Gua celik mata sudah jam tujuh. Ahmad awal-awal lagi sudah bangun.
Fawwaz dan member beliau bersiap-siap mahu gerak menelaah di Library UIA
Kuantan. Lunch gua dan Ahmad hari ini berteman komrad lama di kolej persediaan
dulu. Gua kata pada Fawwaz jam 11.15 pagi gua pick up beliau di perpustakaan.
Persalinan basahan semalam gua sidai. Gua hirup udara nyaman pagi Kuantan sambil
periksa minyak enjin dan air radiator. Yang kurang gua tambah. Gua panaskan
enjin barang lima belas minit. Biar kasik sedap tika memacu pulang ke Tronoh
petang nanti.
Pagi ini gua dan Ahmad memilih untuk tidak bersarapan pagi. Jam
8.30 pagi gua capai bantal dan selimut busuk gua kembali. Ringtone Clove Doper,
The S.I.G.I.T. dari henpon besi ungu gua berbunyi-bunyi. Text dari Cik Ashikin
masuk. Gua balas dengan muka ketat menahan kantuk. Gua lihat jam pada henpon
besi ungu menunjukkan tepat 10.30. Gua malas-malas pergi mendapatkan tuala tebal ungu
yang gua sidai pada pagar rumah bujang Fawwaz. Selesai mandi harus, gua
gerakkan Ahmad. Gua lipat semua persalinan basahan, baju, boxer, shorts, jeans,
sweater dan kain pelikat bawa tidur lalu gua susun kemas-kemas dalam beg
sandang hitam dan beg jaring gua.
Gua pacu Lumix lensa Leica |
Ahmad pacu pula |
Tempoh hari gua kata pada Ahmad gua mahu curi-curi masuk Kuliyyah
UIA Kuantan. Saja gua mahu melihat-lihat ambians pembelajaran dan pengajaran di
institusi lain. Sayang, jelajah kami tika mereka sedang bermati-matian berjuang
menentang peperiksaan. Sebelum gerak tadi gua sudah hantar pesanan ringkas pada
Fawwaz pinta tunggu di hadapan perpustakaan. Haram. Gua parkir kereta
berdekatan entrance utama. Dari kejauhan di belah Brothers, kelihatan kelibat
Fawwaz dan member rumah bujang beliau. Gua sumpah jakun lihat Library
Kuantan dibahagikan pada bahagian Brothers dan Sisters.
Mabiq Restaurant, Kampung Peramu |
Gua sudah janji sama Ashikin ketemu di stesen petrol Shell berdekatan
Casper. Ahmad bilang Nadia belum lunch lagi. Lalu gua pinta pada Ahmad pelawa
Nadia sekali. Molek lagi kalau ada member beliau yang lain. Kasik lagi meriah.
Jam 12.15, MyVI SE putih Nadia dan Kancil kelabu kevioletan Cik Haffiza dan-dan
tiba. Selesai berbasa basi, ketiga-tiga ride mula bergerak. Destinasi yang
dituju Mabiq Restaurant yang berlokasi di Kampung Peramu. Ceruk. Kalau port
makan seceruk ini pun orang jumpa, gua pasti seleksi hidangannya mampu menggoncang
sukma.
Ashikin beritahu pada gua Daging Salai Masak Lemak Cili Api Mabiq
Restaurant memang tangkap leleh. Gua memang sudah lama tidak pulang ke asalan
Bonda dan Ayahanda gua di daerah kecil Gemencheh, Negeri Sembilan. Masak Lemak
Cili Api dengan orang Minang ini bagi gua memang tidak boleh dipisah. Gua sekadar
beralaskan Nasi Putih separuh berlaukkan Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan
Begedil Daging dengan Kopi O Ais. Sebagai descendant Minang bersuku Mungkal,
gua iktiraf Daging Salai Masak Lemak Cili Api Mabiq Restaurant power selepas
mana-mana port makan di Negeri Sembilan.
Power la akak! |
Sambil menjamu selera, gua sibuk melayan kerenah komrad lama gua
yang sedang mengaji di UIA Kuantan, Fawwaz, Ashikin, Fiza, Cik Nadiah, Cik
Amira dan Cik Farah Ezzah. Borak-borak kami berkisar perihal komrad lama lain
yang sedang mengaji di Australia, New Zealand, India dan Malaysia. Tidak mahu
ketinggalan, gua turut join sekaki berborak bersama Ahmad dengan Nadia dan
member beliau, Alia dan Cik Ili. Sempena Hari Kebesaran beliau, Fawwaz berbesar
hati payung makan minum kami bersebelas. Lu memang power Fawwaz!
Potret menginterpretasi segala |
Jam dua kami sudah mahu beransur. Keluarga Fawwaz yang dalam
perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Pilah sudah menunggu lama di rumah
bujang Fawwaz dan member beliau. Sebelum gua pacu laju terus ke Indera Mahkota
6, gua, Ahmad dan Fawwaz dengan Nadia, Alia dan Ili sempat mengabadikan potret
tanda kenang-kenangan berhadapan dengan entrance Zenith Hotel, Kuantan. Gua dan
Ahmad bercadang mahu memacu pulang terus memandangkan perjalanan pulang kami
masih jauh. Tepat jam 2.30 petang kami gerak meninggalkan Kuantan.
Gua dan Ahmad puas. Gua rating road trip kami solid ten.
Elemen-elemen lengkap serba serbi. Sepanjang road trip kami hanya berpegang
pada madah “Orang Muda Harus Berlagak Muda” ambilan dari Isham Rais. Kami juga
telah buktikan pada diri kami, “We Need No Money to be Happy” ambilan dari
seorang kenalan rapat gua beberapa tahun lepas. Gua gerak ke Kuantan tempoh
hari hanya berbekal loan RM100 dari cukong kesayangan gua dan se-mug kopi
berisi syiling. Pulang gua ke Tronoh hanya berbaki RM5, in case emergency.
Harapan gua dan Ahmad, moga road trip ini menjadi injakan paradigma untuk
jejak-jejak kami yang seterusnya.
Gua mewakili man in blood gua, Ahmad mengucapkan Terima Kasheh
yang Abadi kepada individu-individu yang terlibat dalam road trip: The
Bittersweet Jouney selama 4 hari 3 malam menjejak Kuantan, Pahang. Dimulakan
dengan member trip gua, Encik Ahmad Faheem. Cukong kesayangan gua merangkap
member kamar gua atas sokongan padu beliau, Encik Jawa. Tuan rumah, Encik Ahmad
Fawwazuddin, Encik Izzat dan kesembilan member rumah bujang mereka yang lain,
maaf, tiada kesempatan kita bergaul mesra. Cik Nadiatul Ajeerah, Cik Sharifah
Alia al-Zawawi dan Cik Ili yang pasrah melayan repek gua. Tidak dilupakan juga,
komrad gua dan Ahmad di Shah Alam dulu, Cik Ashikin, Cik Haffiza, Cik Nadiah,
Cik Amira dan Cik Farah Ezzah atas kesudian meluangkan sedikit masa berharga
kalian lunch bersama. Oh ya, yang ini perlu dikreditkan juga. Akak-akak,
awek-awek plaza tol yang sudi menerima syiling dari se-mug kopi gua sebagai
bayaran tol.
Terima Kasheh yang Abadi gua dan Ahmad sekali lagi ucapkan. Ada jodoh,
kesempatan, masa, syiling dari se-mug kopi yang mencukupi, moga-moga ketemu
lagi kita hendaknya. Jika kalian singgah-singgah di Perak, Kuala Lumpur mahu
pun Terengganu, cergas roger kami. Tiada aral, pasti kami bawa pusing-pusing
menikmati panorama dan delicacies.
Trip: The
Bittersweet Journey (from Tronoh to Kuantan)
The Hoppers: Hazwan Ariff
& Ahmad Faheem
Period: 4 nights
& 3 days (31st May 2012 – 1st June 2012)
Kilometer: 1110
(return)
Total Cost: RM 400
+/- (for 2 Hoppers)
Theme Songs:
·
Kembali
oleh Butterfingers
·
Selected
songs from 1.2 Milligrams, Butter Worth Pushful, Transcendence, Malayneum &
Selamat Tinggal Dunia by Butterfingers
·
Visible
Idea of Perfection, Hertz Dyslexia Part 1 & Hertz Dyslexia Part 2 by The
Super Insurgent Group of Intemperance Talent (The S.I.G.I.T.)
·
Selected
songs from Mocca
·
Belaian Jiwa
from “Innuendo Live at Planet Hollywood” performed by Innuendo
·
Yellow
Ledbetter (Live) performed by Pearl Jam
·
The Man Who
Sold the World (Live) & Smells Like Teen Spirit performed by Nirvana
·
Di Mana
Kan Ku Cari Ganti oleh Sheila Majid
·
While My
Guitar Gently Weeps (Live) performed by George Harrison & Friends
·
Oh
Darling! & Till There Was You by The Beatles
·
Warisan
Wanita Terakhir oleh Teacher’s Pet
·
Lagu,
Malam & Cheers 2007 (Live) performed by Bo Amir Iqram
·
Atas Nama
Cinta, Aku dan Kamu & Cinta oleh Flop Poppy
·
The Man Who
Can’t be Moved (Live) performed by The Script
·
Stairway
to Heaven by Led Zeppelin
·
Endless
Rain by X Japan
·
Chinta
(Original Version) oleh Monoloque
·
21
(Deluxe) by Adele
·
Selected
songs from Talentime OST by Aizat
·
Another
You by Cromok
·
Sabarlah
by Urban Xchange
·
When You
Were Young by The Killers
Thursday, 7 June, 2012, 5:02 PM
No comments:
Post a Comment