Friday, July 20, 2012

Budak


Teringat gua pada satu kesah lama. Nak dijadikan cerita, gua dijemput menghadiri keraian doa selamat sempena pemergian seorang teman (perempuan) gua ke bumi Rusia menyambung pengajian dalam jurusan perubatan. Alang-alang gua tiada tentatif lain pada hari berkenaan, gua tanpa fikir banyak terus pacu kereta abah gua ke Shah Alam. Walaupun teman (perempuan) gua ini anak lord, tapi malang sekali beliau bukan taste gua. Kalau tak, memang dah lama dah gua pikat.

Teman (perempuan) gua ini menghabiskan lima tahun zaman persekolahan beliau di sebuah sekolah semua-perempuan di Seremban. Jadi, kaum laki-laki yang turut sama datang dengan lengkap berbaju melayu (kecuali gua seorang) boleh dikira dengan sebelah jari tangan kanan saja. Memandangkan rambut yang gua simpan sejak tamat sekolah sudah menampakkan hasil yang agak memberangsangkan, gua kira saham gua agak tinggi juga jika nak dibandingkan dengan laki-laki lain di keraian tersebut yang berambut skema atau digayakan serupa David Beckham.

Suka untuk gua sebutkan di sini, gua dengan suksesnya telah menamatkan dua tahun terakhir pengajian gua di sebuah sekolah semua-lelaki, juga di Seremban. Jadi pada mulanya, agak susah juga untuk gua menyesuaikan diri kembali dengan kehidupan di luar yang punya gadis-gadis sebaya. Lebih-lebih lagi di keraian tersebut yang rata-ratanya, gadis-gadis. Tetapi gua play cool saja, gua dalam diam tahu gadis-gadis free hair di keraian doa selamat ini semua tengah cuba sehabis baik nak ambil hati gua.

Macam mana gua tahu? Hah, ini yang gua nak kesahkan sebenarnya. Gua perasan ada dua orang gadis yang agak cun, bukan, bukan, agak hot tengah mendepakan kedua-dua belah tangan mereka ke hadapan sambil memujuk rayu seorang budak lelaki yang gua kira baru tiga tahun datang kepada mereka. Budak lelaki ini rambut beliau boleh tahan juga, panjang melepas bahu, tetapi belum boleh challenge rambut gua lagi. Firasat gua kuat menyatakan laki-laki yang berambut panjang memang pesen jual mahal, sebab budak lelaki tadi buat dek je walaupun dua orang gadis tadi beriya-iya memanggil.

Teman (perempuan) gua tika itu tengah sibuk ya amat melayan tetamu. Laki-laki lain berambut skema/David Beckham pula tengah bajet cool (gua play cool, lain) bergebang entah apa-apa dengan dua, tiga orang gadis. Gua serius mati kutu. Jadi gua mengambil keputusan mahu test power. Gua adjust duduk gua menghadap budak lelaki tadi. Gua tepuk tangan dua kali (tarik perhatian), lalu gua depakan kedua-dua belah tangan gua ke hadapan serupa dua orang gadis tadi. Dan gua anggukkan sedikit kepala gua dua, tiga kali mengajak budak lelaki itu datang ke mari.

Terkedak berlari-lari budak kecil itu terus memeluk gua. Lantas gua cium pipi kanan kemudian pipi kiri budak lelaki itu dan gua dudukkan dalam pangkuan gua. Terkesimalah kesemua gadis seisi keraian terutamanya dua orang gadis tadi. Dari kejauhan, seorang gadis yang tadinya sopan duduk bersimpuh perlahan-lahan bangun dan menuju ke arah kami. Tanpa segan silu, si gadis tadi terus duduk bersimpuh rapat-rapat bersebelahan dengan gua. Si gadis tadi menghulurkan henset beliau kepada seorang gadis lain yang gua kira member beliau, lalu dipinta beliau untuk ditekan punat capture mengabadikan potret kami bersama.

“You didn’t tell me you’re good with kids,” monolog si gadis tadi.
“Laa, dah you tak pernah tanya,” jawab gua selamba.

Tika momen di-captured, hati gua sudah berpunya. Celaka.

Thursday, 19 July, 2012, 9:57 PM

2 comments: