Mamat rambut afro usung gitar kapok ni pun
start petik nyanyi Mati Hidup Kembali oleh Butterfingers. Lagu tema, haha. Aku dengan
member yang datang nun jauh dari negeri Pantai Timur memang minat sangat-sangat
dengan lagu ni. Ada sentimental value. Lagi-lagi part kreng-kreng penutup lagu.
Loque at Music Pursuit Workshop, Universiti Teknologi PETRONAS (Private Collection) |
Bang, lagu lagi?
Boleh jugak, Chinta boleh main?
Beliau petik sekali lagi. Chinta oleh Monoloque.
Aku dengan member yang datang nun jauh dari negeri Pantai Timur tanpa segan
silu sing along dengan mamat afro usung gitar kapok ni. Aku pun tak nak kalah,
nyanyi kena biar kasik sedap, penghormatan untuk semangat lagu. Sambil tu, aku
sedut benda-benda lepas aku di Kuala Lumpur dalam-dalam, kemudian aku hembus
balik benda-benda lepas aku di Kuala Lumpur perlahan-lahan. Feel.
Lagu lagi bang?
Cukup lah, kitorang pun nak gerak dah ni. Terima
kaseh, sedap nyanyi.
Jam dah pukul 2 pagi. Kami gerak ke rumah sewa
bujang member Palong tadi, dekat je, 2 minit drive. Tujuan aku nak berjumpa
beliau adalah untuk melihat-lihat kalau ada kitab yang boleh beliau pinjamkan.
Ah, cun. 4 kitab beliau pinjamkan, bukan amek terus. The Catcher in the Rye by
J. D. Salinger, Mautopia oleh Ridhwan Saidi, Punk Rock: Di Sebalik Fesyen &
Muzik Bising oleh Dhani Ahmad & Nizang dan Puisi-puisi Rendra oleh W.S.
Rendra.
Jam menunjukkan pukul 3.15 pagi. Aku dengan
member yang datang nun jauh dari negeri Pantai Timur dan-dan pulak nak buat
kerja gila pepagi buta ni. Kitorang nak gerak balik Mali’s Corner, nak
interview siket mamat afro usung gitar kapok tadi.
Kino, kino. (Panggil dari kereta je, malas pulak nak
keluar, haha.)
Sorry amek masa kau siket. Tadi ni hah, kitorang
terpikir, nak tanya siket kat kau ni. (Aku tolak kat member aku, dia tolak
balik kat aku. Sudah. Nak tanya pun susah.)
Kitorang dok perhati kau dari tadi, gerak dari satu meja ke satu meja.
Orang reject kau. Aku rasa banyak kali jugak kau kena reject tadi. Kitorang nak
tahu ah, apa perasaan kau kene reject. Apa bagi kau kekuatan ah nak pergi
meja-meja lain lepas kena reject.
Cerita beliau, biasalah, tak semua orang suka
kau nyanyi. Beliau cakap lagi, kalau lu tak suka muzik gua, takpe, takde hal,
banyak lagi orang lain yang suka. Orang lain ramai je yang nak dengar. Betul
jugak cakap beliau ni kan. Kesah apa orang kata. Lepas
berbasa basi siket, good luck siket, kami pun beransur, tak sopan kacau orang
carik rezeki lama-lama. Macam tu rupanya apa yang beliau rasa, baru tahu.
(P/S: Si Pemuzik Jalanan atau mamat afro naik
vespa mata petak usung gitar kapok yang di-interview ini, Kino nama beliau.
Dulu memang selalu main dekat Mali’s Corner ni. Tapi dah lama dah tak busking
kat sini, dalam 4, 5 bulan jugak, sibuk kerja kata beliau. Mempunyai sebuah
kugiran, Piring Hitam. Untuk mengikuti muzik kugiran beliau, sila search di
YouTube dan like page mereka di Facebook.)
Monday, 9 April, 2012, 7:38 PM
salute lah untuk anak anak yang tahu di mana letak nya muzik di dalam jiwa
ReplyDelete