Tuesday, July 31, 2012

Popiah Goreng II


You dah makan?
Yeah.
Berbuka apa tadi?
Biasa-biasa je.
I belikan you popiah goreng. Nak rasa siket?
No, thanks. I’m still full.

Gua kilas jam digital pada dashboard sudah pukul 8:30. Kami perlu tiba di KLIA sebelum pukul sepuluh. Member gua check-in pukul sepuluh malam. Gua sudah janji gua akan datang. Flight kawan gadis ini ke Rusia pada pukul 1 pagi. Beliau masih punya banyak masa. Kereta mula bergerak meninggalkan pump station PETRONAS. Gua tak sedap hati.

I don’t want to be with you anymore.
Huh? Kenapa ni?
I don’t know. I just don’t think I can be with you anymore.
Eh, takkan tiba-tiba je?
This is not tiba-tiba.

Mula gua dan gadis tadi berbalah. Gua mula rasa tak puas hati. Tak puas hati yang teramat. Gua jadi marah. Gua jadi bengang. Dan gua mula jadi bangang. Gua mula kerut dahi. Gua memang tak mampu untuk tersenyum. Gua campak kasar plastik merah berisi popiah goreng tadi ke seat penumpang belakang. Gua mula menghadapkan pandangan gua pada gadis tadi yang masih tenang memandu. Lagi gua hangin.

Okay, kejap, kejap. Ni sempat ke tak nak sampai ni?
I don’t know. It’s almost 9.
I know. I takut tak sempat.
Why don’t you give him a call?

Gua keluarkan henset gua dari poket kiri jeans. Gua cari nama member gua dan gua tekan butang call. Gua tanya pada member gua pukul berapa beliau check-in. Beliau bilang, jam sepuluh. Gua katakan pada member gua, kitorang on the way. Gua pinta member gua tunggu. Gua tekan butang end call. Gua terdiam. Tapi hati gua masih panas. Gua panas. Dan gua teringat text seorang teman perempuan gua malam tadi. Malang sekali gua tak reply sebab gua sudah tidur.

Bro,if u really love her,pls cut ur hair.it means a lot to her.pls.

Gua baca text beliau hanya pabila Mak gua kejut sahur. Gua tak reply. Tapi itu siang, ada gua tanya pada adik gua jika salon yang selalu beliau pergi buka pada hari Ahad. Beliau jawab, tak bukak lah bang. Kesudahannya, gua kekal berambut panjang hingga ke saat gua terdiam selepas on the phone dengan member gua.

Sepanjang perjalanan, gua banyak berdiam. Tapi ada ketika gua bertanya itu dan ini. Serupa gaya orang yang tak puas hati. Memang, gua perasan, semalam kami tak berapa nak text sangat. Gua sibuk melayan movie dalam laptop. Tetapi Jumaat malam Sabtu, selepas terawikh, ada kami meluangkan masa di Lepak Café Kelana Jaya; farewell member gua yang bakal berangkat ke Amerika.

Perdana kelabu itu gua sarankan parking di luar kompleks parking sahaja. Jimat. Lagi pun bukan ada JPJ mahu pun polis yang mahu menyaman malam-malam ni. Memang kebiasaan gua jika ke KLIA, di situlah port parking gua. Cepat-cepat kami berjalan. Jam di henset yang gua pegang sedari tadi menunjukkan 9:55. Gua katakan pada beliau gua mahu mula berlari. Beliau anggukkan kepala tanda mengizinkan. Dan gua terus memecut berlari mendapatkan member gua.

Pabila gua sampai ke eskalator check-in, member gua sedang berpelukan dengan ibu beliau. Terbit jelujuran halus peluh pada dahi gua. Gua peluk erat member gua dan gua ucapkan good luck dan jangan lupa semayang. Beberapa orang gadis yang salah seorang merah mata beliau memerhati kami dari tepi. Gua cuba senyum pada member gua. Gua tahu, memang fake habis. Gua bersama famili member gua dan gadis-gadis tadi memandang member gua luput dari pandangan sambil melambai-lambai dari kejauhan.

Kenapa you tak potong rambut you? Tegur teman perempuan gua.
Gua terdiam.
Nanti I pujuk dia okay? Janji gua.
I’ve tried my best. Balas teman perempuan gua.

Geng gadis tadi makin meramai. Gadis yang datang bersama gua tadi buat tak endah pada gua. Gua. Entah. Gua tak tahu apa gua rasa. Gua blah. Gua menghala ke arah satu area di mana lu boleh memerhati kapal terbang yang keluar masuk KLIA. Pada sisi kanan gua dapat perhati monorail yang akan membawa penumpang ke lapangan. Gua pilih kerusi yang agak terasing dari orang lain. Gua tekad mahu pulang. Gua mahu pulang. Gua mahu berambus dari tempat ni. Tapi sudah tengah malam. Gua pasti rate cab dari KL Sentral ke rumah Mak Abah gua mahu juga cecah puluhan ringgit. Gua matikan tekad gua tadi di situ.

Sepanjang perjalanan pulang, gua masih banyak berdiam. Sesekali gua bertanya itu dan ini pada gadis tadi. Beliau bilang pada gua, this is it. Ini yang penghabisan. Gua pinta beliau hantar pulang hingga ke rumah Mak Abah gua. Tiada siapa yang boleh pick up gua di KL Sentral. Kejap-kejap, gua kemaskan rambut gua ke belakang. Setiba di perkarangan rumah gua, gua katakan pada beliau,

You bawak lah balik popiah tu.
It’s okay. You bawak balik.

Gua buka dan tutup pintu Perdana kelabu itu kembali. Gua tinggalkan popiah goreng yang baru gua jamah sebiji tadi di seat penumpang belakang. Perdana kelabu itu di-reverse dan gadis itu berlalu memandu tanpa menolehkan muka. Dan gua masih tetap berdiri di situ sehingga lenyap Perdana kelabu itu dari pandangan. Dalam sendu malam, bisik gua halus yang hanya dapat ditangkap pendengaran gua sendiri. Goodbye.

Sejak tika dan momen itu, gua menjadi peminat tegar The Goodbye Song oleh kugiran Handle With Care.

Tuesday, 31 July, 2012, 4:43 AM

No comments:

Post a Comment