Wednesday, June 6, 2012

From Tronoh with Love (Part II)


Kepala gua bingung. Tak gemar gua tidur dalam ride. Gua sikit-sikit terbangun. Gua bersihkan najis mata lalu gua pacu menyambung perjalanan ke Plaza Tol Kuantan yang berbaki kurang 5km. Terpisat-pisat mata gua menahan kantuk. Ditambah pula dengan halwa pagi meniup sempoi muka basi gua. Sejuk. Ahmad masih lena mati kaku macam bayi di seat passenger. 200m ke Plaza Tol Kuantan, gua gerakkan Ahmad. Gua settle duit minyak dan beliau settle duit tol.


Gua lalui jalan-jalan berliku penuh dengan construction. Berkabus betul pagi di Kuantan. Dan-dan, gua dan Ahmad menyanyikan lagu Kabus Ribut oleh Butterfingers dari album Selamat Tinggal Dunia. Tetapi dendangan kami off-key sedikit bahana tekak kering dan masih terlalu pagi. Jam menunjukkan 7.17 pagi. Kelihatan kenderaan masih belum lagi banyak di atas jalan. Gua pacu ride pada kelajuan medium 70km/jam, cuak terlepas simpang ke Bandar Kuantan. Destinasi yang kami tuju; Taman Gelora, bersarapan.

2,3 simpang juga gua silap masuk. Sense of direction gua dibatas oleh kekurangan daya gua untuk menggunakan otak pada kadar optimum. Lagi satu, jelajah kami yang gua sifatkan main petik dan jalan tanpa bantuan peta, Garmin mahu pun Papago. Signboard arah ke Telok Chempedak juga gagal kami kesan. Gua berhenti seketika di Maybank untuk melihat-lihat sama ada amaun RM595.00 sudah di-bank-in atau belum. Parah. Belum. Nampak gaya, Isnin baru masuk. Redah punya redah, akhirnya sampai kami ke Taman Gelora.

Memang nawaitu yang satu jelajah kami adalah untuk makan-makan. Tiada yang lain. Gua dengar cakap-cakap orang, Pak Lah bukan sahaja fames dengan Rojak Ayam, tetapi Roti Canai pagi dan Karipap petang beliau care juga. Mungkin pintu rezeki pagi liat terbuka untuk kami, lot yang kami tuju berbungkus rapi. Tiada option lain, lalu kami pilih meja yang paling hujung di lot membelakangkan lot Pak Lah untuk melabuhkan punggung. Gua tiada selera sangat untuk sarap. Mungkin lesu gua membuatkan perut gua tidak begitu berserakah untuk menerima makanan.

Seleksi hidangan pagi terbatas pada dua, Roti Bakar dan Nasi Lemak Telur Mata. Gua pilih Roti Bakar dengan Kopi Suam dan Ahmad pilih Nasi Lemak Telur Mata dengan Nescafe’ Panas. Roti Bakar dah tak panas, tak berapa nak layan. Gua kasik try sesuap Nasi Lemak Telur Mata Ahmad, pergh, terangkat beb. Sumpah sedap walaupun agak pedas sedikit. Laju gua pinta tambah lagi dua hidangan Nasi Lemak Telur Mata bungkus, satu untuk gua dan satu lagi untuk member kami yang mengaji di UIA Kuantan, Encik Ahmad Fawwazuddin.


Usai sarap, kami tuju ke destinasi seterusnya, Telok Chempedak. Sudah masuk kali ketiga kami menjejak Kuantan, tetapi belum pernah lagi kami ke Telok Chempedak. Saja gua dan Ahmad mahu menikmati nyaman pagi pantai. Bukan selalu. Tak berapa nak ramai orang. Kami pernah bercadang mahu mendokumentasikan road trip kami. Terus kami hasilkan satu klip video menggunakan Lumix berlensa Leica Ahmad. Lalu kami selusuri gigi pantai berpasir halus yang bercampur sebati dengan air masin bawaan dari laut lepas.

Puas kami menikmati keindahan panorama hutan yang di-syncronize-kan dengan laut lepas Telok Chempedak yang tak berapa nak biru. Kami hirup dalam-dalam semangat alam yang kami pasti turut sama merahmati trip kami. Kami perlukan rehat. Fawwaz sudah kami hubungi terlebih dahulu meminta barang tempat berteduh sehari dua. Memandangkan kami tidak begitu arif dengan selok-belok Kuantan, beliau bersetuju meluangkan sedikit masa menjemput kami di Secret Recipe berdekatan dengan UIA Kuantan.

Lama rasanya kami tidak ketemu. 4 tahun lepas, kami sama-sama mengaji di sebuah kolej persediaan di Shah Alam. Berborak sakan kami mengungkit cerita lama dan perkembangan terbaru masing-masing. Mata gua tetap tak mahu lelap. Seorang lagi member kami di UIA Kuantan, Cik Nadiatul Ajeerah menyeru kami untuk lunch bersama. Dengan tubuh yang lesu, kami layankan sahaja. Bersantap kami secara penuh istiadat di Warung Bay Route terletak tidak jauh dari Indera Mahkota 6. Gua pilih hidangan Nasi Putih, Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak dan Sirap Ais.


Dek rehat yang tidak mencukupi, tersengguk-sengguk juga gua tika khatib sibuk berkhutbah dalam Bahasa Malaysia pada separuh masa pertama dan Bahasa Inggeris pada separuh masa kedua. Selesai kewajipan, Nadia berbesar hati membawa kami pusing-pusing sekitar Kuantan. Untuk melengkapkan lagi elemen road trip kami, kami tuju pula Pahang Art Museum untuk menghayati Pameran Koleksi Lakaran Etnografi “Upacara Peralihan” Datuk Lat. Semangat seni itu kami seru, pelengkap kepada semangat yang lain.

Jam 4.30 petang. Tiba masa untuk menikmati penangan Rojak Ayam Pak Lah. Kereta MyVI SE putih yang dipacu Nadia laju menghala ke Taman Gelora. Ah, bukan rezeki kami sekali lagi nampaknya. Lot Pak Lah sampai ke petang tutup. Punyalah hampa dan kecewa, gua dan Ahmad. Nawaitu ulung kami menjelajah sejauh 400km lebih dari Tronoh masih lagi belum kesampaian. Mahu tidak mahu, petang itu kami tetap juga menikmati Rojak Mee Ayam di lot bersebelahan dengan lot Pak Lah. Sedap, tetapi gua kira masih tidak sepadu Rojak Ayam Pak Lah.

Genap 6 petang. Kami tempuh sekali lagi Bandar Kuantan pada waktu puncak. Tidak sesibuk Kuala Lumpur. Ride kami diparkir betul-betul berhadapan dengan Mahallah sisters. Usai berbasa-basi, kami pulang ke kediaman bujang Fawwaz yang dikongsi bersama 10 member yang lain. Buat masa ini, road trip kami ke Pahang tidak sedikit pun mengecewakan. Walaupun kami masih gagal menikmati penangan Rojak Ayam Pak Lah. Gua seawal jam 9 malam sudah tewas di atas sofa empuk ruang tamu dengan kitab Islam Melayu Komunis terkulai di tangan kiri gua.

Tuesday, 5 June, 2012, 5:24 PM

No comments:

Post a Comment