Rojak + Ayam + Mee Extra |
Ah, sudah. Dan-dan pulak port patin gulai tempoyak torbayek ni tutup. Dah la time kat Kuala Rompin tak sempat pekena. Bajet sampai Kuantan boleh layan. Aleh-aleh, keciwa. Wakil dari Pahang pulak takde dalam Pregio ni. Kitorang lost. Di tengah-tengah bandar yang sape pun tak tahu mana nak cari port makan torbayek.
Belek punya belek phone book,
teringat kat member sorang ni, budak Kuantan. Penyelamat. Aku call dan aku
suruh beliau cerna laju-laju musibat yang melanda kitorang. Kata beliau, di Taman Gelora,
ada port rojak torbayek, tak jumpa kat tempat lain. Memang kalau singgah Kuantan,
wajib pergi, cari dan nikmati. Kami pun pe lagi. Key-in dalam Garmin ‘Taman
Gelora’, tak sampai 10 minit, sampai kami ke destinasi.
Kenang-kenangan bersama tuan rumah Kuala Rompin |
Kelibat member yang rumah beliau 5
minit drive dari Taman Gelora tak kelihatan. Ah, berkecamuk hati gua ni bro.
Rasa macam nak ngamok pun ada. Last makan before gerak dari Kuala Rompin,
terima kaseh kepada tuan rumah yang menjadi host semalaman kami kat sana. Ah,
sampai pun kau, haha.
Pak Lah Rojak Ayam |
Pak Lah Rojak Ayam. Pergh, rojak ayam. Aku pernah try rojak ayam kat food court
Seksyen 2 Shah Alam. Ayam ngan rojak macam tak berapa nak masuk bagi aku. Ah,
kebulur nye pasal, bedal je ah, haha. Pilihan banyak. Tapi untuk first time try,
aku suka dihidangkan basic je. Rojak + ayam + mee extra. Kena charge lagi
singgit. Ape ada hal, berkepuk-kepuk duit dalam poket ni hah, cakap pun jelajah
mencari port makan torbayek.
Sekor-sekor terangkat wa cakap lu |
Pergh, memang terbaek. Mee bapak
banyak, aku rasa kalau tak mintak extra pun cukup. Ayam rebus dia bagi sedebuk,
tak main hiris-hiris, dia pisau sikit je, biar kau ratah sendiri. Ada cucur
dihiris lawa-lawa di situ. Dan tauhu walaupun aku bukan big fan. Ah, lagi satu.
Elemen penting dalam penyediaan rojak. Kuah kacang. Uish, gua cakap lu, terangkat
beb. Kacang tu tak di-blend habis, jadi time kunyah, bunyi kruk-kruk gitu.
Kuah pekat, nisbah air cun. Ni aku iktiraf, keikhlasan dalam penyediaan makanan.
Setahun kemudian, sekali lagi aku
ke sini. Sepupu nikah di Jengka, alang-alang, ziarah member foundy aku yang
tengah mengaji Farmasi di UIA. Jauh jugak Jengka ke Kuantan, mahu 2 jam, haha.
Harga dah naik siket, tapi rasa dia, pergh, siket pun memang tak berubah. Kata
member lain aku yang mengaji di UIA, Pak Lah ni bukan jual rojak ayam torbayek
je, nasi ayam, roti canai ngan karipap dia pun torbayek.
Member lain aku tu pun dah
seru-seru dah aku menjejakkan kaki sekali lagi ke Kuantan. Aku nak try karipap
pulak. Susah nak carik karipap resepi teragung ni. Silap-silap, kena masuk
kampung ceruk mana entah nak carik karipap resepi teragung punya pasal. Ape ada
hal, memang perut aku ni deserve jugak benda-benda torbayek.
Thursday, 5 April, 2012, 9:57 PM
No comments:
Post a Comment