Briyani Ayam Madu Mahbub Gambar tibai, belum lagi ada dalam Private Collection |
Restoran Mahbub. Bersebelahan
dengan CIMB Bangsar, betul-betul berhadapan dengan Bangsar Village. Landmark
berdekatan selain adalah showroom Brabus dan Masjid Bangsar. Briyani Ayam Madu Mahbub.
Begitu significant dan dekat sekali dengan gua satu famili. Panjang berjela
kalau nak disurahkan perkenalan dengan Briyani Ayam Madu ni. Ni gua kesahkan
versi kompak.
Gua ingat lupa sejak bila
Mahbub ni wujud. Tapi kalau tak silap gua lah, berdasarkan papan utama terpampang
besar di kepala restoran, sejak 70-an lagi. Mak gua terjebak
dengan scene Briyani Ayam Madu ni semenjak beliau berhijrah ke
Kuala Lumpur. Era 80-an, ketika beliau masih lagi bekerja di Angkasapuri,
ala, yang Wawasan 2020 tu.
Selepas Mak gua bernikah dengan
Abah gua, Abah gua pulak start layan. Dah dua orang dah. Lepas itu, semangat
Briyani Ayam Madu ni disambung legasi oleh gua tiga-beradik. Cerita Mak gua, Briyani Ayam Madu Mahbub dulu takde lah mahal mana, baru RM6, tapi tu kesah
era 80-an. Kali terakhir gua layan, dah cecah RM12 jugak lah. Sekarang tak tahu
lah kalau dah naik harga lagi. Bukan selalu sangat pun gua pergi layan, kekadang. Sedap
lagi pun.
Kebiasannya, hidangan Briyani Ayam
Madu Mahbub, having here style, pengunjung akan dihidang dengan sepinggan Nasi
Briyani yang berpatutan kuantitinya. Kemudian, seketul besar Ayam Madu torbayek yang
ada kala diletakkan bersama nasi atau diasingkan, bergantung kepada permintaan.
Kuah dal kuning oren sepinggan. Dan lagi satu, gua kurang mahir bab sayuran ni,
tak sure panggil apa. Tapi ada lah lagi satu hidangan.
Sensasi kunyahan pertama Briyani
Ayam Madu Mahbub payah gua nak bayangkan. Serius. Lu nak tahu, lu kena pergi layan
sendiri, gua dah bagi lokasi spesifik, harga semua. Personally, gua lebih suka
bungkus bawak balik layan bersama famili. Sebab dalam tiga empat tahun belakangan
ni, baru gua start layan having here style. Lagi satu, paling best kalau
bungkus bawak balik, kuah Ayam Madu yang terlekat, secara automatisnya akan bercampur dengan
Nasi Briyani. Sensasi dia, makan situ pun tak dapat beb.
Saranan gua, kepada peminat makanan
Malaysia, yang rajin mecari kelainan, lu kena kasik try dua kali. Sekali makan
situ, sekali bungkus bawak balik. Lu tengok, betul ke tak betul cakap gua. Selingan,
satu malam yang hening 3 tahun lepas, gua bersama dua member dengan confidentnya drive dari Cyberjaya
ke Bangsar semata-mata nak layan Briyani Ayam Madu Mahbub. Hampeh, Briyani Ayam Madu sebelum
Maghrib lagi dah licin. Lu jangan buat kerja bodoh macam gua dengan member gua. Haha.
Monday, 30 April, 2012, 12:44 PM
No comments:
Post a Comment