Pijar badan gua kena sental dengan kapur barus. Seminggu jugak nak hilang. |
Kalau aku tahu aku akan mati esok
hari,
Akan aku kelamkan kamar aku.
Langsir biru itu aku tutup rapat-rapat mengelak masuk sinar mentari simbolik
hari esok yang pasti tiada lagi untuk aku. Dua biji bantal pada perbaringan
bujang itu aku tepuk-tepuk dengan tangan kanan aku menaikkan partikel-partikel
halus kekabu ke udara. Kebiasannya, partikel-partikel halus kekabu itu akan
terlihat dipanah cahaya rembulan atau matahari yang masuk menerusi bukaan
sedikit celahan langsir. Dalam gelita itu, naikkan partikel-partikel halus
kelabu itu hanyalah menerusi janaan minda aku. Aku baring dengan dua biji
bantal tadi yang kini mengalas kaki-kaki aku. Aku kenakan headphone berjenama Sonic
Gear dengan performance bass yang terbaik dalam kelasnya pada kedua-dua belah
telinga aku. Aku cari lagu If I Die Tonight oleh Too Phat (bukan versi asal
oleh Tupac Shakur) dalam pemain MP3 hitam aku berjenama Creative Zen Stone yang
aku beli di Low Yat Plaza pada harga RM180 beberapa tahun lalu dan aku setkan
lagu itu pada butang repeat. Blanket itu aku tarik menutup kesemua inci badan
aku kecuali leher dan kepala aku. Aku tutup rapat kedua–dua kelopak mata aku
lalu biji mata itu aku bawakan ke atas. Serupa bangkai di perbaringan dicium
diratap seisi keluarga dan handai.
Kalau aku tahu aku akan mati esok
hari,
Akan aku tuliskan dua pucuk surat. Aku
tidak mahu memberitahu secara bersemuka atau on the phone disebabkan kemampuan
otak manusia yang masih punya limitasi. Yang bisa menangkap tiap patah butir
bicara aku, tona suara aku, emosi aku dan ekspresi muka aku hanyalah
sub-conscious mind, bukan conscious mind manusia. Dan untuk memanggil data itu
kembali dari sub-conscious mind merupakan suatu kerja yang leceh dan hampir
mustahil. Aku mahu mesej itu kekal. Alzheimer lagi, darah beku lagi, nyanyuk
lagi. Payah, payah. Tulisan itu, selagi tak dimamah ulat kertas atau minta
dielak, terbakar dek konspirasi jahat Zionis, kekal selama sifatnya. Dan sebab
itu aku mahu mesej itu dalam bentuk tulisan.
Satu aku tujukan kepada Mak aku. Aku
mahu meminta maaf atas segala salah silap aku. Maaf kerana aku punahkan
harapan-harapan beliau. Maaf kerana aku pergi terlebih dahulu sebelum beliau.
Maaf kerana aku tidak sempat berikan beliau seorang menantu perempuan yang
paling cun dan yang paling baik dan cucu-cucu yang paling comel dan yang paling
montel (sihat). Harapan terakhir yang aku pinta daripada beliau juga hanya
satu, bangkai aku minta dihanyutkan ke lautan lepas yang tidak dilalui kelasi,
biar dibaham oleh jaws, bersebati dengannya yang lalu mati membusuk di dasar
laut yang paling dalam. Aman. Lalu segala benda yang bersangkut-paut dengan aku
minta dibakar (jika dalam bentuk fizikal yang boleh disentuh) dan di-delete
(jika dalam bentuk data di dunia maya). Abu tadi, sama juga seperti bangkai
aku, minta dihanyutkan ke lautan lepas yang tidak dilalui kelasi.
Satu lagi aku tujukan kepada gadis yang paling aku berkenan. Aku mahu meminta maaf kerana aku menulis yang ini. Maaf kerana
tidak menulis lebih awal. (Atau) maaf kerana aku menulis. Maaf jika membuat kau
traumatize. Tetapi aku tidak kira. Apa yang mahu aku katakan, aku sudah lama
memerhati. Aku segan. Okay, itu tipu. Sebenarnya aku tidak berani mendekat.
Senyum, menganggukkan kepala, menyapa ‘hye’ atau whatsoever. Aku mahu kenal
kau. Dan aku mahu kau kenal aku. Okay, itu pun tipu. Aku mahu bercinta dengan
kau. Dan aku mahu kita bertunang, tentunya, rasionalnya hanya pada satu cuma, period bertunang itu bagi aku, sweet sungguh. Tetapi aku tidak mahu kita bernikah. Okay, yang ini betul. Sebab aku
tidak mahu jalan cerita ini bercanggah dengan jalan cerita yang aku sampaikan
kepada Mak aku tadi. Lalu aku tutup tulisan aku pada gadis yang paling aku berkenan
tadi dengan, “We need no single reason to like (in my case, love, ahaks)
someone.” Deodorant pada ketiak kiri itu lalu aku gosokkan secukup rasa pada
muka surat yang punya tulisan. Dengan harapan kau akan dekatkan hidung mancung
kau menghidu surat itu yang mengeluarkan bauan wangi Dashing Speed.
Thursday, 19 July, 2012, 11;18 PM
No comments:
Post a Comment