Pasti kau yang teranggun jika aku kenakan Sang Morpho Didius pada
sanggul itu.
Ah, rona indigo pelangi berbibirkan rona hitam malam tanpa kejora,
tanpa rembulan. Memang itu kesukaan aku.
Ayu kau tentunya pada rambut hitam berkilat mengurai melepas
bahu ke pinggul itu.
Lalu kau kenakan kebaya nyonya berona putih bercorak ringkas yang
kau pasangkan bersama songket berona hitam berfabrik halus.
Senyum dengan lesung pipit pada sisi kanan pipi, ah, itu yang
paling memikat sukma.
Malang sekali nasib kau Sang Morpho Didius, mangsa khayalan bidadari
duniyawi dambaan Si Peroman.
Indah itu bukan eksklusif pada kau sahaja, tetapi tetap jua pada
perawan yang aku kenakan kau pada sanggulnya itu.
Kerana kau Sang Morpho Didius, bidadari duniyawi
itu terbang tinggi nun jauh melangit ke kayangan menjadi bidadari syurgawi.
Mengimpi mungkin, tetapi tidak sesekali dimiliki.
Malang kau.
Malang lagi aku.
Malang lagi aku.
Ish.
Monday, 9 July, 2012, 10:33 PM
No comments:
Post a Comment