Ahad. 2
Ramdhan. 5.45 petang. Gua gerak ke Bazar Ramdhan berdekatan masjid berhadapan
rumah Mak Abah gua. Dengan menunggang basikal GT adik lelaki gua tentunya.
Tanpa membuang masa, terus gua tuju stall menjual popiah goreng dan popiah
basah. Gua memang tak makan sayur, lagi-lagi taugeh. Tapi pengecualian gua
berikan hanya pada popiah goreng, popiah basah dan juga burger. Kekadang pabila
ada kawan-kawan yang bertanya kenapa, skema jawapan yang acap kali gua berikan,
entah. Malas gua nak explain.
Tika itu,
gua memang tengah into popiah goreng. Gua berkecimpung dengan scene popiah goreng/popiah
basah ni tak lah lama mana. Salam perkenalan gua dengan popiah goreng/popiah
basah ni bermula tika gua bersekolah di Seremban. Gua ingat lagi, kami
diberikan kelepasan ke Bazar Ramdhan Ampangan yang memang legend. Lalu
menapaklah gua dengan dua, tiga orang member gua lebih kurang lima kilometer
semata-mata mahu membeli aneka kuih-muih buat berbuka. Gua memang gila kuih-muih
sejak kecil.
Gua pinta
pada abang penjual popiah goreng/popiah basah itu popiah goreng 2 Ringgit. Gua
memang jenis malas ke pasar malam atau Bazar Ramdhan. Gua pasti mati kutu.
Kekadang, rambang mata gua mahu memilih. Kekadang, gua jadi menyampah. Situ
nasi tomato, sini nasi tomato. Takde variety langsung. Usai akad jual beli,
sapa member-member lama, gua terus kayuh pulang ke rumah Mak Abah gua.
Patutnya
gua drive hari ni. Malang memang tak berbau. Gua kemalangan di Federal Highway
sebelum exit Hilton PJ Khamis malam Jumaat. Sumpah, memang gua tak pandu laju walaupun di lane
kanan. Hujan renyai-renyai. Gua tahu kurang grip tayar pada tar. Kemek teruk
bahagian belakang MyVI SE hitam Mak gua. Tercalar sedikit kredabiliti gua
sebagai seorang laki-laki yang bercita-cita mahu menjadi racer. Hilang
kepercayaan Mak Abah gua selama beberapa ketika. Nahtijahnya, hari ni gua
terpaksa menggunakan perkhidmatan Komuter yang super lambat.
Gua mandi.
Gua kenakan persalinan terbaik dalam koleksi gua. Sambil-sambil berborak dengan
Mak gua yang sedang memasak di dapur, gua keringkan rambut panjang gua. Settle
setting rambut sikit-sikit, gua pinta jasa baik Abah gua menghantar gua ke
Stesen Bandar Tasik Selatan. Gua capai plastik merah berisi popiah goreng di
atas meja makan. Selepas salam dan peluk cium Mak gua, sempat gua perhati jam
pada dinding rumah Mak Abah gua. 6.45 petang.
Queue agak
panjang daripada kebiasaan hari ini. Kejap-kejap, gua perhati landasan Komuter.
Takut terlepas train. Selesai pembelian tiket berharga 1 Ringgit di kaunter,
laju-laju gua berjalan dan menuruni tangga jejantas stesen. Gua tuju ke bahagian
hadapan yang tak berapa nak ramai orang. Train lambat. Makin ramai yang
menunggu. Pabila train sampai lebih kurang 10 minit selepas itu, berpusu-pusu
orang masuk tanpa memberi laluan pada yang perlu keluar.
Gua perhati
tiap-tiap orang di dalam train. Memang kebiasaan gua. Gua suka memerhati
perilaku orang. Gaya pemakaian misalannya. Gua pasti dah nak berbuka. Malas gua
mahu keluarkan henpon gua. Henset cikai. Gua segan sebenarnya. Gua memang
kurang gemar memakai jam tangan. Jadi gua hanya perhati jika ada orang yang sudah
start makan. Alhamdulillah. Gua alas perut dengan sebiji popiah goreng. Sekadar
cukup syarat.
Tiba di KL
Sentral, tergesa-gesa gua ke surau berdekatan 7E. Selesai doa ala kadar, ada
seorang abang datang menyapa. Kata beliau, beliau dalam kesusahan. Mahu pulang ke
kampung halaman tapi tiada biaya mencukupi. Gua jujur katakan pada beliau gua
masih belajar, gua pun mana lah nak ada duit sangat. Bisikan halus yang pastinya bukan
dari syaitan kuat mengatakan brader ni mahu tipu gua. Ini bukan yang pertama.
Dan ini pasti bukan yang terakhir. Gua cuba berperasangka baik, tetapi gagal.
Gua terus
tuju bench berhadapan Meridien Kuala Lumpur. Gua duduk. Gua keluarkan henset
gua dan gua mula menaip.
Wht time r
u comin?
Im still at
home.can u get a train to petaling?
Yeah,sure.
Okay.
Gua bangun
dan gua tuju kaunter tiket. Gua dapatkan tiket ke Stesen Petaling. Gua duduk
di bench menghala ke Pelabuhan Klang. Selera gua mati. Gua tak tahu kenapa. Gua
baru jamah sebiji popiah goreng. Masih berbaki lima. Lima minit kemudian, train
tiba. Gua berdiri di belah pintu yang gua masuk tadi. Sebab pintu yang
sebelah lagi itu pastinya kejap buka, kejap tutup pabila tiba di mana-mana
stesen. Gua malas mahu beralih. Lawa Kuala Lumpur malam ni.
Gua tiba di
Stesen Petaling. Lengang sepeti biasa. Gua panjat tangga dan merentas jejantas
stesen. Mesin tiket ni setahu gua memang tak berfungsi. Gua simpan tiket tadi
buat kenang-kenangan. Hobi. Gua lalui lorong gelap bersebelahan flat empat
tingkat terus ke pump station PETRONAS. Gua malas mahu berdiri. Gua duduk di
kaki lima berhadapan dengan Mesra tapi pada sisi yang lebih gelap mengelak diperasan
orang. Gua keluarkan henset gua kembali.
I dah
sampai.
Satu minit
kemudian, Im on my way.
Gua perhati
kereta-kereta yang keluar masuk. Besar-besar. Gua tahu Bukit Gasing ni kawasan
yang agak mewah juga. Walaupun sepanjang landasan Komuter tadi jelas kelihatan deretan
flat empat tingkat. Gua pandang plastik merah berisi popiah goreng gua tadi.
Ah, apahal gua takde selera ni? Gua bingung. Gua perhati jam pada henset gua.
Gua risau sebenarnya kalau gua tak sempat sampai. Paling busuk pun gua perlu sampai
pukul 10. Ni dah 8.15. Apasal lambat sangat ni?
Dari
kejauhan gua perhati sebuah Perdana kelabu datang mendekat. Gua senyum pada
gadis di belah seat pemandu. Tiada balasan. Terus gua buka pintu dan melolos gua
masuk ke dalam perut kereta. Gua katakan hye. Dan gadis tadi balas kembali hye.
Plastik merah berisi popiah goreng tadi gua letakkan elok-elok di atas peha gua.
Tuesday, 31
July, 2012, 4:01 AM
No comments:
Post a Comment