Sunday, June 24, 2012

Kalau Aku Katakan Pada Kau


Kalau aku katakan pada kau
Kau seorang jawapan
Doa’ seorang ibu titipan buat seorang anak
Di hadapan Kaabah
Di bumi Makkah
Mahu kau percaya?

Jika aku berlaku insan
Kurang rasa syukur pada Zat yang Ringan Memberi
Tetapi masih ada sekelumit cuma kepercayaan
Dalam sukma roman aku
Pada bidadari duniyawi
Dan kau bidadari itu
Masih mahu kau percaya?

Kerna aku mahu
Menulis yang indah-indah
Untuk kau seorang
Dengan berpejam mata
Cukup cuma mendengar bisik halus kau
Yang membaca tulisan aku buat kau
Lalu terbit kuntum senyum
Pada bibir merah jambu itu
Dan momen itu aku capture
Menjadi yang abadi
Sudi kau percaya?

Kalau aku katakan pada kau
Aku percaya
Bahwa kau seorang jawapan
Yang pada aku
Bukan sahaja bidadari duniya
Tetap kau jua
Bidadari syorga

Bagaimana?

Mahu kau percaya?


Sunday, 24 June, 2012, 9:30 PM

No comments:

Post a Comment