Zher yang cuma mengenakan bra dan
panties polka dot biru lembut memberikan sebuah ciuman kejap pada pipi Joned. Peluk
rangkul terurai dengan renungan menggoda Zher. Joned memberi reaksi lopongan mulut ditutup telapak tangan. Lalu
mereka tertawa. Joned dapatkan tali pinggang kulit yang diletakkan di atas meja
komputer peribadi. Dua buah telefon bimbit ditempatkan di kocek kiri hadapan.
Tempat penyimpan kad dan kepukan helaian not Ringgit pada poket sisi kanan
belakang dan gugus kunci Vespa dan apartment pada belah kiri.
Hari ini Jumaat. Joned memilih
untuk mengenakan baju melayu hitam. Tampak serasi bagaikan dua merpati sejoli
dengan baju kurung yang dikenakan Zher. Kedua-dua belah lengan dilipat kemas
hingga ke atas paras siku. Butang biru yang cuma mengisi lubang butang ketiga
itu dikancing. Shades bingkai plastik dan dawai disangkut pada kocek kiri Baju
Melayu. Rambut hitam yang ikal mengurai dikemas dengan sikatan tangan. Di
hadapan cermin panjang, Joned tersenyum, berpuas hati.
Ketika Joned mendapatkan topi keledar,
Zher sudah terpacak berdiri di belakang. Joned paling. Joned terpana dan masa
seakan-akan berhenti menafikan Hukum Masa. Zher tampak ayu dengan sepersalinan
baju kurung bermotif fauna daripada fabrik kapas. Lilitan selendang rona putih
yang menutup sebahagian rambut potongan paras bahu Zher itu padan sekali.
Dengan padanan mata bundar di balik shades bingkai besar dan senyuman menawan,
Zher menjadi ciptaan teragung Tuhan di mata Joned.
Wah, Perempuan Melayu Terakhir!
That’s racist okay!
Okay, okay. Perempuan Cina
Terakhir. Sounds good?
Hehe. Hey Sayang, how do I look?
Biasa je.
Hey.
You look gorgeous like always.
Really?
If you’re wearing your Cheongsam
pun lawa juga.
But I know you like me wearing
baju kurung.
And kebaya nyonya. You know
Belaian Jiwa kan?
Yea. Why?
Hanya bidadari sebagai ganti. You
are that bidadari.
How sweet, haha.
I’m serious okay. Ada ke gelak
pula.
Okay, okay. Sowee.
Eh, kejap, ada bulu mata dekat
pipi you.
Where?
Kejap aa. You know what. Orang
cakap kalau bulu mata kanan kita gugur, tandanya ada orang suka kita.
Really? Siapa suka I?
Duh.
Hehe, what?
Derap but Doc Mart kulit potongan
tinggi dan flip flop saling bertingkah di ruang kosong koridor. Semasa mengunci
pintu utama unit apartment duplex, Too Much Love Will Kill You oleh kugiran
Queen sayup-sayup kedengaran dari pembesar suara Eacan. Butang elevator ke aras
bawah ditekan. Mini Cooper 1969 dan Vespa 1974 diparkir di aras B1. Untuk ke
aras B1, residen Hampshire Residences perlu menukar elevator di aras ruang
legar.
Wednesday, 16 January, 2013,
12:32 PM
No comments:
Post a Comment