Sunday, April 15, 2012

Di Bench Besi Ini


8.30 malam. Awal lagi. ETS 54 Silver pukul 9 malam baru berangkat. Aku minta pada Si Perempuan Melayu Tak Berbudi Bahasa yang Bermuka Masam dan Tak Reti Senyum serta Servis Macam Sampah di kaunter ETS KL Sentral 3 hari sebelum diberi seat tepi tingkap dan bukan coach makanan. Coach C (C untuk makanan) seat 13C (C untuk aisle). Sampah. Part mana ‘seat tepi tingkap dan bukan coach makanan’ yang dia tak faham pun aku tak faham.

Aku perhati bench besi betul-betul di tepi tong sampah besi itu kosong. Aku tuju. Aku letakkan beg galas dan beg plastik Kinokuniya berisi kitab-kitab pinjam aku di seat sebelah. Aku labuhkan punggung. Hujan dah tak berapa nak lebat. Boleh tahan juga sejuk malam di Kuala Lumpur ini. Aku gapai sweater biru berzip merah dari plastic Konikuya. Aku keluarkan pek Winston merah dan lighter BIC. Aku nyalakan. Aku hisap dalam-dalam dan aku hembus perlahan-lahan.

Di bench besi ini.

Di bench besi yang betul-betul menghadap Hilton Hotel KL dan Meridean Hotel KL. Lawa view yang aku tengah pandang ini. Macam view oversea pun ada. Buat penat je aku berhempas pulas dulu, haha. Tercuit sebuah sentimental. Ada kesah aku di bench besi yang betul-betul menghadap Hilton Hotel KL dan Meridean Hotel KL ini lama dulu. Lama sangat dah, sampai aku pun dah tak berapa nak ingat lama mana dah.

Di bench besi yang betul-betul menghadap Hilton Hotel KL dan Meridean Hotel KL ini dulu aku pernah berjanji. Berjanji pada seseorang. Ya, macam janji yang kau beri. Janji yang ringan mulut kau beri tapi ringan juga kau mungkiri. Aa, janji yang itulah. Tapi, bukan janji yang ringan mulut kau berikan tapi ringan juga kau mungkiri itu yang aku janjikan. Janji betul-betul berjanjilah.

Ah, tu janji lama, lama sangat dah, sampai aku pun dah tak berapa nak ingat lama mana dah. Tapi tak pernah aku lupa janji yang betul-betul aku berjanji. Sebab lama sangat dah, sampai aku pun dah tak berapa nak ingat lama mana dah, tak bermakna janji yang betul-betul aku berjanji jadi invalid disebabkan sebuah pengakhiran. Itu bukan Hukum Berjanji yang aku anuti.

8.55 malam. Masa dah time. Aku gapai beg galas dan beg plastic Kinokuniya berisi kitab-kitab pinjam aku. Aku layan view lawa di depan mata aku dan aku synchronize-kan dengan view lawa di depan mata aku lama dulu buat kali terakhir. Tak sama. Sebab ketika itu aku menghadap view lawa di depan mata aku lama dulu dengan betul-betul berjanji pada seseorang.

Taman Tasek Titiwangsa

Kalau satu hari kau kembali untuk menuntut janji aku di bench besi yang betul-betul menghadap Hilton Hotel KL dan Meridean Hotel KL lama dulu, akan aku tunggu kau di bench besi ini. Sebab janji tetap janji. Dan janji itu tak kan sesekali luput oleh peredaran masa yang lama mana pun berlalu mahu pun sebuah pengakhiran. Dan lagi satu, sebab kau yang hak atas janji yang aku beri di bench besi ini.

Sunday, 15 April, 2012, 3:58 AM

No comments:

Post a Comment