Friday, April 27, 2012

Nasi Ganja Ipoh


Private Collection: Pukul 4 petang Yong Suan dah tutup


Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan. Jangan melatah. Ini bukan kesah kedai makan Cina. Ini kesah jalan-jalan cari makan. Malaysian style. Pertembungan dua budaya, Mamak dan Cina. Port Nasi Ganja Ipoh torbayek sejak dua tahun setengah gua mengaji di Perak. Sejak mula sem baru, baru sekali gua sempat layan. Kalau zaman muda-mudi dulu, nak kata tiap minggu layan takde lah, tapi kerap lah juga.

Salam perkenalan dengan port Nasi Ganja Ipoh ini kesah dua tahun setengah sebelum. Pencarian budaya lain daripada yang lain di Ipoh. Bandar lama. Seni bina bangunan yang penuh sentimental dan punya budaya unik tersendiri. Macam Ipoh White Coffee. Atau Telur Goyang. Atau pun Roti Bakar. Sama kes juga dengan Nasi Ganja Ipoh. Tapi gua memang tak berapa nak layan Nasi Vanggey Ipoh, sorry. 

Nasi Ganja Ipoh. Atau nama lain yang tertulis pada papan menu di Yong Suan; Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh. Eh, bukan, bukan. Bukan diorang letak ganja ke, marijuana ke, spender ke dalam nasi lu. Hidangan basic Nasi Ganja Ipoh adalah nasi putih, ayam merah, kuah campur, telur masin separuh, bendi dan mentimun. Dan yang ganjanya adalah hampas kelapa yang diperap dengan campuran rempah-ratus. Itu ganjanya.

Nasi Ganja Ipoh bagi gua, macam Ipoh juga, punya pembawaan budaya unik tersendiri. Dari kejauhan lu menapak kaki lima, memang nampak kelibat orang berdiri panjang. Kalau lu jenis malas nak beratur panjang, dipersilakan cergas mencari meja kosong, maaf, maksud gua, kerusi kosong. Style sini, makan kongsi meja. Jangan lu bajet Kenamaan pula nak meja clear untuk lu makan sorang. Memang kirim salam dan boleh pergi mampus.

Ambians dalam Yong Suan memang mengasyikkan. Muhibbah, terpulang kepada penafsiran personal lu. Melayu, Cina, India dan Lain-Lain tarahal kongsi meja. Sini makan style dah habis makan, sila jadi bijak dengan memberi ruang untuk penggemar Nasi Ganja Ipoh yang lain pula. Light rokok sebatang, cergas ke kaunter untuk membayar. Minuman pada aunty Cina di kaunter kiri dan makanan pada mamak di kaunter kanan.

Gua kalau datang layan sini, suka berbaris, tak kesah panjang mana pun. Feel. Tengok mamak sauk nasi putih berwap panas fresh dari periuk tanah liat. Ayam merah kepak yang memang padu. Telur masin separuh. Kuah campur tambah yang disauk begitu style dengan tangan (mamak ini pakai glove plastic). Bendi dan mentimun yang hanya sekadar penyeri tetapi gua memang jenis baik hati suka sedekah dekat member. Dan tidak dilupakan, ganja.

Cergas gua cari kerusi kosong, tapi kesukaan gua berkongsi meja dengan strangers. Boleh beramah mesra macam tempoh hari. Tapi anak gadis beliau tak berapa nak cun, hampeh. Nanti terkedek-kedek amoi favourite gua (kesah dulu) datang ambil order air. Kata member gua, minuman torbayek nak bilas rasa pedas adalah limau ais. Limau ais dia gua cakap lu, tak jumpa kat tempat lain. Manis dia lain macam, campuran limau kasturi dan limau nipis. Nak layan lagi, order sekali Roti Bakar dengan Caramel Castard, terangkat.

Lupa nak bagitau, lokasi Yong Suan ini berdekatan dengan Balai Polis Pasir Puteh Ipoh. Senang-senang, nampak Esso belah kiri, cergas lu mencari parking. Jangan lupa gores dan menang tiket parking. Deret kedai sebelah sini Saleem (mamak juga) dan yang di sebelah sana tu Yong Suan. Confirm jumpa. Kalau lu dah rasa macam gegaya sesat tu, jangan malu, jangan segan, cergas roger gua, haha.

Geng Nasi Ganja Ipoh (dulu-dulu)

Friday, 27 April, 2012, 5:34 PM

2 comments:

  1. mantap gila kau punya blog.. jom nasi ganja.. aku blanja.

    ReplyDelete
  2. uish,serious?jom!aku kasik tips nak kipas kak ros,haha.

    ReplyDelete