First love. Cinta pertama. Aku
panggil cinta agung. Cinta yang mana lautan api pun sanggup kau redahi. Kau
sanggup buat semua. Hilang cinta agung, kau patah hati. Kau rasa macam lepas ni
kau tak kan bercinta lagi. Kau rasa hati kau mati. Bukan kau tak nak bercinta
lagi, bukan kau tak nak buka hati kau, tapi mungkin sebab kau tak tahu macam
mana nak buka hati kau lagi. Kau ambil masa. Ambil masa nak heal orang kata.
Time will heal all wounds. Memang heal. Tapi ambil masa. Mungkin
sebulan, mungkin 2, 3 tahun, tak siapa tahu lama mana kau perlu. Dan kau selalu akan teringat. Macam yang pernah aku baca. Bila ada orang sebut nama first love
kau time kau tengah jalan-jalan kat tengah kota raya, confirm kau akan paling.
Sekali lagi kau teringat. Sekali lagi semua memori tu datang balik at that very
moment. Tapi kau jangan lupa, hidup kena terus. Macam yang pernah kawan aku
cakap, Tuhan tak bagi apa yang kita nak, Dia bagi apa yang kita perlu. Mungkin
dia bukan yang terbaik untuk kau, kau mana tahu, kau bukan Tuhan. Berterima
kasih lah kerana kau pernah bercinta. Walaupun perit, but that is life bro.
Life is such a bitch. Ni bukan syurga, diulik bidadari iras Rozita Che Wan. Kau
boleh doa. Moga dijodohkan dengan dia yang terbaik untuk kau. Terima kasih
cinta agung. Moga ketemu di alam sana.
Malam sejuk aku hembus udara panas |
Chinta pada-Nya
Chinta Satu
Chinta Selamanya
-
Chinta by
Monoloque
(P/S: Dulu mati-mati aku ingat
lagu ni lagu Butterfingers. Cinta Tuhan je Cinta Agung kau, kau pun tahu kan?)
Kuala Lumpur, November 2011
No comments:
Post a Comment