Lapangan kerja saya memberikan saya
kesempatan untuk melihat-lihat ragam manusia yang pelbagai.
Sebagai seorang jurutera muda,
rata-rata individu yang lebih berpengalaman yang saya temukan lebih selesa
memilih topik keTuhanan dan falsafah kehidupan untuk dibualkan. Saya tidak
begitu faham mengapa pada mulanya, tetapi begitulah realitinya.
Apa yang menarik dan kadang kala
agak melucukan dalam pengamatan saya; individu yang berkongsi perihal keyakinan
kepada Tuhan dan kepentingan sebuah institusi kekeluargaan bisa sahaja berceritera
perihal liburan hujung minggu yang diistilahkan sebagai PP (Private Party) dan
aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya.
Memikirkan ini, saya lihat ada
dua senario kebarangkalian. Pertamanya, Tuhan dahulu, enjoy kemudian. Berbicara
fasal keTuhanan supaya saya mempunyai persepsi individu ini mampu berhujah dengan baik serupa seorang agamawan. Suatu masa lagi, bergebang perihal ‘benda-benda cool’ mungkin dengan nawaitu supaya saya memandang individu ini sebagai seorang yang 'cool'.
Masih dalam konteks yang sama; tetapi kita enjoy dahulu, Tuhan kemudian. Tiada masalah.
Tetapi apa-apa pun, sebagai seorang
jurutera muda saya perlukan pengetahuan dan kemahiran teknikal serta
pengurusan, kawan. Bukan rahasia antara individu dan Tuhan. Itu biarkan saya teroka
sendiri-sendiri.
Thursday, 14 March, 2013, 10:17
AM
No comments:
Post a Comment