‘Hai kawan, aku
mahu ke bumi suci berteleku memohon doa di hadapan Kaabah Tuhan. Apa kau mahu
aku membawa doa kau bersama?’
‘Katakan pada
Tuhan, perkenankan rayu aku mahu ketemu Dajjal al-Masih sebelum nyawa aku
dicabut Malaikat Kematian. Bilangkan juga pada-Nya, urusan antara aku dan Si
Nabi Palsu itu usah diendah.’
‘Jika kau tidak
keberatan, apa rasional mahu kau ketemu Sang Mata Satu?’
‘Kerana dia
simbolik pengharapan aku. Rahsia menjejak masa itu tersimpan kemas padanya. Aku
punya rencana mahu menulis kembali sejarah silam aku. Kerana jiwa aku kini
sudah mati. Dengan bantuan Penjejak Masa, aku mahu merubah ceritera aku supaya
aku bisa menghirup secangkir madu kehidupan duniawi walaupun sekali. Mengerti
kau, kawan?’
Sunday, 3
February, 2013, 1:19 PM
No comments:
Post a Comment