Monday, April 23, 2012

Liburan


Seorang member kempunan burger Batu Gajah. Ajaran Abah, jangan sampai kempunan. Tak elok. Hujan renyai di luar. 12 tengah malam. Orang Malaysia takut sangat basah. Hujan tanda Tuhan memberkati alam. Memberkati kita. Tapi itu lah, orang Malaysia tetap tak suka basah, bukan tak suka hujan. Bukan ride pun, drive. Baru 10 km lebih, bukan menapak pun. Apa ada hal.

12.15 pagi. Ah, kelibat brader burger menolak burger stall. Bukan member je kempunan, gua pun sama. Member saran bernas ambil nombor brader burger, senang nak roger awal lain hari. Haha, lain hari lah gua ambil bro. Pop! Teringat satu port burger, di Batu Gajah juga. Tapi ini port sebelum ditemukan dengan burger stall berdekatan KFC. Bukan semangat burger je dekat port sebelum ini, semangat lain pun ada. Ini yang nak dikesahkan ini.

Dulu ada seorang brader burger berkaca mata, rambut panjang tocang belakang niaga sini. Kata akak si pengganti beliau, abang ini lama dah pindah niaga tempat lain. Burger abang ini boleh blah juga, burger akak ni belum pasti lagi. Harus cuba. 5 biji burger. 3 kiriman member, macam biasa. Malam hujan renyai, memang layan pekena kopi suam. Nampak kiub ais cepat-cepat lebur, torbayek, tampak ada usaha si pembancuh kopi. Order kan kopi suam, bukan kopi panas.

Semangat selain semangat burger ini jarang-jarang nak jumpa di tempat lain. Kali pertama semangat ini menerobos masuk ke pengetahuan gua, dalam 3, 4 tahun lepas. Karaoke, lakon Zahiril Adzim. Nun jauh ke Cannes filem ini, tapi itu lah, lengang pawagam besar Malaysia. Rata-rata tak layan filem yang dekat dengan diri kita, hidup kita, budaya kita. Sikit-sikit korporat, sikit-sikit elitis.

Karaoke liburan ambilan negara matahari terbit. Open karok style, itu sahaja liburan Kebanyakan di Batu Gajah. Shogun rate mahal sangat, busuk, sofa lapuk berdebu, bilik kecil, lagu tak update. Kontrasnya, satu lagu seringgit, open, mampu mem-boost-kan keyakinan diri. Sambil menyelam geleguk-geleguk air orang cakap. Ada harmoni di situ, sorakan semangat si pengunjung kepada si penggila mic.

Tersengih aku. Seleksi lagu yang tak aku tahu diperoleh dari ceruk mana. Pak cik-pak cik si penghirup kopi O berjiwa muda. Tak kerja ke esok pagi cik oi? Haih, anak bini kat rumah? Paling rare, kelibat mak cik bercelana yang ada ketika naik pentas mengiramakan seleksi 80-an. Bagus juga port macam ini. Patut dikekalkan. Bagus untuk Kebanyakan pendiam Batu Gajah berlibur dan orang seperti gua bertanya mengapa dan mengapa.

Burger daging sos banjir dah siap. Challo!

(P/S: Observasi santai di Medan Selera, Jalan Gopeng, Batu Gajah)

Monday, 23 April, 2012, 7:32 PM

No comments:

Post a Comment