Saturday, January 12, 2013

Benda-benda


Aku ada satu sem ni, aku ambil IKS.

Haha, kau ambil Islamic Knowledge and Science?

Haha, gelak lak kau. Aa. Sebab aku fikir senang. Benda dari kecil kita belajar. At least aku ada idea kelas tu fasal apa. Nak score A pun senang, haha.

Haha, betul. Nak tak nak kau kena make sure A dalam tangan.

Aku suka lah kelas tu. Relate Islam dengan benda-benda lain. Politik ada, falsafah ada, sosial ada, history ada. Nak cakap kelas ni macam interfaith punya kelas pun ada juga. Lagi satu, kelas dia ni bukan jenis satu hala. Lecturer cakap kat depan, kau main Angry Birds kat belakang. Dia macam galakkan participation student juga. Macam dia nak juga dengar opinion kau, suara kau. Lecturer dia serius sempoi. Rambut panjang, janggut lagi sikit je nak beat A. Samad Said. Dia punya style fikir pun best. Kena gaya aku lah.

Apa yang best sangat tu?

Aku ingat lagi lah. Ada satu kelas ni dia macam discuss pasal isu Islam kat Malaysia ni. Benda-benda yang tengah up sekarang. Tapi bila aku fikir-fikir balik benda yang dia cakap tu, betul juga. Logik lah kalau kau nak fikir pun. Kalau kau tengok sekarang, toksah nak tipu lah, semua benda, money, money, money. Pastu dia relate lah dengan reality show sekarang bagai. Contoh lah, tengah hit kan, Ustazah Pilihan, Imam Muda, Akademi Quran apa lancau lagi kan. Dia cakap, benda-benda ni semua dah jadi macam entertainment, lubuk duit lah senang cakap.

Maksud kau, macam tak bagus ke apa benda ni?

Bukan macam tu. Aku dapat tangkap lah maksud dia. Apa yang aku faham, sekarang ni benda ni dah jadi jajahan kapitalis. Dulu kau tengok, time Akademi Fantasia tengah up. Sampai berapa dah kan season dia. Tu sebab benda tu tengah up, boleh generate duit dari AFundi bagai. Sama lah macam benda-benda ni. Niat dia betul. Kita nak cakap pun, kita tak tau kan. Tapi kalau tengok, dah macam entertainment dah. Semua nak up benda ni sekarang. Dulu-dulu tak nak lak buat. Diorang pun kalau kau tengok betul-betul, dah macam celebrity dah aku tengok. Aku bukan nak cakap apa lah. Tapi aku tengok, lecturer tu ada point lah kat situ.

Hm, lagi satu aku pun perasan juga. Dia dah jadi macam trend tau sekarang ni. Taksub. Aku lupa nama sorang Ustaz ni, aku pun tak ambil port sangat. Tapi dah bebudak ni dok borak pasal benda ni je, aku pun layan je lah, haha. Okay, pasal Ustaz ni, dia entah lah. Macam, out of nowhere, tetiba dia ada. Jadi up gila. Semua orang kalau ceramah dia orang nak join. Orang nak dengar. Pastu yang dengar ni mostly bebudak muda. Sebab diorang cakap Ustaz ni memahami jiwa diorang apa lancau semua. Main gitar, nyanyi-nyanyi sikit, buat lawak sikit. Twitter, Facebook bagai. Macam cakap pakai language budak-budak sekarang lah senang cakap.

Aku rasa approach tu bagus dah sebenarnya. Nak tarik orang duduk dengar bab-bab agama ni bukan senang. Selama ni orang dok ingat kalau ceramah je, boring, confirm tidur. Tapi betul bhai, memang orang taksub bab-bab ni sekarang ni. Ada sekali Ustaz ni datang bagi ceramah kat masjid depan rumah aku, member aku dok Shah Alam pun datang, serius. Event masjid depan rumah aku pun aku tak tau. Tup tap, mamat ni pula yang tanya betul ke Ustaz ni nak datang. Pergh, time tu lah masjid nak renovate sana sini, banner gantung, hah, 10km dari area rumah aku. Ustaz lain datang, Kursus Haji ke apa, takde pula nak promote macam tu. Ada jiran aku ni cakap, team Ustaz ni siap datang survey sebelum tu nak plan nak letak PA System dekat mana semua.

Mahal gak Ustaz tu charge aku dengar. Kalau satu jam setengah, mahu 5000.

Pergh, pukimak. Serius? Mahal bhai.

