Monday, August 13, 2012

Ashtray


Nazim. Berusia 20an. Berambut panjang hitam ikal mayang melepas bahu persis aktres legend siri drama Charlie’s Angles, Farrah Fawcett. Sering mengenakan tee rare biru pekat kesukaan yang makin lama makin memudar berilustrasi 5 ekor ikan jerung di sisi hadapan bersaiz small yang didapatkan di bundle ketika sesi jelajah Tanah Melayu bersama 9 orang lagi member beliau.

Setting rambut. Dikeringkan menggunakan kain tuala tebal berwarna ungu kerana beliau kuat berpegang pada teori yang sebarang jenis heat treatment akan menjahanamkan struktur basis rambut. Selalunya, gaya rambut beliau akan digaya biasa hanya dengan menggunakan jejari runcing kerana sikatan rambut terlalu kemas bagi beliau.

Zahara. Berusia 20an. Tua setahun daripada Nazim. Seperti ceritera chinta cliché yang lain, Zahara dan Nazim berkenalan di perpustakaan institusi pengajian tertiary mereka, sebuah school of thought yang mana mereka mengejar scroll of degree mengikut minat masing-masing. Faktor usia memang bukan halangan, begitu bilang mereka berdua.

Deodorant kegemaran Nazim tentunya Dashing Speed. Laju. Zas zas zas. Tetapi bukan jenis roll-on deodorant, jenis stick, sebab tidak terlalu lecak armpit jadinya. Dengan alasan suka-suka, Zahara dengan berbesar hatinya telah menghadiahkan Nazim perfume berjenama Christian Dior yang Nazim pun tak berapa nak pasti jenis harumannya.

Jodoh dan ajal, macam kata orang tua-tua yang bijak pandai, memang telah tertulis di Luh Mahfuz sejak azali. Jodoh mereka memang ada, tetapi tidak lah hingga ke jinjang pelamin. Disangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Atas persetujuan tanpa bertulis, Nazim dan Zahara memilih untuk membawa jalan hidup masing-masing.

Sebagai tanda kenang-kenangan momen bersama Zahara, Nazim menjadikan perfume case berjenama Christian Dior pemberian Zahara tadi sebagai ashtray, simbolik ceritera chinta yang tidak kesampaian. Memang, every smoker has a story to tell. Dan ini kisah Nazim. Berusia 20an.

Sunday, 12 August, 2012, 4:54 AM

No comments:

Post a Comment