Gua suka Hari Raya. Lagi-lagi Aidil Fitri.
5 tahun belakangan ini, gua tak berapa
nak feel sangat pagi satu raya. Faktor utama menyumbang mungkin disebabkan gua bukan berada di Bandar
Sydney dengan telinga disumbat kedap earphone berdendang sayu lagi pilu Dendang
Perantau oleh P. Ramlee atau Kepulangan Anakmu oleh Aman Shah menghadiri kuliah
pagi tepat jam sembilan di University of New South Wales.
Pernah gua suarakan krisis crucial ini
pada beberapa orang member. Penemuan kami sungguh sungguh mengejutkan. Feel raya itu
kemungkinan besar (dengan peratusan ralat kurang 0.00001 peratus) akan kembali pabila
kami sudah punya tunang, raya kali pertama dengan bini baru dan raya kali pertama dengan kehadiran
orang baru yang pastinya comel dan montel (sihat).
Tapi itulah. Gua secara jujurnya kureng sikit pabila 1
Syawal jatuh mengejut pada hari Jumaat. Sebab perlu ke masjid dua kali dalam satu hari.
Dan ketika khatib menyampaikan dua bahagian khutbah dengan jeda sebentar antara kedua-duanya, otak gua pasti ligat
memikirkan kenapa dan kenapa tengah hari 1 Syawal gua perlu menunaikan solat fardhu Jumaat
serupa otak gua ligat memikirkan perlu atau tidak gua study untuk paper
Vibrations yang gua pasti tanpa kompromi gua tak kan dapat nak jawab.
Ini sebuah pengakuan jujur. Jangan judge
kalau nak maju.
Wallahu'alam.
Sunday, 12 August, 2012, 1:29 AM
No comments:
Post a Comment