Tu lah. Fak. Baik aku jadi Ustaz je macam tu, haha. Takde lah, bukan apa. Aku fikir macam ni lah. Kau jangan salah anggap lak aa. Benda-benda agama kan. Nak share. Aku rasa, bagi aku lah, tak payah lah nak charge mahal-mahal. Dia pun lagi ahli dari orang biasa macam kita ni kan. Tau lah tengah up sekarang. Tapi macam. Kalau nak pakai benda-benda agama ni nak generate income melampau-lampau tak best juga.

Hm, tu lah. Sebab dulu kat tempat aku belajar, ada nak buat IslamFest ni. Lepas tu ada lah AJK event ni, tengah tampal poster dalam rumah aku. Gaya bangang aku, aku tanya lah, event benda ni. Dia pun dok explain. Aku tanya asal tak ajak je Ustaz ni. Dia cakap mahal.

Haha, tu lah. Kalau fikir-fikir balik, tak tau lah kan. Ustaz ni bukan member kita pun kita nak cakap macam ni. Tapi kalau fikir logik lah. Bagi aku yang tak berapa nak pandai bab-bab ni, aku rasa priority tu. Kalau sampai orang guna alasan tak boleh nak dapat Ustaz ni sebab charge, rate mahal ke apa lancau, macam agak keduitan lah. Aku rasa perkongsian tu lagi penting. Ustaz ni pun pakai kereta boleh tahan mahal juga aku tengok.

Tu lah. Aku pun sama je dowh. Bab-bab agama ni tak pandai sangat. Tapi aku tau lah sikit-sikit. Dulu sekolah aku tu, orang cakap boleh tukar nama jadi Sekolah Menengah Sains Agama bhai, haha, macam tu sekali. Tak silap aku, ada hadis lah kot pasal ni. Bunyi dia macam ni, di hujung zaman, orang-orang korup ni banyak dari golongan agamawan. Kalau hadis ni tak sahih ke, apa ke, aku tak sure lah. Tapi tengok gaya, entah lah kan.

Tu lah. Tengok kita punya agamawan, orang-orang yang so call ahli dalam benda ni bertelagah pun tak best juga. Lawan-lawan tweet siap, apa lancau. Sorang mufti ni keluar statement macam ni. Sorang ni balas macam ni. Pastu style nak sindir-sindir. Gampang apa. Kau nak tegur orang, approach tu baik-baik lah sikit. Cakap baik-baik bukan tak boleh, orang bukan tak faham. Tak payah nak langsi sangat lah cakap.

Haha, aku ada dengar juga isu ni. Member aku cerita lah, aku pun tak ambil port. Ah, cakap fasal benda ni, aku dulu pernah baca juga fasal ni. Buku apa entah, aku pun lupa dah. Tak penting. Yang penting, apa yang aku baca tu. Dalam buku ni tulis, agamawan bijak pandai dulu-dulu, time zaman Abbasiyah, Ottoman ke aku lupa dah. Dia cakap, agamawan patut berdiskusi gaya-gaya agamawan. Ada adab-adab dia. Cakap baik semua tu lah maksud dia. Kena dengan kredabiliti. Kalau cakap pun tak beradab, sindir je nak lebih, macam nak cari gaduh je gaya, sama je lah dengan orang yang tak berapa nak bijak fasal agama ni.

Tu lah, sekarang ni semua nak budget pandai agama. Menyampah juga aku. Macam ada band dari Indonesia ni tulis, band The S.I.G.I.T. Diorang semua lagu dalam English, tapi aku translate je lah senang. Singer dia tulis, ‘Andai aku petah berbicara, adakah aku mampu menjadi seorang agamawan?’ Haha, persoalan gampang. Tapi macam tu lah nampaknya zaman sekarang ni kan. Tengah-tengah up ni.

Lepas tu, education system dekat Malaysia ni pun satu hal. Penghayatan tu kurang. Ada sorang English writer ni, local, Melayu, dia tulis fasal pengalaman dia dulu. Apa sebab dia anti sangat dengan geng-geng agamawan ni. Sebab time kecil dulu, dia pergi sekolah agama, standard lah kan. Ada satu hari ni, dia tanya Ustazah dia pasal satu benda ni. Minta explain lah asal macam ni, asal macam tu, asal ni boleh, asal tu tak boleh. Ustazah ni agaknya tak dapat jawab, dia maki budak ni. Dia tak explain pun. Lepas tu, budak ni tanya lagi, ambil kau, dia penamparnya budak ni. Sengal.

Tu gampang dowh, budak kot. Ye lah, budak. Curious. Kau tengok je lah budak tanya benda memang macam-macam. Kau adults. Dah lalu asam garam bagai. Dalam kes ni, time kat Maktab Cikgu dulu belajar fasal-fasal agama, kena dengan kerja kau. Explain lah leklok. Ni bila budak tanya, dah tak boleh jawab, gelabah, suruh budak tu diam. Budak ni tanya lagi, kau bagi penampar pulak. Pada hal kau yang mangkuk tak dapat nak explain. Nak lepas geram kat budak tu pehal. Geram pulak aku, haha. Mana tak traumatize budak tu. In the end, the hunger for knowledge budak ni fasal agama tadi, jadi suatu jenis hatred pula, sudah.

