Gua dengan seorang member gua yang baru pulang for good dari Canada gerak ke
Penang tempoh hari. Beliau pick up gua dari Tronoh senja Khamis. Settle melepak
di Ipoh dengan seorang lagi member yang sedang mengaji di The Royal College of
Surgeons, Dublin, kami tuju pula ke Kuala Kangsar, ke Sekolah Melayu. Lebih
kurang 3 pagi, kami sampai di Georgetown.
Pagi Jumaat. Dalam 9 lebih, kami dah check-out. Gua dengan member
gua dah mati kutu tak tahu nak sarap mana. Dan-dan gua teringat satu port roti canai torbayek
di Transfer Road. Sebab edisi-edisi jelajah gua dengan beberapa member gua sebelum ni,
ada gua try Google port-port torbayek di Penang.
Sekarang senang, pakai GPS. Tapi just in case, gua dah ready
awal-awal 2, 3 map Penang. Dari kejauhan, gua perhati satu warung di bahu kanan
jalan, penuh sekali dengan umat manusia. Ah, jumpa.
Gua order roti canai kosong dengan kari ayam. Member gua pun sama. Gua order
sekali teh tarik, saje gua nak try power ke tak power teh tarik warung ni.
Member gua pulak order teh o ais. Sampai je, kami yang memang dah sedia kebulur,
memang dah tak ingat apa lagi dah, kah kah kah. Sila, sila.
Roti Canai Kosong dengan Kari Ayam |
Sini makan murah, ini cerita betul |
Roti canai dia roti petak. Style. Kari ayam dihidang banjir. Atas
roti canai tercongok lawa seketul ayam bahagian paha. Ah, gua minat lagi bahagian kepak
sebenarnya. Roti canai dia memang garing, serius. Gua fikir sebab nak dihidang
banjir, diorang saje bagi garing, jadi bila lu layan dengan kuah banjir, roti
canai tu takde lah lembik mana jadinya.
Foam dia, pergh. Kalah skill barista Coffee Bean gua, kah kah kah |
Teh tarik dia memang power, memang kick, serius. Pakai gelas
kecik, sekali lagi, style. Alas gelas plastik siap. Sambil hirup udara polusi,
gua order teh tarik lagi satu. Kali ni, alas gelas kaca, siap ada ais. Considerate.
Sebab gua dengan member gua dah habis makan, mamak muda tu letak ais siap,
kasik cepat sikit teh tarik gua suam. Ini memang gua suka. Salut.
Susun atur warung pun ringkas. Lu datang sini makan memang ngadap
jalan. Diorang pakai kerusi panjang yang macam time sekolah-sekolah dulu, tapi
versi kecik sikit, simple lagi. Meja dia pun gua rasa custom-made jugak. Kecik je. Gua kira satu
kerusi panjang dengan meja tadi boleh lah sumbat 3 orang duduk pada kadar selesa dalam
satu-satu masa.
Untuk rujukan masa hadapan, gua siap tanya mamak kaunter lagi waktu
operasi. Pagi, gua tak tahu bukak dari pukul berapa, tapi sampai pukul 1
petang. Sesi petang, kalau tak silap, diorang bukak balik pukul 6.30. Ambians
situ pun gua suka, sebab ramai old school. Gua pun dah tak berapa nak muda
sangat dah, kah kah kah.
Thursday, 12 July, 2012. 10:44 AM
No comments:
Post a Comment