Memang. Aku akui. Tidak lama
perkenalan kita. Sedetik cuma. Bagai renyai hujan di siang hari. Membasahi
panas bumi lalu meruap cergas kau pergi. Oh, jangan kau tidak tahu. Sudah lama
aku memerhati. Tetapi dari jauh cuma. Saat aku tidak memerlukan. Ketika aku
tidak memahami. Aku serik disakiti, kau tahu? Aku tidak mahu kau berlaku sama.
Ah, persetan semua itu! Tidak kenal, maka tidak Chinta bukan?
Yoko Ono |
Kau Chinta aku. Kalau aku Lennon,
maka kau Yoko Ono aku. Jika aku Tuah, nescaya kau Puteri Gunung Ledang aku. Kau.
Kau meresap laju ke dalam sesalur darah merah aku. Lalu kau renjatkan cas-cas,
kencang mengepam jantung aku. Dub dab, dub dab. Kau begitu mengasyikkan. Kau
begitu mengkhayalkan. Kau sensasi aku. Sensasi sebuah Chinta. Chinta yang lain
daripada yang lain. Hah!
Kau peneman setia. Di kala tiada
yang sudi. Tidak pernah aku dengar keluh kau. Tidak kau kenal lelah meneladani
aku. Memang! Semua sanggup aku berikan. Demi kau! Kata kan, kata kan apa yang
kau mahu. Masa, wang ringgit? Aku berikan. Kerana kau Chinta aku. Money can’t
buy me love. Apa kau tahu, itu bukan hanya sekadar siulan muda-mudi ketika
gemilangnya The Beatles?
Ini semua salah aku. Jangan,
jangan, kau tidak pernah berlaku apa. Tiada salah kau di mata aku. Semua yang
aku lihat pada kau indah belaka. Kau bagai bidadari duniyawi. Mempesonakan.
Tapi aku terpaksa memilih. Kerana takut aku pada kutukan Tuhan. Kau bukan yang
halal bagi aku. Aku tahu selama ini! Tetapi hidup aku dalam penipuan, cuba aku
sembunyi di balik bayangan kebatilan. Kau. Kau aku tinggalkan.
Tidak akan aku sesekali berpaling. Tidak.
Kau bukan yang terbaik untuk aku. Tetapi. Kau perlu tahu yang satu ini. Buat
kali yang penghabisan. Tidak akan sesekali pernah aku melupakan kau. Sensasi
sebuah Chinta. Walau gagal, sampai ke akhir hayat aku, kau tetap aku kenang.
Kerana di celah zarah yang
terkecil, kau tetap ada meresap laju di dalam sesalur darah merah aku.
Lalu kau renjatkan cas-cas, kencang
mengepam jantung aku.
Tuesday, 24 April, 2012, 9:42 PM
sungguh dalam madah tuan. hanya yg melalui akan mengerti~
ReplyDeletehaha, baru perasan ang comment kilat.
ReplyDelete