Wednesday, April 4, 2012

Ingatan pada Kaisa


Renungan pelik awak berikan. Memang, ini kali pertama kita berjumpa.


Pipi londeh, mata bulat, hidung comel, bibir basah, rambut lebat.

Ketawa awak pada ajukan saya. Cuba saya memahami bahasa awak. Cuba juga awak memahami bahasa saya. Ah, kita berbahasa dengan bahasa hati sahaja, senang.

Bersyukur awak selalu dikelilingi orang yang mencurahkan kaseh dan sayang. Usah meminta kepada yang tiada sudi memberi. Senantiasa hargai sepenuh hati kepada yang sudi.

Cekal awak mengharungi hari mendatang. Tuhan tidak menimpakan sesuatu yang tidak tertanggung oleh hamba-Nya. Jangan risau, ramai yang sudi memimpin tika awak jatuh bertatih.

Doa saya kepada Tuhan, moga diberkati hidup awak selalu. Diberikan kesihatan yang berpanjangan, dibukakan hati untuk kebaikan, dikurniakan kecerdasan akal dalam memahami segala isi ukhrawi duniawi.



Saya tahu, luput ingatan awak pada saya. Tapi tidak saya. Moga jika bertemu kita suatu hari nanti, akan saya berikan koleksi memori awak dan saya. Sebagai hadiah kepada awak yang cekal memahami bahasa manusia.

Tuesday, 3 April, 2012, 1:39 PM

2 comments: