Jumaat cuti. Kalau gua kekal berada di Tronoh, gua pasti gua bakal
mati kutu. Gua ada berkira-kira mahu kembali ke Kuala Lumpur. Tetapi baru
sangat rasanya gua menjejakkan kaki di Kuala Lumpur. Belum lagi terbit resah
dan windu. Maka gua dan seorang member gua, Encik Ahmad, bercadang mahu road trip
menjejak Pahang. Nawaitu ulung kami, untuk menikmati Rojak Ayam Pak Lah di Taman Gelora.
Jujur gua katakan, dalam akaun BSN gua, total simpanan kekal pada
nilai RM13.42. Sejumlah RM595.00 sudah empat hari terlambat di-bank-in. Makan
minum gua ditampung oleh se-mug kopi berisi syiling. Tetapi, firasat gua kuat menyatakan
total simpanan gua bakal naik secara eksponan sama ada esok, lusa atau pun tulat. Gua
dan Ahmad malas nak ambil pusing sangat. Sebagai langkah selamat, gua loan
RM100 pada cukong kesayangan gua, Encik Jawa.
Kami hanya berbekal persalinan cukup untuk 3, 4 hari, sebotol air
kosong, se-mug kopi berisi syiling, dua biji bantal dan dua helai selimut. Dan wang biaya perjalanan
cukup-cukup RM300. Selesai mengisi RON95 RM60 dan 2 tin Nescafe’ buat bekalan Kafeina, kami tuju Lebuhraya Utara-Selatan melalui Plaza Tol Gopeng. Sayang,
frekuensi BFM agak kurang cantik di Perak, lalu kami mainkan cakera padat
Butterfingers dari album Kembali. Untuk sing along.
Aral pertama perjalanan panjang kami menjejak Pahang bermula
apabila kami terpaksa meredah jam sejauh 15km. Sebelum R&R Tapah. Dekat
sejam juga sangkut. Sudah. Volume pemain cakera padat dikecilkan lalu mula kami
berbicara mengenai kehidupan. Hidup memang, penuh dengan kepahitan. Tetapi di
hujung perjalanan panjang pasti akan ada kemanisan. Lalu kami abadikan road trip ini sebagai; The Bittersweet
Journey.
Ahmad masih belum lagi berkesempatan menikmati penangan Burger
Bakar Wangsa Maju. Gua pernah berbasa basi dengan brader kaunter, ujar beliau
mereka beroperasi hingga jam 2 pagi. Sudah jam 11.15. Gua berkira-kira
baki perjalanan. Ah, sempat. Kenderaan di jalan pun bukan nak berapa banyak
malam bukan malam minggu ni. Ride dipacu laju tetapi cermat pada kelajuan 110
km/jam melalui Jalan Duta lalu terus menghala ke Wangsa Maju.
Jam menunjukkan 1.20 pagi. Belum sempat kereta diparkir
betul-betul berhadapan dengan stall, brader kaunter dari jauh melaung bertanya
order. Sekadar alas perut, kami pilih laju-laju set beef, normal, single patty,
soda oren dan soda mango. Lalu cergas kami bersantap sambil berborak kosong. Puas
hati gua. Ahmad iktiraf Burger Bakar memang torbayek dan jatuh hukum wajib
layan tiap-tiap kali menjejakkan kaki di Kuala Lumpur.
Perjalanan masih jauh. Selesai urusan di tandas PETRONAS,
perjalanan diteruskan dengan jam tepat memaparkan angka digital 1.45. Masuk
sahaja Plaza Tol Gombak, rintik halus mula membasahi bumi. Simbolik semangat alam memberkati road trip kami. Lalu Butterfingers – Kembali diganti dengan seleksi
yang lebih santai, didahului dengan Flop Poppy; Atas Nama Cinta, Aku dan Kamu,
Cinta hingga membawa ke lagu tema, Warisan Wanita Terakhir oleh Teacher's Pet.
Cadang kami untuk memacu terus ke Kuantan. Lalu berehat kami
sehingga matahari naik di laman Masjid Negeri. Gua pacu se-racing mungkin. Gua
khuatir keadaan jalan yang agak frictionless dan memungkinkan fenomena slip and
hit. Gua perasan Ahmad secara tak tersengaja melelapkan mata lalu cergas gua
menghulur salam. Salam dijawab. Ada ketika gua perasan beliau cekal mencoba
sing along mengelak lena. Sebagai peneman, gua tune pula pemain cakera padat pada irama Rock & Roll dari The S.I.G.I.T.
Cermin hadapan penuh dengan jus serangga malam bersepai menghentam
pada kelajuan 100 km/jam. 4 pagi. Toilet break di R&R Kuantan. Ahmad bilang
molek lagi jika kami berehat sebentar hingga fajar menyising sebelum masuk ke
bandar. Gua pancit. Lebih 7 jam gua fokus pada tahap paling optimum. Gua akur. Lalu gua
capai bantal dan gua dapatkan selimut busuk gua sejak zaman sekolah.
Ahmad bilang, kalau tak biasa beradu di dalam ride, memang payah
melelapkan mata. Gua positif gua mampu. Setengah jam pertama, gua mula ubah
posisi ke kanan dan ke kiri, kejap dalam kedudukan bersila, kejap dalam kedudukan berjulur kaki. Ambians udara terkepung. Gua sudah mula rimas. Diikutkan jiwa muda gua, kental
ber-boxer sahaja. Gua tidur-tidur ayam kurang dua jam. Jam 6.15 pagi, gua putus trip
harus diteruskan. Ahmad lena mati kaku macam bayi. Ah.
Monday, 4 June, 2012, 12:15 PM
No comments:
Post a Comment