebuah tulisan dengan tajuk Boxer Hijau Bercorak Kotak Kain Pelikat. Agak gelap sisi penceritaannya, tetapi bak kata seorang teman, jangan judge kalau nak maju.

autoBIOLgrafi ini yang perancanaan awalnya mahu dihasilkan dalam bentuk zine berkesudahan dengan naskhah yang lebih berkualiti mutunya. Kepada yang mahu mendapatkan naskhah terhad autoBIOLgrafi, sila tweet saudara Sufian Hamid, @pianHamid di laman sosial Twitter.

Friday, 22 June, 2012, 1:41 AM

5 comments:

  1. ko sudah baca buku "Tenggelamnya Kapal Van der Wick"?? by HAMKA. sir muhaimin, bgtau kami. itu antara buku yg wajib baca, rugi lau x baca. aku rasa ngam ngan citarasa kau.

    ReplyDelete
  2. betul kata kiorsly. cerita zaman bapak2 kita dlu. org kata ini cerita benar. bahasa sgt susah utk d fahami. tp citer dia siyez menusuk kalbu. my dad said lah. sape tau citer harlina?? cite ni seangkatan dgn tenggelamnya kapal van der wick

    ReplyDelete
  3. Tenggelamnya Kapal Van der Wick
    ada aku pinjam kat irc.
    loli, aku download dc alangkah lucunya negeri ini
    datang la ambil.

    harlina? siapa ada?

    ReplyDelete
  4. hahaha. ya ka. bha, ti aku ambil ngan kau.. nice.

    ReplyDelete
  5. sila2.ramai tgk,semua ckp best.

    ReplyDelete