Maybe sebab sistem dekat Malaysia lah. Penghayatan kurang. Dari kecil belajar agama, besar jadi setan juga. Benda yang dah terang-terang cakap jangan lah dia pergi buat. Nak salahkan pun tak boleh juga bagi aku, serius. Sebab time kecil-kecil dulu takde orang nak dok explain betul-betul kenapa kita kena sembahyang, kena puasa, bayar zakat. Hikmah tu ada je sebenarnya, boleh nampak kalau explain baik-baik. Benda-benda ni logik, masuk akal. Tuhan tu bukan macam kita. Benda-benda yang dia suruh, kepala otak kita confirm boleh handle. Boleh faham.

Cakap benda ni memang tak kan habis aku rasa, haha. Serius. Nak cakap, kau pun agama tak seberapa. Nak taksub, kau pun tak tau Ustaz tu betul ke tak. Haha, kalau dah dekat atas, mana tau lah kan. Ada agenda, propaganda ke. Haha. Dah tengah up kan.

Ada satu buku ni, Faisal Tehrani tulis, siap ITBM keluarkan beb. Perempuan Nan Bercinta. Aku dari dulu memang minat lah gaya penulisan dia. Buku dia dalam collection aku, banyak lah juga. Dulu aku cari buku-buku dia sebab aku rasa bila baca buku dia banyak input aku dapat. Kurang cintan cintun, banyak benda-benda ilmiah.

Tapi orang cakap dia Syiah kan?

Haha, entah lah. Aku malas nak ambil port. Tu urusan dia dengan Tuhan. Benda pun kau tak tau betul ke tak. Kau nak dok fikir-fikir sangat pun tak guna. Buang masa. Sebab ni lah benda yang aku dapat dari buku dia. Time baca tu, banyak gila benda nak digest. Benda kau tak berapa nak tau kan, so buku baru dia ni bagi aku, paling berat lah nak compare dengan yang lain-lain tu. Kena dok fikir betul-betul. Aku pun nak baca balik lagi dua kali biar aku betul-betul faham apa yang dia nak sampaikan. Tapi, persoalan dia dalam buku ni, yang aku nampak lah kan. Betul ke ad-Din yang kau ikut ni.

Maksud kau?

Ye lah. Orang gembur sana-sini. Aku rasa kau pun pernah dengar, kau pun tau. Muslim akhir zaman terbahagi 72 kelompok, tapi yang betul-betul true ada satu je. Kau confirm ke Sunni, Sunnah Wal Jamaah yang kau ikut ni betul? Yang 71 tu macam mana? Tu pecahan dalam Islam tu. Kau nak cakap diorang sesat, kau bukan Tuhan. Kalau kau agamawan pun, kau bukan Tuhan. Ah, macam mana?

Hm, susah sial benda ni. Aku pun dulu pernah fikir, kita ada 4 mazhab. Hanafi, Hambali, Maliki and kita ikut Shafie. Macam mana benda yang Nabi buat ada satu, end up ada 4 mazhab? Memang lah, tu tengok macam mana 4 Imam ni ambil, macam mana pendefinasian masing-masing kan. Tapi tu lah. Kita nak cakap fasal benda-benda ni pun kita tak berapa nak tau. Nak refer kat Ustaz ke mana-mana ke, mesti diorang cenderung kat sebelah pihak.

Haha, kau tak fikir lagi, tarekat, sufi bagai tu. Hah, ni benda paling baru aku minat, fasal benda-benda ghaib. Fasal orang gila semua. 7 lapisan hijab. Tapi bukan santau-santau ni, benda lain. Aku nak explain, satu malam tak habis bhai.

Tabligh dengan usrah pun satu hal.

Haha, tu pun. Ni hah, kan ada cakap kalau Islam tak sampai dekat kau, atau kau cari, tapi tak jumpa-jumpa, tapi kau percaya pada kewujudan Tuhan Yang Satu, kau dijamin Syurga. Orang kat Korea Utara tu macam mana? Dengan polisi government yang tak bagi maklumat keluar masuk. Macam mana diorang nak tahu Islam tu ada.

Aa, betul juga syal. Haha. Tu lah. Tuhan tu tak judgemental macam kita.

Tu sebab kita mortal. Konsep judgemental pun dah silap. Kau bukan Tuhan.

Saturday, 12 January, 2013, 3:41 PM 

No comments:

Post a Comment